Hakikatnya hari ini musuh-musuh Islam menggunakan media massa sebagai senjata untuk menyebarkan serangan pemikiran ini dengan menggalakkan hedonisme (budaya hiburan yang melampau). Akibatnya, hari ini banyak maksiat berlaku secara berleluasa seperti lepak, dadah, judi, khalwat, zina (couple), mencuri, black metal, vandalisme, ajaran sesat, membunuh, hidu gam, berpakaian seksi, puja artis dan lain-lain lagi.
Tujuan serangan pemikiran ini adalah untuk mengeluarkan orang Muslim dari ajaran Islam yakni tiada pegangan akidah yang kuat dengan Allah dan tidak punya syakhsiyyah akhlak yang melambangkan keperibadian sebagai seorang Muslim. Taktik “serangan pemikiran” ini bermula ketika selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. “Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka”. Ini dapat dirujuk dengan kata-kata pemimpin tentera Salib, King Louis VII , “Kita tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini (al-Quran)".
Di sebalik perancang utama agenda serangan pemikiran ini adalah golongan musuh-musuh Islam seperti golongan Yahudi LaknatuLlah dan Nasrani (Kristian) dalam melumpuhkan generasi muda Islam. Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim:
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikut agama mereka. Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (sebenarnya)."Dan jika engkau mengikut keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepdamu tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah." (Surah Al-Baqarah ayat 120)
Pihak Yahudi LaknatuLlah telah merancang sistem 5 S yang diadaptasi daripada 24 Protokol Yahudi dan sistem 5 S tersebut ialah Song (memberikan hiburan melampau), Sex (memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas), Sport (menganjurkan sukan yang membuka aurat), Stim (dadah, arak dll) serta Strok (Otak menjadi jammed dan tidak dapat berfikir).
Ghazwatul fikr ini merupakan di antara serangan oleh musuh Islam yang paling berkesan kerana untuk mewujudkan serangan ini, ia tidak memerlukan modal yang tinggi, sasaran serangan ini juga tidak kira seiapapun namun ditujukan khas buat umat Islam, dan paling penting bahawa keberkesanan "senjata" ini adalah mangsa serangan tidak mengetahui bahawa dia diserang dan pemikiran mereka dikuasai. Akhir sekali, kesannya adalah gaya berfikir ataupun pola pemikiran mangsa-mangsa tersebut mengikut acuan musuh-musuh Islam.
Generasi muda Islam perlu menyedari hal ini dan berusaha untuk mematahkan serangan-serangan pemikiran sebegini kerana ia mudah menjerumuskan diri kita kearah kegiatan keruntuhan akhlak dan di sini saya mengajak kepada para sahabat sekalian agar mempraktikkan Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan kerana Islam Is The Way Of Life di samping itu juga kita hendaklah memperdalamkan ilmu Islam, menjauhi kemaksiatan dan istiqamah beribadah kepada Allah secara konsisten.
p/s: Semoga kita beroleh perlindungan dan keberkatan dari Allah SWT. Wallahu’alam.
salam,
saya setuju umat islam kita dah berada dalam zon bahaya dari segi akhlaknya apa lagi keimanan terhadap agama sendiri , islam.
“Kita tak akan dapat kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini (al-Quran)".
mmg ramai yg jauh sgt dari ajaran al quran.
inilah punca utama segala2nya yg berlaku pada umat islam kini. bila al quran dan hadis dijauhi, makan syaitan lah yg paling mendekat.
wallahhualam...
semoga saya, kita , umat islam semua diberi petunjuk dan hidayah agar kembali kepada al quran dan sunnah nabi, kembali ke jalan yg lurus ke jalan yg diredhai bukan ke jalan org2 yg sesat. amin