skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

10 Ramadhan 8H, Apa Sirah Di Sebaliknya??

6 Orang Mengulas


Salam alayk'.. kini kita hampir ke pertengahan di dalam bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan. Setelah kita melalui 'zon kerahmatan' di awal Ramadhan, kini kita telah memasuki 'zon keampunan' di pertengahannya dan 'zon pembebasan dari api neraka' telah menanti di pengakhiran Ramadhan ini seperti yang terkandung di dalam hadis Nabi SAW. Tidak keterlaluan kiranya jika penulis mengistilahkan ketiga-tiga 'hadiah' daripada ALlah SWT ini sebagai 'zon'.

Mungkin agak terlewat sedikit jika penulis membuka bicara mengenai sirah di sebalik hari ke-10 di dalam bulan Ramadhan tatkala hari ini kita umat Islam telah berada di hari yang ke-14 Ramadhan. Namun, sirah ini juga perlu diketahui oleh setiap manusia yang bergelar Muslim bukan sahaja untuk mengingati jalan cerita serta tarikhnya tetapi kena memahaminya sebagai panduan kerana setiap sirah mempunyai hikmah yang tersendiri.

Kisah yang terjadi pada 10 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah adalah pembukaan Kota Makkah (Fathul Makkah) di mana umat Islam telah berjaya menakluki Makkah dan ia merupakan kejayaan yang terbesar kepada umat Islam apabila berjaya menguasai Makkah dan Madinah sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai pusat yang penting bagi daulah Islamiyyah di bawah kepimpinan RasuluLlah SAW.

Arah Kepungan Tentera Islam Terhadap Kota Makkah

Kejayaan umat Islam pada waktu itu bukan sahaja dapat menakluki Makkah, bahkan hasil penaklukan kota Makkah itu telah menyebabkan penduduk Makkah yang dahulunya kafir telah berbondong-bondong memasuki agama ALlah SWT. Ini terkandung di dalam Al-Quran iaitu pada Surah An-Nasr ayat 1 hingga 3.

"Apabila datang pertolongan ALlah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah)"

"Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama ALlah".

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan padaNya, Sesungguhnya, Dia Maha Penerima Taubat".

Ayat ini jelas menceritakan kisah Fathul Makkah (pembukaan Kota Makkah) dan dalam ayat ini juga, ALlah SWT menyeru agar hamba-hambaNya bertasbih kepadaNya apabila beroleh kemenangan sebagai tanda mensyukuri atas nikmat yang diberikan. Seperti yang kita sedia maklum, kita juga akan bertasbih, bertakbir dan bertahmid meraikan hari kemenangan seperti pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha khususnya.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah berkata,

"Ianya satu pembukaan teragung yang dengannya ALlah memuliakan agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya juga ALlah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telahpun ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam, menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu senyuman mekar".

AlhamduliLlah, kita dapat mengambil iktibar di sini bahawa untuk melihat umat manusia memasuki agama ALlah, perlulah kita sebagai seorang Muslim berusaha meletakkan Islam sebagai satu kuasa yang dapat memerintah dan Islam pastinya akan beroleh kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya sebelum ini. Hanya ALlah yang mengetahui masanya. Di sini, penulis tidak akan menceritakan secara terperinci mengenai sirah ini tapi cukuplah hanya sekadar menyentuhnya sedikit sahaja dan jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan sirah pembukaan kota Mekah ini, klik kat sini... Wallahu'alam.

p/s: Buat pengetahuan semua, hasil maklumat sahabat-sahabat Muslim yang tinggal di Eropah seperti di Jerman, UK, USA, Ireland dll telah memberitahu bahawa kebanyakan gereja di negara-negara berkenaan kian kosong lantaran banyak penganutnya kini terpesona dengan Islam dan kebanyakan gereja-gereja yang kosong ini telah dijual dan dibeli oleh saudara seIslam kita di sana untuk dijadikan masjid. AlhamduliLlah, Islam kini telah menuju ke mercu kegemilangan di serata dunia. ALlahuakbar!!





6 responses to "10 Ramadhan 8H, Apa Sirah Di Sebaliknya??"

  1. annisaNazifa said...
    September 4, 2009 at 7:09 PM

    Buat pengetahuan semua, hasil maklumat sahabat-sahabat Muslim yang tinggal di Eropah seperti di Jerman, UK, USA, Ireland dll telah memberitahu bahawa kebanyakan gereja di negara-negara berkenaan kian kosong lantaran banyak penganutnya kini terpesona dengan Islam dan kebanyakan gereja-gereja yang kosong ini telah dijual dan dibeli oleh saudara seIslam kita di sana untuk dijadikan masjid. AlhamduliLlah, Islam kini telah menuju ke mercu kegemilangan di serata dunia. ALlahuakbar!!

    Allahuakhbar..

    dah lma tak berziarah ke blog ni..makin mantap... Takbir untuk PAS sabah

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 4, 2009 at 10:40 PM

    AlhamduliLlah.. xdela mantap, blog biasa2 shj.. blog ntee lagi hebat.. syukran atas kesudian jenguk2 blog ana..

    Mahadir Amboala said...
    September 6, 2009 at 9:34 PM

    Ayat surah an-nasr bermaksud tentang tanda kewafatan nabi..pada masa itu semua sahabat gembira menyambut pembukaan kota mekkah berdasarkan pemahaman mereka pada surah itu..tapi ada seorang sahabat yang faham pada tafsirannya bahawa ayat itu turun kerana menunjukkan tanda kewafatan Nabi Muhammad s.a.w semakin hampir..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 7, 2009 at 1:59 AM

    Ana kurang pasti jika turunnya surah an-nasr untuk menunjukkan tanda kewafatan nabi. Cuma ayat yg ana yakin diturunkan oleh ALlah swt untuk menandakan Nabi saw akan diwafatkan adalah ayat

    الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

    (Surah Al-Maidah, ayat 3)

    Maksudnya:

    Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu (cara hidup) bagimu.

    Mahadir Amboala said...
    September 7, 2009 at 4:11 AM

    Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Umar bin Khathab pada masa pemerintahannya memanggil orang-orang tua yang hadir dalam Perang Badar untuk pertemuan silaturrahim. Di sana hadir Ibnu Abbas yang masih muda. Beliau bertanya pendapatnya tentang اذا جاء نصر الله, ini. Dia pun menyatakan bahawa Surah ini adalah isyarat bahawa ajal Nabi telah dekat...untuk ayat Al-Quran yg enta maksud kan, juga benar..80 hari selepas itu, Rasulullah s.a.w wafat, namun, ayat itu bukan ayat yg terakhir turun termasuk lah surah an-nasr ini...boleh rujuk Tafsir Al-Azhar karangan Pro.Dr. Hamka, hehe, sekadar perkongsian ilmiah, afwan ya sohabi.

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 7, 2009 at 6:00 AM

    Syukran ya akhi muhaidir atas perkongsian ilmu.. Ana sangat menghargainya.. Jazakallah..


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft