skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Resepi Bahagia.

0 Orang Mengulas

Aku semakin buta dalam menulis. Aku tidak mahu menjadi seperti kebanyakan orang yang kian menulis menggunakan akal tanpa hati, tapi aku usaha agar setiap kali aku akan menulis hadirnya hati yang ikhlas keranaNya. Tidak menulis kerana inginkan perhatian. Tidak menulis untuk memenuhkan laman dengan entri-entri. Namun, aku menulis untuk mencari bahagia untuk diriku, bukan untuk orang lain.

Kecintaan. Kejujuran. Kesabaran. Bersyukur. Aku pelajarinya daripada seseorang. Mengajar aku untuk mencinta daripada membenci. Untuk jujur dan tidak hipokrit. Banyak bersabar dan tidak gopoh serta bersyukur yakni qanaah dengan sekelilingmu. Aku memahaminya tidaklah dari teori dari fikiran semata, namun pengimplementasiannya dalam kehidupan yang mengajar aku nilainya.

Benarlah kata pujangga;

"Janganlah kamu mendidik anak supaya mereka menjadi kaya, namun didiklah agar mereka menjadi bahagia. Apabila mereka membesar, mereka pasti akan mengenal sesuatu dengan nilai, dan tidak pada harganya".

Tidak ramai lelaki yang boleh menyebutkan perihal cinta dikhalayak ramai. Mereka agak malu. Malu entah yang datangnya dari mana. Mungkin cara berfikir itulah yang mendorong pendirian sesorang. Aku mengagumi Rumi, sasterawan Islam. Dia menyusun dan mengarang bait-bait cinta dalam puisinya. Kerana apa dia berani menulis tentang cinta sedangkan dia ilmuan Islam? Kerana dialah insan yang mengenali nilai cinta dengan sebenarnya. Aku sertakan disini puisi Rumi yang dinamakan "Daya Tarik Cinta".

Cinta dan khayalan menciptakan ribuan bentuk indah seperti Yusuf; sesungguhnya mereka adalah ahli sihir yang lebih mahir daripada Harut dan Marut.
Di depan matamu mereka menghidupkan bayangan Sang Kekasih; engkau terpesona dan mengungkapkan seluruh rahasiamu kepadanya.
Bagai seorang ibu, di depan kuburan anaknya yang baru meninggal dunia,
Berbicara kepadanya benar-benar dan sungguh-sungguh; karena dilanda dukacita, ia membayangkan tanahnya menjadi hidup.
Dan di dalam hatinya percaya sang anak mendengarkannya. Lihatlah, daya tarik itu disebabkan oleh Cinta!
Dengan mesra dan penuh air mata, berulang kali dengan bijak ia letakkan bibirnya, di atas tanah segar makam anaknya.
Sebegitu rupa, seakan selama hidup sang anak tersayang, tidak pernah ia menciumnya.
Namun cinta kepada yang mati takkan bertahan lama: ketika hari-hari berkabungnya telah berlalu, kobaran dukacitanya pun lenyap.
Cinta membawa pergi pesonanya: apinya pun hilang, hanya tinggal abunya.
 (Jalaluddin Muhammad Rumi)

Begitu dalam penjelasan Rumi. Cinta yang mengingati kita untuk menebalkan sifat kehambaan padaNya. Di sisi yang lain, aku teringat kata seseorang tokoh da'wah;

"Hendaklah engkau perangi mereka dengan cinta"
(Hassan Al-Banna)

Banyak memuhasabah diri, merintih di dalam kegelapan malam adalah cara untuk meraih cinta dariNya. Bagiku, sesuatu amal kepada Tuhan tidak perlu difikirkan sebagai peribadatan semata, namun ia adalah medan untuk meraih dan menyemai cinta daripada hati. Hati yang selalu mati, maka hidupkanlah dengan cinta kepadaNya.

Pada ceruk yang lain, akan kelihatan kehidupan sekeliling kita telah pudar bahagianya. Apabila tiada kecintaan, tiada kejujuran, ketidaksabaran yang melampau dan rasa bersyukur yang lenyap menjadikan diri kita kehilangan nilai sebagai manusiawi. Lantas, bilakah engkau mahu kembalikan rasa bahagia itu dalam dirimu? Fikirkanlah.

Zaiem Al-Hilmee
01 Zulkaedah 1433H
Puncak Bukit Bandar Sierra
07.40 pm.






0 responses to "Resepi Bahagia."


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft