Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik. Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.
Disini, ana cuba nak jelaskan penyelewengan yang berlaku dalam sirah dimana kita selalu dengar kisah penawanan Sepanyol oleh tentera Islam yg diketuai oleh Tariq Bin Ziyad. Dikisahkan, Tariq bertindak membakar kapal2 perangnya lalu berkata kepada angkatan tenteranya “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”. Memang kita merasakan pernyataan ini adalah untuk menaikkan semangat jihad, namun nampak sangat kebodohan seorang pemimpin angkatan tentera dengan taktik sebegini. Setelah ana teliti, kisah ini adalah sejarah yang bersumberkan dari Barat.
Sebenarnya sirah yang sebetulnya adalah Tariq Bin Ziyad tidak membakar kapal2 perangnya, tetapi menghantar pulang semula kapal2 perangnya itu dengan bertujuan untuk memanggil angkatan tentera Islam yang lain dengan kemungkinan :
1) Jika angkatan bantuan tentera Islam itu sampai ketika angkatan Tariq masih hidup, maka itu sebagai bantuan mereka menghadapi musuh.
2) Jika angkatan bantuan tentera Islam itu sampai ketika angkatan Tariq telah syahid, maka itu sebagai menuntut bela keatas kesyahidan mereka..
Ana berasa kesal kerana kisah yang palsu selalu kita dengar bersumberkan dari ahli sejarawan Barat. Inilah taktik pihak musuh2 islam yang dengki dengan keunggulan Islam dari segi strategi ketenteraan.
syukran ya akhi... tapi boleh tak kalau ana nak beberapa sumber yang boleh dibuat rujukan jika enta ada. Sekadar untuk simpanan ana dan pembacaan lanjut ana.