skip to main | skip to sidebar
Mujahideen Islam
| Aku Mencintai Rasulillahi Solallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam, As-Sodiqul Ameen | Aku Tidak Mahu Kecewakan Baginda |
RSS
  • HOME

Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf

4 Orang Mengulas


1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini.
2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Terdapat beberapa definisi terhadap dua istilah ini. Secara mudah, salaf ialah generasi awal Islam manakala khalaf ialah generasi yang terkemudian.
3. Golongan pro salaf di Malaysia biasanya mendokong fahaman tidak bermazhab, sentiasa merujuk kepada Quran dan sunnah, sentiasa menyebut kehebatan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mereka juga merujuk kepada Syeikh Albani, ulama-ulama di Saudi dan sebagainya.
4. Manakala golongan pro khalaf biasanya mengikut mazhab yang empat khasnya mazhab Syafii di Malaysia, tidak terlalu merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan ulama yang sewaktu dengannya.
5. Akhirnya berlaku pertembungan ilmu dan membawa kepada penyakit yang lain.
6. Hakikatnya para ulama tersebut tidak menganjurkan demikian. Mereka menganjurkan persaudaraan Islam. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, semua itu hanya kerana kefahaman ijtihad yang berbeza sahaja tetapi masih merujuk kepada Quran dan sunnah. Cuma dikatakan bahawa manhaj Syeikh Albani agak keras sedikit hingga sesiapa yang membaca karya-karya beliau akan mudah menuduh ulama ini salah, silap dan sebagainya.
7. Adakah salah mengikut manhaj salaf? Tidak salah. Ia adalah manhaj yang baik dan benar.
8. Dan adakah salah mengikut manhaj khalaf? Juga tidak salah. Bermazhab adalah harus.
9. Kalau tidak salah, kenapa perlu ada pertembungan? Pertembungan ini sebenarnya bukanlah di kalangan para ulama muktabar tetapi di kalangan pengikut sahaja. Antara faktornya mungkin kerana kematangan ilmu yang belum sampai waktunya.
10. Muslim yang matang ilmu akan mengikut Quran dan sunnah. Ijtihad para ulama adalah kefahaman yang baik. Muslim begini tidak akan fanatik kepada mana-mana ulama tetapi setiap pendapat diterima berdasarkan dalil dan hujah. Imam Ibn Taimiyyah seorang ulama yang hebat tetapi bukanlah syarat seorang ulama hebat bahawa beliau tidak pernah salah dalam ijtihad. Muslim begini tidak akan membelakang ulama mazhab kerana ulama mazhab adalah generasi salaf.
11. Salaf banyak menyatakan amalan masyarakat adalah bidaah namun khalaf tidak begitu. Apa puncanya? Puncanya ialah kerana kefahaman yang berbeza bagi makna sunnah dan makna bidaah. Pro salaf meluaskan makna bidaah dan menyempitkan makna sunnah. Sebaliknya pro khalaf meluaskan makna sunnah dan menyempitkan makna bidaah.
12. Oleh itu, pertembungan fahaman salaf dan khalaf di Malaysia dan yang sewaktu dengannya wajar dilihat dalam kerangka syariah yang luas.
13. Marilah kita bersatu atas nama islam. Islam adalah agama yang Allah redhai. Gelaran ‘muslim’ adalah nama yang disebut dalam Quran. Apa jua fahaman kita, kita semua masih lagi sebagai muslim. Marilah bersatu atas perkara yang disepakati, dan bertolak ansurlah dalam perkara yang dikhilafi.







4 responses to "Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf"

  1. Teacher in Islam said...
    March 28, 2009 at 11:45 PM

    SAlam ziarah. Ana amat bersetuju dengan artikel ini. Patut diterangkan secara meluas kpd blogger2 lain yg begitu taksub seperti Abu Syafiq dsb. wallahua'lam.

    IbnuNafis said...
    June 27, 2009 at 1:21 AM

    Assalamu'alaikum tuan rumah,

    maaf saya cuma ingin bertanyakan perkara yang penting ini,

    Salaf yang tuan blog nyatakan adakah merujuk kepada mereka yang terdahulu atau salaf yang dimaksudkan adalah mereka yang bermudah-mudah kata bid'ah sesat?

    Jika salaf dalam erti yang pertama, bagi saya ia tiada masalah. Tidak mudah menghukum umat Islam sesat, atau ulamak lain yang berbeza pandangan sebagai sesat.

    Salaf yang dalam erti kedua itulah yang mudah menghukum sesat. Di sinilah yang timbul masalah besarnya. Bahkan sehingga menghukum kafir, syirik, dan sesat kepada majoriti umat Islam.

    WaLlahua'lam

    Mat Harun Ab. Manaf said...
    May 8, 2011 at 1:11 AM

    Rasulullah berkata "Di akhir zaman umat ku akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya 1 saja yang betul". Dalam mencari 1 sahaja yang benar adalah sangat tidak wajar kita melemparkan tuduhan kepada golongan-golongan yang lain dengan tuduhan sesat, kafir dan sebagainya. Kekeliruan yang timbul hanyalah dalam cabang-cabang ilmu dan pengamalan. Namun dari segi ketauhidan masih tetap berpegang kepada dua klimah syahadah melainkan berlaku sebaliknya.
    Di sinilah letaknya perbezaan yang sebenar. Dalam meletakkan diri untuk menuju kepada Allah adalah bergantung kepada diri masing-masing yang berusaha kerana tiada bersangkutan dengan orang lain. "Pada hari yang tidak berguna segala harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera". Dalam surah al-kafirun sangat jelas, Walaupun pada zahirnya sama namun kesudahannya tetap berbeza.. "Lakum di nukum waliyadin" Bagi kamu agamamu dan bagi ku agamaku... fikir-fikirkanlah..

    pencari yang hakiki said...
    October 30, 2011 at 2:21 PM

    setuju... setinggi mana pun ilmu seseorang itu.. dia tetap seorang manusia biasa yang melakukan kesalahan.. jgn terlalu taksub.. jgn pula taqlid.. berpandukanlah Al-Quran dan as-sunnah.. semua kata2 boleh ditolak kecuali kalamuAllah dan sunnah rasulNya.. waAllahu a'lam


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My Photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Cintai Rasulullah, Jangan Kecewakan Baginda.
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    TWITTERIAN

    Tweets by @MuraQQib

    FACEBOOKERS

    Zaiem Al-Hilmee

    Sembang Manis

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • Selepas Tunisia, Mesir Kini Menghadapi Revolusi!!!
      Salam alayk'.. Mesir salah satu bumi yang mempunyai landskap politik yang begitu menarik. Kediktatoran rejim Hosni Mubarak yang mana me...

    Rekod Musafir

    www.e-referrer.com

    Pautan Al-Hilmee

    • Bersama Dakwah
      Hasil Quick Count Pilgub Jateng 2013
      1 hour ago
    • dakwatuna.com
      10.000 Hijab dari Hijabers Community
      2 hours ago
    • QuranicGen
      Di Sebalik Pemilihan Tanah Arab
      16 hours ago
    • Hasan Al Banna
      Bukanlah Engkau yang Menunjuki Mereka
      2 days ago
    • Saifulislam.Com
      Pelayaran Mengenal Fungsi Diri
      3 days ago
    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Memahami Pergolakan Politik Dunia Islam
      3 days ago
    • Langit Ilahi
      TeenACE – Mari Berkongsi Cita-cita, Impian dan Harapan
      3 days ago
    • SRI Al-Hafidz
      SRI Al-Hafidz lancar tabung bersama TH
      3 days ago
    • :: SAHABAT BLOG SABAH ::
      Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai
      2 months ago
    • Episod Sebuah Perjuangan
      Xpresi Ulama Muda Haraki 2013
      2 months ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Menikmati Gunung Api Purba Nglanggeran
      3 months ago
    • Dakwat
      Ukhuwwah bukan hanya versi tarbiyah
      3 months ago
    • Laman Tarbawi
      Cinta Nabi, Saranan Al-Quran Yang Ditinggalkan
      4 months ago
    • Al-Ikhwan.net
      Doa Syaikh Dr. Al-Uraifi Untuk Mesir dan Umat Islam
      4 months ago
    • Salim A. Fillah
      Menulis, dari Makna hingga Daya
      6 months ago
    • TintaMuallaf.Com
      Kenapa Anda Cepat berputus Asa? Renungan Buat Sahabat
      1 year ago
    Show 5 Show All

    Lawatilah Mereka!

    • Wardatul Asfar
      Mad'u Istimewa : Pertemuan Pertama
      1 day ago
    • Sunah Suka Sakura dot com
      Impian Kasih
      2 days ago
    • BroHamzah
      Tarikh Khulafa : Kisah, Cerita dan Sejarah Yang Menggugah Jiwa!
      6 days ago
    • ABU NUHA CORNER
      SIHIR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
      1 week ago
    • Bayu Gunung
      Anak Muda Sabahan, Bangkit!
      1 month ago
    • Travelog Hidayah
      Persaingan Pesilat Alma
      2 months ago
    • abu asy-syaffaa'
      Perang Pandasan: Perjuangan Yang Belum Selesai
      2 months ago
    • STAY ALiVE 2:154
      Tuan Guru Abdul Hadi: Ucapan Penangguhan Muktamar PAS ke-58
      6 months ago
    • khairaummah
      My Booster Dose
      7 months ago
    • Zukhruf el-Mahfuz
      Sunanku sayang
      8 months ago
    • nurilhakim.blogspot.com
      Sajak Ramadhan : Engkau Punca Bencana
      10 months ago
    • "Beri-ku secawan kopi"
      Blog 'Secawan Kopi' telah berpindah..
      11 months ago
    • TEMPUR ARUS
      Kisah Benar Menarik, Seorang Pemimpin Berjiwa Rakyat Menjulang Islam (MB Kedah)
      1 year ago
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Jelajah Dunia

    Road Block!

    Hasil Pena

    • April 2013 (1)
    • March 2013 (8)
    • February 2013 (1)
    • January 2013 (4)
    • December 2012 (4)
    • September 2012 (3)
    • August 2012 (1)
    • July 2012 (1)
    • June 2012 (3)
    • May 2012 (1)
    • April 2012 (5)
    • March 2012 (7)
    • January 2012 (1)
    • October 2011 (1)
    • September 2011 (1)
    • August 2011 (4)
    • May 2011 (5)
    • April 2011 (7)
    • February 2011 (3)
    • January 2011 (1)
    • December 2010 (4)
    • November 2010 (1)
    • July 2010 (4)
    • June 2010 (1)
    • May 2010 (9)
    • March 2010 (6)
    • February 2010 (4)
    • January 2010 (8)
    • December 2009 (1)
    • November 2009 (5)
    • October 2009 (3)
    • September 2009 (7)
    • August 2009 (11)
    • July 2009 (11)
    • June 2009 (10)
    • May 2009 (1)
    • April 2009 (3)
    • March 2009 (6)
    • February 2009 (4)
    • January 2009 (17)
    • December 2008 (3)
    • November 2008 (1)

Copyright © All Rights Reserved. Mujahideen Islam | Converted into Blogger Templates by Theme Craft