Salam alayk'.. Missionary Kristian di antara faktor yang menyebabkan gejala murtad berlaku.Sejauh mana kita sebagai seorang Islam berperanan dalam membendung masalah ini??. "Lumpuhkan Missionary Kristian Di Borneo!!", itulah yang tersemat di dada penulis. Ke hulu ke hilir di bumi Borneo, hal ini terngiang-ngiang di fikiran dan semangat makin membara! Sejauh Apabila teringat janji-janji Sang Khaliq di dalam Al-Quranul Karim iaitu pada Surah Muhammad ayat 7:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membantu (agama) ALlah, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
SubhanaALlah!! ayat ini sentiasa menjadi pembakar semangat penulis dalam meniti ranjau perjuangan medan dakwah apatah lagi bila berkelana di kawasan pedalaman, tentunya ia lebih mencabar. Apabila melihat skop dakwah khususnya di bumi Borneo, ia lebih menekankan uslub dakwah "down to earth" yakni turun sendiri ke kampung-kampung di pedalaman untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada penduduk Borneo khususnya.
Method dakwah ini dikira paling sesuai mengikut keadaan setempat kerana mengambil kira faktor perhubungan, geografi dan sebagainya. Hari demi hari, penulis semakin jelas keadaan yang berlaku khususnya di bumi Sarawak yang mana peratusan penduduk yang menganut agama Islam sekitar 33%.
Melihat kepada tajuk entri, ia merupakan satu tugas yang besar. Menurut pemantauan dan penelitian awal oleh penulis di negeri Sarawak, agenda pemurtadan yang dilakukan oleh missionary kristian ini semakin agresif sehingga melibatkan ke kampus-kampus. Bahkan, bagi para da'ie yang bermastautin di Sarawak akan merasa bahang mengenai perkara ini. Tambahan lagi, dengan munculnya "orang-orang anti-Islam" cukup memberi satu cabaran dan kecekapan pada seseorang da'ie untuk membentuk strategi yang berkesan.
Sesungguhnya ranjau perjuangan ini penuh berliku dan kerugian akan dialami oleh seseorang muslim apabila membiarkan satu hari berlalu tanpa berusaha untuk menegakkan Islam kerana firman ALlah s.wt dalam Surah As-Saff ayat 10 dan 11:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALlah dan RasulNya, berjihad di jalan ALlah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
p/s : Melangkah Gagah, Memepertahankan Ummah! ALlahuakbar!