skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Satu Fikrah & Satu Amal

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. "Satu Fikrah, Satu Amal". Penulis tertarik dengan tema yang dilaungkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku komuniti mahasiswa Melayu terbesar di Mesir Ardhul Kinanah. Rapatnya penulis dengan PMRAM ini bermula apabila bersahabat dengan seorang Felo MANHAL (Badan Fatwa) PMRAM selaku mantan Presiden PMRAM iaitu Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Kadang-kadang terdetik pula rindu ingin menjenguk anak beliau iaitu Fatimah Nabawiyyah.


Daripada tajuk entri, penggerak-penggerak dakwah seharusnya diambil berat mengenai kejelasan fikrah Islamiyyah (pemikiran Islam) dan meneliti  nilai "faham" yang tinggi khususnya di dalam meneliti satu aliran fikrah berkenaan. Penyeruan terhadap galakan agar penggerak dakwah mempunyai nilai faham atau intelektual yang tinggi juga telah disentuh oleh ulama sufi iaitu Said Hawwa di dalam kitabnya, "Jundullah, Tsaqafatan Wa Akhlaqan". Ketidakjelasan penggerak dakwah terhadap fikrah yang didokongi menyebabkan kekeliruan dalam melahirkan amal dan juga bermasalah dalam meng'implementasi' konsep "tajarrud" yang telah digubal di dalam arkanul bai'ah oleh jamaah Ikhwanul Muslimin. 




Perbezaan Islam & Fikrah Islamiyyah (Suatu Pengenalan)


Seringkali telah diutarakan bahawa Islam dan fikrah Islamiyyah adalah dua hal yang berbeza namun mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Seperti yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali, "Sesungguhnya fikrah Islamiyyah bukanlah Islam, tetapi ia merupakan ciptaan akal ataupun ijtihad muslimin pada jalan Islam. Islam pula merupakan wahyu iLlahi yang bersifat maksum (aman dari kesalahan) yang diturunkan kepada Nabi, dan fikrah Islamiyyah pula perkara yang diadakan atau dicipta, tertunduk kepada kanun perubahan.

Fikrah Islamiyyah tidaklah maksum daripada kesalahan dan kelemahan, manakala Islam pula bersifat maksum (aman dari kesalahan, kecacatan dan kelemahan) secara keseluruhannya. Kitab Islam iaitu Al-Quran baginya segala kesucian dan baginya hak ketaatan secara mutlak terhadap orang-orang beriman, manakala fikrah Islamiyyah pula tidaklah diwajibkan taat kepadanya kecuali apa yg bertepatan dengan Al-quran dan As-Sunnah (risalah) . Ini kerana fikrah Islamiyyah tertunduk kepada kritikan dan bangkangan". 


Marattibul Amal & Muwasafat Tarbiyyah



Dakwah Ikhwan telah menyediakan satu 'guideline' peringkat-peringkat amalan yang mana dipamerkan dalam marattibul amal dimana perlunya penegakkan peringkat-peringkat ini satu demi satu secara beransur-ansur dan berterusan iaitu bermula dengan fardi Muslim (individu Islam), bait al-muslim (keluarga Islam), mujtama muslim (masyarakat Islam), daulah Islamiyyah (negara Islam), khilafah Islamiyyah (pemerintahan khilafah), empayar Islam dan seterusnya ustaziatul alam (penguasaan alam). Melihat kepada marattib ini sahaja telah menjelaskan kepada kita bahawa perjuangan masih panjang dan penuh berliku.


10 muwasafat tarbiyyah yang merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang ditarbiyyah. Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

1.  Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
2.  Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
3.  Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
4.  Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5.  Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
6.  Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
7.  Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8.  Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9.  Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

p/s: Fikrah yang jelas melahirkan amal yang sempurna. Mempraktikkan konsep 'al-fahmu' dalam kehidupan adalah keperluan. Satu fikrah, Satu Amal.







0 responses to "Satu Fikrah & Satu Amal"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft