skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Kemenangan Syawal Dirai..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. dalam kita masih berada di bulan Syawal, penulis di sini ingin memohon keampunan daripada segenap sahabat dan sahabiah blogger sekalian jika ada kesalahan serta kesilapan yang pernah dilakukan penulis dan coretan 'posting' yang pernah mengguris hati sahabat dan sahabiah sekalian. Penulis juga memohon maaf sekali lagi kerana lambat posting 'entri' ini kerana penulis banyak komitmen lain dan menyukarkan diri penulis untuk meluangkan masa melayari internet.

ALhamduliLlah.. kemeriahan menyambut kemenangan di bulan Syawal pada tahun ini begitu meriah apabila sahabat dan sahabiah begitu ramai berkunjung ke kampung penulis di Papar, Sabah. Dari 1 Syawal hingga ke 5 Syawal, sahabat dan sahabiah tidak putus-putus menziarahi rumah penulis seawal jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam. Kemeriahan Syawal pada tahun ini dapat dirasai dengan begitu bermakna.

Penulis bersama rakan sekelas ketika di sekolah menengah dahulu


Syukran ye..

Pada 6 Syawal, penulis kena pulang ke Kota Kinabalu kerana ada komitmen lain yang perlu diselesaikan dan jemputan untuk bertandang ke 'open house' sahabat dan sahabiah. Penulis di sini juga mengucapkan jutaan terima kasih ke atas pemilik Farmasi Aslam, Haji Abu Aslam dan Timbalan Pengarah JHEAINS, Ustaz Nahar Bin Haji Mantamin serta sahabat yang lain atas jemputan tersebut.

Penulis juga di sini ingin berkongsi kemeriahan sekitar Majlis Rumah Terbuka Ustaz Nahar Haji Mantamin yang diadakan di kediaman Rasmi Ustaz Nahar pada 27 September 2009 bersamaan 08 Syawal 1430H bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang. Dalam majlis tersebut, kira-kira hampir 1000 tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga Ustaz Nahar dan sahabat handai. Dalam majlis tersebut juga, disediakan 'games' @ sukaneka kecil untuk kanak-kanak dan 'angpow' raya diberikan kepada setiap kanak-kanak yang datang. Di antara tetamu yang hadir adalah blogger hebat seperti Abu Nuha, Web Master SabahKini iaitu Sdra. Mutallib MD, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Farhan Al-Hafiz, artis nasyid iaitu Nazrey Raihan serta kenamaan lain.


Penulis, Zaiem Al-Hilmee sempat bergambar pada awal pagi tersebut sambil membantu tuan rumah membuat persiapan untuk majlis tersebut


Banner yang digantung tersergam indah


Ustaz Nahar Bin Haji Mantamin selaku tuan rumah menyampaikan sedikit ucapan kepada tetamu yang hadir


Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang hadir


Sesi memberi 'angpow' raya kepada kanak-kanak yang hadir


Tetamu muslimat yang hadir


Macam kenal jer?? Syukran abg Nazrey sebab sudi datang ke majlis


Abg Nazrey ketika membuat sedikit persembahan untuk menceriakan lagi majlis


Anggota Unit AMAL yang bertugas bagi melicinkan pergerakan lalulintas


Anggota Unit AMAL membantu menjayakan majlis

p/s: Syukran kepada semua sahabat dan sahabiah terutamanya Unit AMAL yang sudi membantu penulis menguruskan perjalanan majlis di Rumah Ustaz Nahar. Tidak lupa juga kepada Abg Nazrey Johani (Raihan) yang sudi menghadiri majlis biarpun jadual beliau padat dengan program. Mohon kemaafan kerana banyak gambar sahabat dan sahabiah yang berkunjung ke rumah penulis tidak dimuatkan di sini. Syukran jazillan wa jazakallahu khairan kathira.





0 responses to "Kemenangan Syawal Dirai.."


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft