
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) baru-baru ini telah memutuskan untuk merancang menyebarkan H4E1. Walaubagaimana pun H4E1 bukanlah wabak merbahaya seperti H1N1, tetapi H4E1 bermaksud ‘Harakah For Everyone’. Perancangan H4E1 ini telah dirancang oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan Sepanggar iaitu saudara Nader. ‘Harakah For Everyone' adalah satu konsep gerak kerja pemuda secara mingguan, ini bererti setiap dari pemuda PAS kawasan Sepanggar akan diwajibkan membeli harakah pada setiap minggu dan seterusnya akan diedarkan secara percuma kepada umum.
Gerakkerja ini telah dibawa untuk diperbincangkan di dalam usrah pemuda Sepanggar dan kesemua ahli usrah bersetuju untuk memikul tugas ini. Selain dari itu, ahli usrah juga bersedia untuk membeli Harakah dengan harga RM3.00, serta baki dari jualan ini akan disumbangkan terus ke tabung ‘Dana Dakwah’ untuk program-program dakwah diserata Sabah. Semoga perancangan 'Harakah For Everyone' akan memberi impak kepada kefahaman masyarakat terhadap Islam dan seterusnya menerima Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah Jamaah Muslimin untuk memimpin umat.p/s : Penulis mewakili PAS Kawasan Sepanggar mengucapkan semoga berjaya atas usaha DPPK Sepanggar.

Salam..
Menarik...H4E1
...nak dapat harakah free...
http://fikrahnazifa.blogspot.com
salam..terkajut ana dengar tentang H4E1 ney..ingatkn virus baru tadi..suspens je..teruskan usaha dalam membangkitkan islam..TAKBIR..!ALLAHUAKBAR..!
To annisaNazifa:
Wa'alaykumussalam w.b.t.. kalo ahli, kena beli.. takde freenye.. hehe..
To ummul izzatin mardhiah ab.ghafar
InsyALlah.. biarpun bukan viru, tp seangan juga tu.. hehe..