skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Kekasih Yang Kucintai, Muhammad RasuluLlah.. (Edisi Khas!)

1Orang Mengulas


Salam alayk'.. Entri kali ini adalah sedikit kupasan mengenai RasuluLlah, namun penulis tidak akan membicarakan dengan lebih detail mengenai Sirah dengan begitu panjang lebar kerana apabila menjelang maulud Nabi, sememangnya akan penuh di posting-posting blog berkaitan kisah kelahiran Nabi. Apabila bercerita mengenai sirah Nabi SAW, teringat detik ketika penulis mendengar kisah ceramah agama yang agak melucukan dari negara seberang, Indonesia. Kisah ceramah berkaitan maulud dengan tajuknya "Awang2" dan diselangi dengan pembawaan kisah menarik dan mengelikan hati yang disampaikan oleh Ulama' Sulawesi berdasarkan realiti keadaan semasa. Buat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, carilah mp3 itu sendiri.. :)

Tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah, lahirnya Nabi SAW. Pada waktu kelahiran baginda, runtuhnya istana Kisra di Parsi dan terpadamnya obor api yang menjadi sembahan orang-orang Majusi. Untuk lebih mengetahui dan mengenali RasuluLlah SAW dengan lebih dekat dari segi perwatakan baginda dengan lebih teliti, saudara boleh merujuk dalam kitab yang terkenal iaitu "Syamail Muhammadiyyah" himpunan hadis yang dihimpunkan mengenai keperibadian dan perwatakan serta bentuk tubuh RasuluLlah oleh Imam At-Tirmizi dan kitab ini telah disyarahkan oleh Imam Ibrahim Al-Bajuri dalam kitab Al-Mawahib Al-Laddunniyyah 'ala Syamail Muhammadiyyah.


Kitab Syamail Muhammadiyyah oleh Imam At-Tirmizi

Dalam kitab itu menerangkan mengenai tanda kenabian RasuluLlah, cara berpakaian RasuluLlah, bentuk tubuh RasuluLlah dan sebagainya. Jika hendak mendengar kupasan kitab ini melalui online, boleh link ke Kuliah Kitab Syamail Muhammadiyyah . Apabila mendengar kuliah dan membaca kitab ini, terasa diri kita begitu dekat dengan RasuluLlah SAW. Hal ini patut dipupuk di kalangan masyarakat muslim agar bukan sahaja berarak ketika maulud Nabi tetapi juga menghayati disebalik pengorbanan RasuluLlah SAW.

Realiti masyarakat Islam hari ini, bukan sahaja mereka tidak mengetahui tentang tarikh dan peristiwa kelahiran RasuluLlah SAW, tetapi "mengolok-olok" terhadap orang yang menanya soalan berkenaan apabila soalan itu diajukan kepada mereka. Apakah inikah gelaran yang diberi sebagai umat RasuluLlah SAW.


Cuba kita kenang kembali tatkala bersihnya hati RasuluLlah sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin, Sayyidaina A'isyah Binti Abu Bakar ketika mana sahabat bertanya bagaimanakan akhlak RasuluLlah SAW, maka dijawab oleh A'isyah, "Akhlak baginda adalah Al-Quran".. MasyaALlah.. hebatnya..

Bersamaan dengan maulud ini, marilah kita menghayati pengorbanan (tadhiyyah) RasuluLlah dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah sehingga sampai kepada kita hari ini. Perbanyakkan selawat ke atas RasuluLlah dan mengamalkan sunnahnya tanda kecintaan kita kepada baginda kerana kecintaan baginda terhadap kita selaku umatnya tidak dapat dipertikaikan lagi melalui detik perjuangan baginda dan ketika saat kewafatan baginda..

p/s: Muhammaddur RasuluLlah, aku mencintaimu..





Selamat Hari Lahir Bonda!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Selamat Hari Lahir Bondaku yang berumur genap 56 tahun pada 19hb Februari 2010 ini. Bondaku yang bernama Pn. Hjh Dayang Puteh Binti Hj. Datu Tamin yang kini berada di Papar, Sabah. Bondaku yang lahir pada 19hb Februari 1954 di Papar dan dibesarkan di sana serta semoga ALlah merahmatinya sentiasa. Sayu dan hiba rasa hati tatkala melihat diri bonda yang kian hampir lanjut dimamah usia namun tetap tabah dan bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Terima kasih bonda kerana melahirkanku.


Anakanda di sini mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan. Terkenangkan senyuman bonda, marah bonda, kasih sayang bonda kepada kami yang mana kami tidak nampak cacat celanya dalam mengasuh kami. Bonda juga mengajar kepada kami mencintai ALlah, RasuluLlah dan agama. Sungguh besar jasa dan pengorbanan bonda dalam membesarkan kami 11 orang adik beradik. Biarpun anak yang bonda lahirkan dalam jumlah yang ramai, namun kegigihan bonda dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang "ibu" membuatkan kami rasa bangga dengan kasih sayang yang bonda berikan terhadap kami.


Penulis teringat dengan kasih sayang yang bonda berikan tatkala sentiasa mencium pipi anakanda dan ucapan "semoga berjaya" setiap kali anakanda ingin berpergian ke sesuatu tempat tanda meredhai setiap tingkahlaku dan perbuatan anakanda. "Bonda, anakanda akan berusaha untuk menjadi anak yang soleh untukmu". "Ya ALlah, berikanlah keredhaan kepada orang tuaku ini sebagaimana mereka membesarkanku, memberikan kasih sayang yang tidak terhingga kepadaku. Masukkanlah mereka didalam SyurgaMu dan sesungguhnya jasa mereka tidak dapatku balas dan aku berdoa agar mereka beroleh rahmat hidup di dunia dan akhirat".

Banyak hadis Nabi menyebut mengenai tuntutan menghormati ibubapa dan penderhakaan kepada mereka menyebabkan kita akan dimasukkan kedalam api neraka. Hadis Nabi diriwayatkan oleh Sayyidatina A'isyah Binti Abu Bakar,

"Aku bertanya kepada RasuluLlah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?". Maka RasuluLlah menjawab, "Suaminya". "Siapakah yang berhak terhadap lelaki?", tanyaku lagi. Jawab RasuluLlah, "Ibunya".


Jikalau mereka ada membuat kesilapan dan menyebabkan hati kita terasa, maka kita sebagai anak patut menganggap itu sebagai gurauan semata. Hubungilah dan sayangilah mereka sementara mereka masih hidup..

"Ya ALlah, kurniakanlah aku seorang isteri solehah yang mana menjadi "ibu" kepada anak-anakku kelak. Yang sentiasa mengingatkanku ketika alpa, serta sentiasa memberi semangat kepadaku untuk berjuang di jalan ALlah swt. Isteri yang mempunyai kefahaman agama, baik akhlaknya dan sanggup bersama tatkala berada dalam mehnah dan tribulasi".

p/s: Selamat Hari Lahir Ibuku, bondalah penyeri hatiku!!






Mencetus Ke Arah Perubahan!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Slogan "Mencetus Ke Arah Perubahan" menjadi 'trademark' kepada calon yang bakal menjadi pemimpin, laungan-laungan semangat daripada penyokong-penyokong calon ketika sesi pengucapan awam yang telah berlalu menyebabkan pihak atasan menjadi kecut dan gelisah tatkala tidak menyangka situasi ini akan berlaku. Penulis melihat situasi berkenaan dengan tersenyum lega, ini tandanya batu asas ke arah perubahan telah ditanam. Kecerahan cahaya perubahan semakin terbit di dada setiap aktivis mahasiswa.


Logo Pro-Siswa (Pro-Sis) sempena pilihanraya kampus

Kelantangan para sahabat penulis berucap dengan sindiran tajam ditujukan terhadap pihak pengurusan semakin hangat. "Kami adalah pemimpin, bukannya KULI ***", itulah ayat keramat dan berani penulis idam-idamkan untuk keluar dari mulut bakal pemimpin yang mempunyai kefahaman Islam . Sedang penulis teringat hal ini, penulis menerima mesej dari sahabat lama yang jauh di semenanjung dan tertera dalam mesej tersebut dengan makna "Selamat Berjuang & Selamat Membuat Perubahan".


Aspek pengetahuan dan kesedaran mengenai politik kampus semakin bercambah benihnya. Di hujung sudut hati penulis berkata, "Kepimpinan Islam akan bangkit, Islam akan menyinari dan menerajui tempat ini". Dalam konteks dakwah umumnya, penulis mengagaskan inilah harapan baru dan punca sinar kebangkitan Islam dibumi yang sekian lama sinonim menjadi Pusat Penyebaran Kristian Terbesar Asia Tenggara". Perlunya kegagahan sang mujahid melangkah tatkala berada di tempat minoritinya dan ditindasnya Islam. Penulis berusaha meresapi keberanian seperti Umar Al-Faruq dan mengungguli organisasi di usia muda laksana Hassan Al-Banna.


Setelah lama, masyarakat Islam di sini ditindas, diperlekehkan. Tiba masanya untuk membina kekuatan dan gelombang baru bagi golongan muda. "Kejutan dan perubahan akan dibuat, tunggulah nanti," kata hati kecil penulis. Semangat perlu ada di dalam setiap diri seorang muslim dalam membuat perubahan yang lebih baik demi agama tercinta sehingga kita mendapat kemuliaan syuhada. Terdengar kisah dahulu, seorang ustaz di Miri dibunuh tatkala mencegah kemungkaran di kalangan masyarakat dan itulah cita-cita penulis untuk mendapat kemuliaan sebagai seorang syuhada.

p/s: Semangat Jihad Membara laksana As-Syahid Dr. Abdullah Azzam..





Lumpuhkan Missionary Kristian di Borneo!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Missionary Kristian di antara faktor yang menyebabkan gejala murtad berlaku.Sejauh mana kita sebagai seorang Islam berperanan dalam membendung masalah ini??. "Lumpuhkan Missionary Kristian Di Borneo!!", itulah yang tersemat di dada penulis. Ke hulu ke hilir di bumi Borneo, hal ini terngiang-ngiang di fikiran dan semangat makin membara! Sejauh Apabila teringat janji-janji Sang Khaliq di dalam Al-Quranul Karim iaitu pada Surah Muhammad ayat 7:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membantu (agama) ALlah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".

SubhanaALlah!! ayat ini sentiasa menjadi pembakar semangat penulis dalam meniti ranjau perjuangan medan dakwah apatah lagi bila berkelana di kawasan pedalaman, tentunya ia lebih mencabar. Apabila melihat skop dakwah khususnya di bumi Borneo, ia lebih menekankan uslub dakwah "down to earth" yakni turun sendiri ke kampung-kampung di pedalaman untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada penduduk Borneo khususnya.



Method dakwah ini dikira paling sesuai mengikut keadaan setempat kerana mengambil kira faktor perhubungan, geografi dan sebagainya. Hari demi hari, penulis semakin jelas keadaan yang berlaku khususnya di bumi Sarawak yang mana peratusan penduduk yang menganut agama Islam sekitar 33%.

Melihat kepada tajuk entri, ia merupakan satu tugas yang besar. Menurut pemantauan dan penelitian awal oleh penulis di negeri Sarawak, agenda pemurtadan yang dilakukan oleh missionary kristian ini semakin agresif sehingga melibatkan ke kampus-kampus. Bahkan, bagi para da'ie yang bermastautin di Sarawak akan merasa bahang mengenai perkara ini. Tambahan lagi, dengan munculnya "orang-orang anti-Islam" cukup memberi satu cabaran dan kecekapan pada seseorang da'ie untuk membentuk strategi yang berkesan.



Sesungguhnya ranjau perjuangan ini penuh berliku dan kerugian akan dialami oleh seseorang muslim apabila membiarkan satu hari berlalu tanpa berusaha untuk menegakkan Islam kerana firman ALlah s.wt dalam Surah As-Saff ayat 10 dan 11:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALlah dan RasulNya, berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

p/s : Melangkah Gagah, Memepertahankan Ummah! ALlahuakbar!





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft