skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Ghazwatul Fikr, Penghancur Generasi Muda Islam!!

1Orang Mengulas


Generasi muda Islam pada hari ini boleh dikatakan berada dalam zon yang ‘bahaya’. Keruntuhan akhlak generasi muda pada hari ini khususnya remaja semakin lama berada pada tahap yang kritikal. Hal ini berlaku kerana serangan pemikiran (ghazwatul-fikr) yang kian mencengkam hidup generasi muda dan ianya berlaku di sekeliling kita sehinggakan ramai umat Islam kini telah di doktrin oleh pengaruh pemikiran dari musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam khususnya generasi muda Islam jatuh tersungkur.

Hakikatnya hari ini musuh-musuh Islam menggunakan media massa sebagai senjata untuk menyebarkan serangan pemikiran ini dengan menggalakkan hedonisme (budaya hiburan yang melampau). Akibatnya, hari ini banyak maksiat berlaku secara berleluasa seperti lepak, dadah, judi, khalwat, zina (couple), mencuri, black metal, vandalisme, ajaran sesat, membunuh, hidu gam, berpakaian seksi, puja artis dan lain-lain lagi.


Tujuan serangan pemikiran ini adalah untuk mengeluarkan orang Muslim dari ajaran Islam yakni tiada pegangan akidah yang kuat dengan Allah dan tidak punya syakhsiyyah akhlak yang melambangkan keperibadian sebagai seorang Muslim. Taktik “serangan pemikiran” ini bermula ketika selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. “Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka”. Ini dapat dirujuk dengan kata-kata pemimpin tentera Salib, King Louis VII , “Kita tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini (al-Quran)".

Di sebalik perancang utama agenda serangan pemikiran ini adalah golongan musuh-musuh Islam seperti golongan Yahudi LaknatuLlah dan Nasrani (Kristian) dalam melumpuhkan generasi muda Islam. Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (sebenarnya)."Dan jika engkau mengikut keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepdamu tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah." (Surah Al-Baqarah ayat 120)

Pihak Yahudi LaknatuLlah telah merancang sistem 5 S yang diadaptasi daripada 24 Protokol Yahudi dan sistem 5 S tersebut ialah Song (memberikan hiburan melampau), Sex (memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas), Sport (menganjurkan sukan yang membuka aurat), Stim (dadah, arak dll) serta Strok (Otak menjadi jammed dan tidak dapat berfikir).



Ghazwatul fikr ini merupakan di antara serangan oleh musuh Islam yang paling berkesan kerana untuk mewujudkan serangan ini, ia tidak memerlukan modal yang tinggi, sasaran serangan ini juga tidak kira seiapapun namun ditujukan khas buat umat Islam, dan paling penting bahawa keberkesanan "senjata" ini adalah mangsa serangan tidak mengetahui bahawa dia diserang dan pemikiran mereka dikuasai. Akhir sekali, kesannya adalah gaya berfikir ataupun pola pemikiran mangsa-mangsa tersebut mengikut acuan musuh-musuh Islam.

Generasi muda Islam perlu menyedari hal ini dan berusaha untuk mematahkan serangan-serangan pemikiran sebegini kerana ia mudah menjerumuskan diri kita kearah kegiatan keruntuhan akhlak dan di sini saya mengajak kepada para sahabat sekalian agar mempraktikkan Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan kerana Islam Is The Way Of Life di samping itu juga kita hendaklah memperdalamkan ilmu Islam, menjauhi kemaksiatan dan istiqamah beribadah kepada Allah secara konsisten.

p/s: Semoga kita beroleh perlindungan dan keberkatan dari Allah SWT. Wallahu’alam.





Kitab Baru Yang Dah Di Miliki!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

“Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Al-Faatir:28)

ALhamduliLlah, dalam beberapa masa yang terdekat ini, penulis telah memiliki 2 buah buku yang menarik perhatian penulis. Penulis baru sahaja menyelak buku ini dan masih dalam proses melakukan pembacaan. Pandangan awal penulis kepada kedua-dua buku ini adalah pengisian buku ini ringan dan menarik minat pembaca apabila melihat tajuknya. InsyaALlah, pengisian di dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan khususnya para da'ie. Dua buku yang penulis maksudkan ialah:

Belajar Dari Perang Badar (Strategi Menghadapi Kemenangan) - Pandangan Sisi Oleh Al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.




Belajar Dari Perang Uhud (Strategi Menghadapi Kekalahan) - Pandangan Sisi Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.






Namun, penulis sedang bmerusaha untuk mendapatkan serta memiliku satu lagi buku untuk menjadikan set ini lengkap iaitu

Belajar Dari Perang KhandaQ (Strategi Menpertahankan Diri) - Pandangan Sisi Oleh Al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.




p/s: Penulis mencadangkan kepada para sahabat sekalian untuk melawat laman rasmi Kemilau Publika  jikalau ingin mencari buku bagi meningkatkan pembacaan dan menambahkan ilmu di dada. Wallahu'alam.





Al-Fatihah Buat Ust Haji Nahar..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Berat menerima hakikat, namun ia merupakan ketentuan ALlah. Kalimah al-fatihah diiringi cucuran air mata yang tidak tertahan lagi setelah penulis dikejutkan dengan pemergian Ustaz Haji Nahar bin Haji Mantamin yang penulis ibaratkan seperti ayah penulis sendiri tatkala sahabat lain memandangnya sebagai seorang ulama', mujahid dan juga murabbi. Pemergian Ustaz Nahar merupakan kejutan buat penulis dan satu kehilangan buat pendokong perjuangan Islam di Sabah apatah lagi dimaklumkan secara mengejut  dengan tidak disangka-sangka.



Kenangan allahyarham ketika berada di kemenangan Syawal

"Zaiem, enta ada dengar berita dari KK (Kota Kinabalu)?? tanya Iskhandar dalam telefon. "Tidak ada pula, kenapa??" jawab penulis. "Ustaz Nahar meninggal" jawab Iskhandar. Setelah mendengar penjelasan dari Iskhandar yang merupakan sahabat rapat penulis, akhirnya air mata bercucuran tidak disangka. Teringat penulis akan hikmah kepulangan penulis ke Kota Kinabalu biarpun hanya berada di sana selama dua hari namun penulis sempat berjumpa dengan allahyarham dalam mesyuarat untuk berbincang tentang program kebajikan dan arwah ketika itu memberi perkhabaran bahawa arwah baru sahaja balik dari umrah untuk beristikharah memohon jawapan dari ALlah untuk membuat satu keputusan yang besar dalam perjuangan dan hidup arwah.

Teringat selalu sapaan arwah selepas sahaja meeting tamat, "Zaiem, jom pergi minum kita dulu". Itulah peribadi arwah yang sentiasa mengajak penulis untuk bersembang di kedai kopi selepas habis sahaja setiap kali mesyuarat tamat. Kenangan paling berharga apabila penulis bersama-sama arwah menjayakan program jamuan Aidil Fitri yang diadakan di rumah arwah rujuk http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/09/kemenangan-syawal-dirai.html . Arwah yang juga merupakan Timbalan Pengarah JHEAINS dan Timbalan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sabah sangat dedikasi menganjurkan program kebajikan dan menyampaikan ceramah.



Kenangan allahyarham ketika menyampaikan ceramah

Arwah yang juga merupakan kader dakwah yang pernah menadah kitab di Gunung Semanggol dan Rusila, seterusnya menyambung pengajian ke Jordan dan menjadi Penasihat Anak Sabah Jordan dan pernah memegang jawatan Imam Besar Masjid Negeri Sabah. Teringat juga kisah Ustaz Nahar yang mana ada disentuh oleh Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) di dalam buku "Rindu Bau Pohon Tin" yang menyatakan kebaikan layanan Ustaz Nahar semasa berada di Jordan. Firman ALlah SWT di dalam Al-Quranul Karim:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati (Surah Ali-Imran ayat 185)

Dan sabda Nabi yang menyatakan, "Sesungguhnya, apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segalanya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan sedekah jariah".

p/s: Semoga roh Ustaz Nahar dicucuri rahmat oleh ALlah SWT..





Perjalanan Penuh Hikmah, Isra Wal Mi'raj..

2 Orang Mengulas



Salam alayk.. ALhamduliLlah, tibanya kita umat Islam sampai di bulan Rejab yang juga penuh dengan keberkahan. Di dalam bulan ini, terdapatnya peristiwa yang begitu penting iaitu terjadinya Isra wal Mi'raj pada diri RasuluLlah. Ini adalah peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun dukacita ).

ALlah SWT telah menyentuh perihal mengenai peristiwa Isra' wal Mi'raj ini di dalam Al-Quranul Karim dan firman ALlah SWT di dalam Surah Al-Isra':


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: “Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui” (Al-Isra’ 15:1)

Mengupas mengenai perjalanan RasuluLlah dan hikmahnya dalam peristiwa Isra' wal Mi'raj ini amat mudah difahami dan perjalanan Isra wal Mi'raj ini amat menakjubkan. Ia bermula dengan Isra' yang bermaksud perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke Sidratul Muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala dan RasuluLlah menunggang BuraQ' iaitu rupanya seakan seperti seekor kuda yang bersayap. Kelajuan BuraQ ini lebih laju daripada cahaya dan kelajuannya ia barat sejauh mata memandang.




Dari syarah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, beliau menerangkan sedikit demi sedikit perihal peristiwa yang berlaku sehinggakan beliau menerangkan kenapa Baitul Maqdis menjadi tempat persinggahan RasuluLlah SAW sebelum di mikrajkan ke langit, kenapa Baitul Maqdis? kenapa tidak ke Malaysia? tidak ke bumi Syam? Namun, pemilihan Baitul Maqdis oleh ALlah SWT sebagai satu tempat persinggahan RasuluLlah SAW antara hikmahnya kerana waktu itu masyarakat Mekah ada yang pernah sampai ke Baitul Maqdis yang memakan masa perjalanan 40 hari pergi dan 40 hari perjalanan balik.

Hal ini akan menyebabkan apabila RasuluLlah SAW kembali ke Mekah setelah Isra wal Mi'raj maka penduduk Musyrikin Mekah sudah pastinya tidak akan mempercayai peristiwa ini kerana keterbatasan akal pemikiran mereka namun dengan bukti RasuluLlah SAW ke Baitul Maqdis akan menyebabkan penduduk Musyrikin Mekah yang pernah pergi ke Baitul Maqdis untuk bertanyakan soalan mengenai tempat itu dan Masjidil Aqsa yang dimaklumkan disinggah oleh RasuluLlah.



Apabila penduduk Mekah bertanya tentang perihal Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis sebagai menguji kebenaran apa yang didakwa oleh RasuluLlah yang menyatakan bahawa Baginda pergi ke Baitul Maqdis sdalam satu malam sahaja, maka dijawab oleh RasuluLlah SAW dengan tepat sekali segala persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh penduduk Musyrikin Mekah dan ia memberikan keuntungan kepada umat Islam yang mana keimanan mereka semakin kuat namun penduduk Musyrikin Mekah masih lagi dalam keadaan tidak mendapat hidayah lalu menggelar RasuluLlah sebagai tukang sihir.

Banyak hikmah setiap peristiwa di sebalik Isra' wal Mi'raj ini dan amatlah panjang jika dirungkaikan melalui tulisan di dalam blog ini namun cukup memberikan kepada kita bahawa ini merupakan di antara peristiwa yang besar kerana yang difokuskan di dalam Isra' wal Mi'raj ini adalah pemberian hadiah dari ALlah kepada RasuluLlah iaitu "Solat'. Namun perlunya kita sebagai umat Islam mengetahui susur galur sirah Nabawiyyah mengenai peristiwa ini dan hikmahnya agar kita boleh mengambil sebagai panduan kita sebagai umat Islam.

p/s: Hilangnya tokoh2 sirah seperti Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisyam sukar dicari ganti.. ;(





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft