skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Untukmu, Wardatul Shaukah.

0 Orang Mengulas


Bunga yang sering menjadi lambang dari cinta
Romantis dan berwarna tegas
Jika ia berwarna merah, maka ia akan berwarna merah darah, dan pekat
Jika ia putih, ia pun berwarna putih yang teguh, dan suci
Jarang mawar berwarna merah muda, meskipun mungkin ada

Bunga yang beraroma harum
Dengan kelopak-kelopak yang cantik, banyak,
Dan melindungi benang sarinya dengan saksama
Tidak mudah menggugurkan mahkota-mahkotanya
Meskipun dipetik dengan tangkainya dan diletakkan tanpa air,
Ia mungkin layu, tapi mahkotanya tetap tidak gugur!

Bunga itupun masih dilindungi kelopaknya yang teguh
 Susah disentuh, kerana itu harus berhati-hati untuk memetiknya
Sebab tangkainya yang meskipun kecil, namun kukuh dan berduri
Setiap bahagian bunganya begitu mantap dan teguh,
Selain bentuknya yang indah dan baunya yang harum
Mawar begitu mempesona.

Mawar begitu misteri, dan menakjubkan
Semua membuat orang ingin menikmatinya, memetiknya, dan memilikinya
Namun sekali lagi… tidaklah mudah mendapatkannya
Harus berhati-hati agar durinya tidak melukai
Tidak sembarang boleh diambil, bila tidak ingin diserang oleh durinya
Tangkainya pun kukuh, tidaak mudah untuk dipatahkan

Begitulah Mawar, yang kuibaratkan sebagai perhiasan dunia
Intan permata penyejuk hati, iaitu Mar'ah Solehah
Kecantikannya terpancar dari sebuah keteguhan dalaman
Kalaupun dianugerahi kecantikan fizikal, dia akan semakin cantik
Kalaupun tidak, dia tetap memancarkan kecantikan yang lain
Kecantikan yang membawanya, pada sebuah martabat yang begitu tinggi

Dia mengerti setiap bahagian dari dirinya begitu berharga
Kerana untuk itulah dia menjaga, dan melindunginya dengan saksama
Betapa banyak ‘senjata’ yang dimiliki mawar, demi melindungi putik dan benang sarinya
Itulah perempuan, “Perempuan Islam”
Yang dituntut untuk selalu menjaga dirinya
Kerana setiap bahagian jasad, ruh dan akalnya memiliki potensi keindahan

Sangat teguh pendiriannya, ibarat teguh dengan warna yang dimilikinya
Tidak mudah meluruhkan harga dirinya
Untuk hal-hal yang tidak sesuai dengan jalan prinsipnya
Betapa mawar tidak mudah menggugurkan mahkota bunganya meskipun ia layu
Dia akan menjaganya meskipun ia harus berjuang untuk itu,
Dan Keadaan tidak membuatnya lemah

Pesonanya itu tidak membuatnya angkuh
Memancarkan keramahan, dan kebaikan
Membuat orang tidak berani mempermainkannya
Dengan pesonanya, ia akan memilih siapa yang beruntung mendapatkannya
Dengan cara yang baik, bukan merebut apalagi memetiknya dengan paksa!
Sebab jika itu dilakukan, Sang Mawar akan melukai tangan pemetiknya yang kasar

Jika ingin memetiknya, ia harus meminta kepada Sang Pemiliknya
Siapa pemiliknya? Ia adalah sang pemilik mawar yang memeliharanya dari kecil
Memelihara dan menjaga Sang Mawar agar tumbuh menjadi muslimah yang teguh
Ketuklah pintu pagar di mana mawar itu tumbuh
Datangi keluarga di mana mawar itu tumbuh dan terjaga
Kemudian mohonlah pada Sang Pencipta Mawar
Karena Dialah pemilik dan pemeliharanya yang hakiki
Hingga mengetuk surga dengan keagungan yang terjaga!

InsyaAllah.. Aamiin
 





0 responses to "Untukmu, Wardatul Shaukah."


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft