Salam alayk'. Revolusi kebangkitan rakyat di Mesir kian memakan masa hampir seminggu setelah ia bermula pada 25hb Januari 2011. Kini keadaan di Mesir khususnya di Kota Kaherah dikawal sepenuhnya oleh pihak tentera dan orang awam yang lain diminta untuk mematuhi perintah berkurung. Namun begitu, para anak muda yang mempelopori revolusi ini berkeras untuk tidak tunduk kepada arahan tersebut kerana penulis meramalkan bahawa "perintah berkurung" akan menyebabkan Hosni Mubarak dan keluarganya akan bergerak dengan lebih bebas dan segera meninggalkan negara republik Mesir.
Oleh itu, rakyat khususnya dengan sokongan para anggota Ikhwanul Muslimin kian terus membuat demonstrasi di jalanan biarpun hampir 100 nyawa telah terkorban sementara lebih seribu telah mengalami kecederaan akibat pertempuran khususnya dengan pihak tentera mahupun polis yang pro kepada rejim Hosni Mubarak.
Panji Ikhwanul Muslimin
Dalam kekacauan dan rusuhan yang berlaku, seperti yang dimaklumkan hampir 6000 banduan telah terlepas daripada penjara termasuklah tahanan politik rejim Hosni Mubarak iaitu 34 orang anggota Ikhwanul Muslimin Mesir. Daripada 34 orang anggota Ikhwan yang terlepas, 7 daripadanya adalah pimpinan Ikhwan iaitu Muhamamd Mursi, Issam el-Arian, Muhammad el-Katatni, Saad el-Husseini, Mustafa el-Ghoneimi, Muhyi Hamid dan Mahmoud Abu Zaid.
Maklumat memaklumkan bahawa kelompok ini telah bergerak ke Kota Kaherah bagi bersama-sama dengan rakyat dalam menjayakan revolusi ini bagi menjatuhkan rejim taghut. Pihak Barat dan kerajaan rejim taghut Hosni Mubarak kian bimbang tatkala mendengar khabar tahanan-tahanan politik tersebut berjaya meloloskan diri. Kelompok Ikhwan dipercayai telah membantu dan berjaya meloloskan tahanan Ikhwan yang dipenjara dengan menyerbu penjara di Wadi el-Natroun, 120 km (80 mil) barat laut Kota Kaherah. Pihak Barat membimbangi jika Ikhwanul Muslimin Mesir bakal menerajui pemerintahan Mesir selepas sahaja revolusi ini berakhir dan ini dapat dibuktikan melalui kenyataan-kenyataan akhbar politikus Barat seperti Tony Blair dan lain-lain lagi.
p/s: Ikhwanul Muslimin Mesir kian bangkit menentang rejim Hosni Mubarak!