Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'blog' penulis yang sudah lama tidak meng'update' entri yang baru menyebabkan penulis terngadah.
Logo PASTI
PASTI kini melebarkan sayapnya ke Borneo dan di Sabah sahaja PASTI ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Sabah apabila ia mencecah hampir 55 buah pasti dan penulis menerima maklumat ada sebuah PASTI di Sabah dimana pelajar n guru di PASTI berkenaan 100% non muslim dan pendekatan di ambil untuk PASTI sebegini hanya menekankan 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Begitu juga di Kuching, dengan penjenamaan PASTI yang mana tugasnya menawarkan perkhidmatan dalam sektor pendidikan mendapat sokongan dari masyarakat setempat. Tidak sampai 5 tahun, 8 buah PASTI kini telah dibuka dan aktif di seluruh Sarawak.
Ada satu tinjauan dibuat untuk melihat kelebihan pelajar PASTI dan dilihat pelajar hasil didikan PASTI lebih mahir membaca, mengira, menulis, membaca ayat-ayat al-Quran, menghafaz doa dan mempunyai kefahaman Islam yan lebih baik. Ini diantara hakikat sebenar bahawa PASTI berjaya dalam mendidik anak-anak dan terbukti slogan yang dicanangkan bukanlah retorik!
p/s: Jom hantar anak-anak ke PASTI yang berdekatan untuk manfaat bersama. Bahkan penulis ada slogan yang tersendiri iaitu "Anak PASTI, Anak Mithali".. InsyaALlah..
lps ni bolehlah anta adik sekolah kat PASTI..PASTI..pastinya pilihan yg trbaik..
I'allh, boleh.. =)