Salam alayk.. AlhamduliLlah, syukur ke hadrat ALlah SWT yang masih lagi menyayangi hambaNya untuk menikmati kehidupan dan keberkatan di dalam bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Melalui Ramadhan, kita akan mendapati begitu banyak hikmah disebaliknya dan salah satunya adalah untuk kita merasai bagaimana kehidupan seorana yang miskin. Kalau difikirkan, orang miskin selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan sesuap nasi di dalam kehidupan seharian mereka, maka di dalam bulan puasa inilah juga ALlah SWT menyedarkan kita perihal kehidupan mereka melalui kita berpuasa.
Sesungguhnya ALlah SWT sentiasa memuliakan orang miskin kerana dari faktor kemiskinan inilah, lahir satu perasaan kebergantungan sepenuhnya kepada ALlah SWT. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga pernah berdoa kepada ALlah dan doa itu berbunyi sebagaimana maksudnya, "Ya ALlah, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin, mati di dalam keadaan yang miskin dan dibangkitkan di akhirat nanti bersama orang-orang yang miskin". SubhanaALlah, begitulah sifat zuhud yang lahir dari seorang manusia yang diberi kunci perbendaharaan langit dan bumi dari ALlah SWT. Kita semua patut fikirkan hal ini dan sepatutnya di bulan puasa ini, kita hendaklah memperbanyakkan sedekah terhadap golongan fakir miskin dan merapati mereka.
p/s: Penulis menyeru sekali lagi agar kita sentiasa mengingati golongan fakir dan muallaf' di bulan Ramadhan ini. Semoga kita beroleh kerahmatan dari ALlah SWT dalam setiap amal yang kita kerjakan. InsyaALlah..
Salam alaik.
Kehidupan adalah transformasi dari jahat kepada baik, dari hitam kepada putih, dari gelap kepada cahaya, dari dosa kepada pahala, dari syurga kepada neraka.
Salam ramadhan.
Wa'alaukumussalam w.b.t. memang tidak dinafikan bahawa kehidupan merupakan satu kaedah transformasi tp ntee ada kesilapan sedikit dr segi pandangan iaitu
"dari syurga kepada neraka"
Salam Ramadhan kembali.. :)
salam...dalam gambar tu kan ada abg umar..kim salam kat dia ek...
To muhaidir:
Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyALlah, nanti ana sampaikan salam enta kepada dia..