skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??

16 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang baru. Bak kata orang, "Biar di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung". "Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??"Itu tajuk entri yang penulis rasa perlu disentuh.
Hari ini, al-mathurat tidak lagi diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli jamaah Islam sahaja, bahkan ia juga turut menjadi suatu wirid yang digunakan oleh masyarakat umum. Namun, terdapat di antara golongan ini yang mengamalkan sahaja, tapi tidak tahu kelebihannya. Ada pula yang tahu tapi tidak mengamalkannya ataupun istiqamah.



Hasil tinjauan penulis, realiti hari ini segelintir pendakwah Islam hari ini yang mengetahui kelebihan al-mathurat tidak lagi mengamalkan secara konsisten. Bahkan bagi sebilangan usrah-usrah orang dewasa (senior), mereka tidak membaca al-mathurat sebagai pembuka majlis tapi cukup sekadar bacaan al-fatihah sahaja. Paling teruk apabila ada segelintir "golongan" yang entah muncul dari mana melabelkan al-mathurat sebagai bid'ah dan tidak patut dibaca melalui risalah yang mereka edarkan.


Dua minggu yang lepas, penulis ada bertemu seorang sahabat yang mana mempunyai latar belakang pendidikan dari Pesantren (pondok) di Indonesia selama 6 tahun dan Universiti Al-Azhar selama beberapa tahun. Sahabat ini menceritakan bahawa apabila beliau ke bumi Mesir dahulu kebanyakan mahasiswa Al-Azhar mengamalkan al-mathurat dan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai al-mathurat ini kerana belajar dari pesantren (sistem pengajian pondok) lantas beliau terus mengkajinya kerana pada fikirannya ia merupakan ciptaan Hassan Al-Banna sendiri.


Apabila dia membuat kajian merujuk kepada Al-Quran dan kitab-kitab hadis, maka apa yang terkandung di dalam wirid al-mathurat ini memang betul-betul berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Maka selepas itu, dia juga telah mengamalkannya sehingga sekarang dan tambah beliau lagi hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.

Al-Mathurat kini kian dijual secara meluas di pasaran dan toko buku

Dewan Ulama' PAS Sabah (DUPNS) juga dalam muktamarnya yang lepas telah menggesa agar semua ahli khususnya dan masyarakat amnya untuk memulakan setiap usrah dengan membaca al-mathurat dengan tidak hanya sekadar al-fatihah sahaja. Ini kerana wirid ini merupakan salah satu uslub (cara) untuk kita mentazkiyyah nafs (membersihkan diri dari nafsu).

Kelebihan al-mathurat adalah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya, terhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan lagi.


Perlu diketahui bahawa ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka perlu diperbaharui selepas waktu asar. Dan menjawab kepada golongan yang berkata al-mathurat ini bida'ah atau tidak harus dibaca, mereka yang berkata sedemikian perlu mendalami apa konsep sebenar bida'ah dan kenapa mereka hendak menghalang orang lain untuk beramal dan men'taqarrub'kan (mendekatkan diri) kepada ALlah swt sedangkan wirid ini tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah RasuluLlah. Bahkan Islam sendiri mengajar umatnya dalam arena dakwah untuk "bercakap lebih mengenai syurga daripada neraka" dan "memperluas konsep sunnah daripada bida'ah". Seperti mana firman ALlah di dalam Al-Quranul Karim:

يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).


p/s: Semoga segala amalan kecil yang kita lakukan mendapat keredhaan ALlah swt bagi membantu kita di akhirat kelak.





16 responses to "Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??"

  1. ✿qasru addini✿ said...
    January 27, 2010 at 12:08 PM

    my late mother remind me to recite it every morning and evening

    but stil..i can't istiqomah.how faint i am.

    salam ziarah :)

    nur_Mahasiswa said...
    February 1, 2010 at 11:13 AM

    Salam ziarah...jadikan hidup ini dan hari-hari seterusnya untuk Islam.Amin"

    Zaiem Al-Hilmee said...
    February 11, 2010 at 11:38 AM

    to ✿qasru addini✿:

    Salam ziarah kembali. kena praktikkan. Kena usaha..

    to nur_Mahasiswa:

    Salam ziarah kembali.. InsyaALlah. doa2kan ana ya.. semoga tidak lalai dr melaksanakan amal Islami..

    iamja77 said...
    October 4, 2010 at 4:53 PM

    thanks for sharing. Mohon share sedikit dalam blog saya. iamja77 dot blogsot dot com.

    mencari cintaNya said...
    October 12, 2010 at 8:05 AM

    masa sekolah2 dulu sllu baca..bila dh kwin n bekerja ni kdg2 x sempat n terlupa terus nak baca..tqatas ingatan..perlu mulakan semula..lets strat from begin!!

    Unknown said...
    October 25, 2010 at 10:51 PM

    syukur sbb kenal al-mathurat dr sekolah menengah lagi...sbb setiap pg minggu akan dibaca beramai2 di surau. Cuma skrg stlh berbelas tahun sdg cuba amalkn semula setiap pagi...bila x berjemaah ssh nk istiqomah...thanks 4 the sharing...mohon sy nk ambil kelebihan tu utk dikongsi...kebykn org2 skrg tak tahu pun ttg al-mathurat....yg x pernah dgr pun ada...kasihan mereka

    Abdul said...
    December 11, 2010 at 10:33 PM

    Salam...
    Minta share dalam Blog Anna

    | Muhammad Azri Aziz | said...
    March 23, 2011 at 7:02 AM

    alhamdulilah..terima kasih di atas ilmu yg diberikan..insyaAllah..jadilah follower saye..

    | Muhammad Azri Aziz | said...
    March 23, 2011 at 7:03 AM

    alhamdulilah..bnyak ilmu yg diperoleh..insyaAllah..if tak keberatan sudilah jadi follower saye..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    April 20, 2011 at 11:54 AM

    to ja: InsyaALlah..

    to zay: semoga diperkuatkan. Kena start semula, jgn tinggalkan amalan ini biarpun dah berumahtangga.

    to Ijan Daud: pasni, kenalah hebahkan dan ajar mengenal al-mathurat ini kepada org yang tidak mengetahuinya.

    to Abdul: teruskan.

    to Muhammad Azri Aziz: afwan. I'allh.. nanti saye jadi follower sdra.

    cactusitu said...
    June 10, 2011 at 8:55 PM

    assalamualaikum, mohon share artikel ini di blog saya ya? terima kasih ^__^

    m-mathurat.com said...
    February 12, 2012 at 9:26 PM

    Alhamdulillah atas perkongsian artikel yang menarik.

    http://m-mathurat.com

    Maaf sekiranya komen ini bersifat promo, namun kami bukanya mahu menjual. Kami ingin berkongsi minat membaca al-ma'thurat bersama kalian dengan menyediakan al-ma'thurat yang boleh diinstall dalam telefon anda. Boleh baca di mana-mana (kecuali di tandas)...

    syazwani_nazri said...
    May 22, 2012 at 6:58 AM

    assalamualaikum,. alhamdulillah,. terima kasih atas ilmu ini :)

    Menulis Dari Hati said...
    August 12, 2012 at 10:42 AM

    Salam...Ianya hadir dlm mimpi sy semasa sy sakit kuat dulu..mmg bnyk bezanya setelah mengamalkan Al-Mathurat... Patut menjadi amalan semua sebagai pembenteng & pendinding diri. Mohon share beberapa info utk dimuatkan di blog sy ye

    Eiffa Rahmat said...
    May 11, 2015 at 8:23 AM
    This comment has been removed by the author.
    Eiffa Rahmat said...
    May 11, 2015 at 8:24 AM

    Alhamdulillah dan syukran atas perkongsian..semoga ilmu ini memberi manfaat...


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      6 months ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      1 year ago
    • Salim A. Fillah
      NAMA KOTA dan TAQWA
      1 year ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      2 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      6 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      8 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Dakwat
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft