Salam alayk.. penulis mengucapkan tahniah kepada semua anggota Unit Amal yang bertugas di dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA baru - baru ini. Komitmen kalian semua dalam membantu melicinkan perjalanan program dari segi menjaga keselamatan awam dan mempertahankan pimpinan - pimpinan Pakatan Rakyat khususnya dari Parti Islam Se-Malaysia amatlah dihargai.
Kita dalam Unit Amal hendaklah sentiasa berusaha merealisasikan motto AMAL iaitu "Beramal Kerana ALlah" dan mengerahkan seluruh tenaga kita untuk berbakti kepada masyarakat dan mengenggam perjuangan Islam.
Penulis berasa bangga dan terharu apabila melihat sahabat - sahabat dari Unit Amal turun untuk memberi khidmat dan membantu dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Jumlah anggota Unit Amal yang turun bertugas pada perhimpunan berkenaan seramai 1,000 orang. Anggota Unit Amal sanggup mengorbankan diri menyelamatkan orang awam di tengah - tengah kepulan asap pemedih mata sewaktu perhimpunan aman tersebut. Berikut merupakan gambar - gambar anggota Unit Amal yang sentiasa berkorban untuk masyarakat.
p/s : Semoga Unit Amal terus berjaya. Syabas dan tahniah sekali lagi penulis ucapkan!!
Maal Hijrah
2 years ago
Salam Zaiem.
GMI
Meski aku di Timur,
tapi jiwaku di sana,
bersama
La takhauf wa la tahzan
Allahurabbi,
bersama
Dari tarikan nafas,
abuyon
Jemput baca lagi di http://hijau-tinta.blogspot.com
Salam abuyon.. Innallaha ma'ana.. :) Selamat berjuang di 'timur'..
salam..
jom, hapuskan ISA!!
PPSMI??masih lagi dalam proses pengumpulan maklumat tentang sejarah2 berkenaan dengan linguistik. harap2 dapat menghasilkan hasil yang bermutu.
akhi ni sahabat kak teeny ye?
La takhauf wa la tahzan. Innallaha ma'ana. (kata semangat yang menjadi kegemaran)
Wa'alaykumussalam w.b.t. Ya, ana sahabat teeny, dlu 1 skolah.. Bukan sahaja ISA, tp kita berusaha juga hapuskan PPSMI.. Teruskan perjuangan mencari kebenaran..