Salam alayk'.
Sudah lama tidak menulis di blog ini. Sudah hampir 10 tahun hidup di dalam blog. Adakalanya hidup berada di atas dan kadangkala di bawah, begitulah roda kehidupan. Mencari ruang-ruang untuk merintis perkara baru dalam dunia yang kian tua menunggu kehancuran pada suatu hari nanti.
Tulisan di blog ini bukanlah ilmiah, namun satu coretan santai untuk memberi suatu renungan buat pengunjung yang mahu berukhuwwah. Masa depan, harapan dan hala tuju hidup adakalanya perlu dirancang dan paling penting sekali ianya perlu difahami bahawa segala keputusan dan kententuan adalah dari Allah SWT.
Muhammad Al-Rasyid menekankan tazkiyah an-Nafs & kekuatan aqidah sebagai asas kefahaman yang jitu dengan nukilan 'kita menolak al-hawa'.
Hawa itulah yang dimaksudkan sebagai keinginan yang dipenuhi nafsu yang biasanya mempunyai perseteruan dengan syariat. Syeikh Muhammad Al--Ghazali, seorang tokoh Ikhwanul Muslimun, namanya sebaris dengan Syeikh Bahi Al-Khuli telah menyatakan bahawa Islam itu adalah wahyu dan ianya maksum yakni terhindar dari cacat cela.
Serangan Al-Hawa' Di Dalam Ideologi Pemikiran
Hawa atau keinginan yang seiring dengan nafsu tidak semestinya hanya melalui tindakan rutin seperti maksiat namun ianya juga menyerang pada ideologi maka lahirlah mereka ysng terjebak di dalam fahaman liberal, sekular, komunis, sosialis sekalipun ianya mengaku Islamis.
Kesan al-hawa pada ideologi ialah menolak pensyariatan Allah dari dilaksanakan pada sesuatu zaman dengan beralasan atas faktor ketidaksesuaian, kondusif dan pelbagai faktor yang difikirkan wajar sesuai dengan kehendak al-hawa'.
Bekas Ketua Lajnah Dakwah Ikhwanul Muslimun, Ustaz Sayyid Qutb sangat tegas di dalam penegakkan hukum Islam lantas mengagaskan konsep hakimiyyah Allah. Sebarang ideologi dan tindakan yang berada bertentangan konsep hakimiyyah ini adalah tindakan yang membawa kekufuran. Itulah pandangan beliau.
Tiada Jalan Tengah antara Keinginan & Syariat
Tiada jalan pintas ataupun istilah atas pagar antara keduanya. Syariat itu adalah kebenaran dan keadilan maka keinginan adalah sesuatu yang mungkin sentiasa di dalam kebatilan. Seorang Islamis perlu cenderung kepada syariat sekalipun menutup keinginan atas seleranya.
Contohnya, manusia ingin makan makanan lazat sebanyaknya namun Islam menyuruh berhenti makan sebelum kenyang, manusia ingin mengumpul harta sebanyak-banyaknya namun Islam menyuruh dalam mengumpul harta hendaklah mengeluarkan zakat dan sedekah.
Itu contoh mudah.
Maka, al-hawa perlu kepada petunjuk syariat dan kita tidak boleh sesekali condong kepadanya. Tiada juga cara untuk mengambil syariat mengikut keinginan kita. Yang kita rasa ia menyenangkan, kita praktis manakala syariat yang kita rasa susah, kita tinggalkan. Ini adalah satu penyelewengan kepada syariat.
Cukup setakat ini, to be continue.
p/s: maaf tak letak nas atau dalil dari al-quran dan hadith. Saja buat catatan ringkas.
Zaiem Al-Hilmee
Desa Buang Sayang, Papar
12.05 pm
Warkah Fatima (Sumber: Mufkarat Al Islam)
Surat
Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan telah
diseludup keluar dari Abu Gharib. Fatima adalah adik kepada salah
seorang pejuang Mujahidin di kawasan berkenaan. Tentera pengganas AS
telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya,
oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa
beliau menyerah diri.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. [Quran, Surat 112 al-Ikhlas].
Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentera telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!
Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa mu'atasima!]
**********
Sebaik sahaja selepas itu surat itu diketahui oleh Mujahidin, lebih kurang seramai 100 pejuang Mujahidin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang Mujahidin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.
Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang Mujahidin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut. Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.
Khalifah Mu'tasim Billah Penebus Maruah Wanita Islam
Sebuah peristiwa dahulu berlaku di salah satu wilayah Khilafah Abbasiyah. Khalifah ketika itu ialah Muhammad bin Harun Al-Rashid, atau gelarannya Al-Mu’tasim Billah yang merupakan khalifah penebus maruah umat Islam. Ketika mana dahulu, seorang Muslimah kita dimalukan oleh tentera Rom dengan kelakuan tentera yang telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah. Apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah.
Yang mencintai Baginda Nabi,
Zaiem Al Hilmee
Ma'ahad Tarbiyyah Islamiyyah An Nur
23 Jamadil Awwal 1434H
12.39 pm.
Kepercayaan. Aku sememangnya amat berhati-hati untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang. Bagiku, ini adalah pengiktirafan dan disebaliknya merupakan maruah yang perlu dijaga. Mungkin ada yang memandang enteng tentang ini, mungkin juga ada yang tidak ambil peduli tetapi aku sangat berbeza.
Aku tak suka akan emosi dan menjadi kebiasaanku akan berfikir semasaknya sebelum mengambil sebarang keputusan. Ini mungkin salah satu yang berada dalam jiwaku setelah hampir sepenuh kehidupanku dihabiskan medan kepimpinan. Kepimpinan banyak mencorakkan hidupku bagi menghargai dan meletakkan harga sebuah kepercayaan di posisi yang sewajarnya.
Namun aku tidak nafikan, ketegasan telah mengajarku untuk memastikan kepercayaan terhadap seseorang individu bukanlah sesuatu yang mutlak untuk dipertahankan. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan kewarasan yang boleh menjatuhkan hak dan kewibawaan. Inilah takrifanku kerana bagiku bahawa hak dan kewibawaan seorang individu juga merupakan suatu daripada apa yang diajar dalam Islam untuk dipertahan dan dipertingkatkan.
Aku suka untuk mengambil jalan tengah daripada berterusan berada di dalam konflik. Kepercayaan yang dibina boleh jadi lebur ditengah jalan tatkala hak dan kewibawaan tercabar atau diceroboh. Aku lebih suka mengambil keputusan untuk memencilkan diri dan mendiamkan diri biarpun untuk tempoh yang agak lama. Ini untuk menghindarkan agar aku tidak berfikir hal-hal yang menyakiti rohani dan memanjangkan sesuatu kekalutan.
Buat mereka yang terasa akan ke'diam'an aku, aku minta maaf. Aku tidak mampu untuk membina kepercayaan semula. Aku tetap dengan keputusanku, biarpun sehingga ke akhir hayat. Buat Imam Malik, guru segala ketegasan yang aku sanjungi dan buat Imam As-Syafie yang juga guru kesabaran dalam meneguhkan hati. Moga-moga tawassulku padamu membuka ruang agar Allah sentiasa membaiki hati-hati yang meranapkan hati-hati yang lain.
Ameen.
Yang mencintai Baginda Nabi,
Zaiem Al Hilmee
Teratak Tarbiyyah Islamiyyah An-Nur
06 Jamadil Awal 1434H
8.19 malam.
Sedangkan hatimu tidak sebersih putih salji,
Mohon doanya agar kita semua beroleh hati yang bersih laginya muslih!
Allahumma Ya Tohhir! Tohhir quluubaana kama tohhirta qalba al-Mustofa!
Aamin bi jaahil ameen!
Kota Kinabalu, bandar yang mewarnai dalam catatan hidupku. Aku dilahirkan, aku membesar, aku dididik kesemuanya di bandar ini dan aku harap aku akan berada di sini suatu hari nanti. Begitu banyak kenangan manis dan pahit maung yang aku lalui dalam menempuh kehidupan di tempatku ini.
Kini, aku harus melangkah meninggalkan tempat ini. Entahlah, tiba-tiba terdetik untuk berhijrah apatah lagi kerana amanah da'wah inilah aku harus meninggalkan segala keselesaan dan kebahagiaan yang seketika itu untuk melunaskan janji kepada Allah.
Iya, aku sudah membuat persediaan untuk bergerak ke bumi itu. Bumi yang penuh dengan tapak kaki ulamak-ulamak silam. Langkahan ku ke bumi tersebut pastinya akan menutupi dan mengubat segala kedukaanku kerana aku ingin membina kehidupan yang baru dengan ruh yang baru.
Zaiem Al-Hilmee
Teratak Tarbiyyah Islamiyyah An-Nur
22 Rabiul' Akhir 1434
1.13 pagi.