Salam alayk'.. Setelah dua kali penulis membicarakan dua 'isu' panas iaitu mengenai gerakan kristianisasi dan Yahudi di Borneo, kali ini penulis ingin membicarakan mengenai musibah yang melanda SMA Toh Puan. Sebelum terlupa, penulis ingin mengingatkan kepada sahabat pengunjung blog yang terdiri daripada non muslim supaya jangan merasa bimbang. Entri yang sebelum ini bukan untuk mewujudkan sentimen agama atau anti-agama, tapi kami sebagai umat Islam memandang berat isu pe'murtad'an ini yang dijalankan oleh missionary kristian (pendakyah kristian).
Entri kali ini adalah mengenai musibah yang melanda asrama putera SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Sembulan yang terbakar kira-kira minggu lepas. Ini kebakaran kali kedua dalam jangka masa setahun. Kebakaran kali ini memusnahkan blok yang mengandungi surau, pejabat, stor serta bilik belajar. Kebakaran disyaki berpunca daripada litar pintas yang berlaku di bilik hujung yang menempatkan stor dan ia merebak dengan pantas ke seluruh blok tersebut.
Hasil daripada ihsan orang ramai yang simpati atas musibah yang menimpa itu, sumbangan yang diterima oleh pihak SMA Toh Puan mencecah RM1500. Antara penyumbang utama ialah Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Negeri Sabah, Yayasan AMAL Malaysia (YAM) Cawangan Sabah, staf Petronas Kota Kinabalu, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), PAS Kawasan Putatan, jemaah surau Austral sera beberapa hamba ALlah yang tidak ingin nama mereka disebutkan. Bahkan, ketika penulis bersama sahabat dari NGO Islam yang lain membeli barang di Wisma Muis, terdapat beberapa orang yang turut menderma secara spontan. Gelagat kami memborong sejadah gulung, kitab suci al-Quran dan buku al-mathurat rupanya diperhati dan disedari orang.
Dalam acara ringkas yang diadakan pada baru-baru ini, Sdra. Khairul Yusri daripada Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sabah bagi mewakili semua pihak menyampaikan sumbangan iaitu berupa 5 buah sejadah gulung, 74 buah naskhah Al-Quran serta 84 buah buku al-mathurat. Syukran kepada Ustaz Akmal dari Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) yang sudi bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada SMA Toh Puan.
Sesiapa yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) no akaun 13100-29-00048751-0 atas nama ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN atau hubungi 016-8816125. Minta dimaklumkan sebarang sumbangan. Wallahu'alam.
p/s: Semoga di bulan Ramadhan Al-Kareem ini kita banyakkan berbuat amal kebajikan terhadap pihak yang tidak berkemampuan. Semoga ALlah membalas amal tersebut dengan syurgaNya. InsyALlah.
kesian budak toh puan..lps ni mungkin ada pihak akan membuka mata tentang perihal sekolah agama yg selama ini telah diabaikan..syabas atas pendedahan
To muhaidir:
InsyALlah.. ada hikmak disebalik apa yang terjadi.. semoga pihak kerajaan negeri akan lebih mengambil berat mengenai sekolah2 agama yang ada di bumi Sabah ini..