Salam alayk'.. Penulis termenung seketika apabila diri mengalami situasi 'demam' + 'selesema'. Kerana penyakit inilah yang menyebabkan ke'aktifan' diri penulis beberapa hari terbantut namun penulis gagahkan juga diri untuk ber'aktiviti' sehingga ke Sipitang biarpun dalam berkeadaan seperti itu. Penulis berfikir sejenak, adakah diri penulis turut terkena 'tempias' H1N1 yang merupakan bala dari ALlah secara halusnya? Penulis me'muhasabah'kan diri dan mengingat semula kalau - kalau ada kesilapan - kesilapan atau dosa - dosa yang secara tidak sengaja dibuat oleh penulis sehingga mendapat teguran oleh ALlah melalui 'demam + selesema' ini.
Mutakhir ini, penulis telah membuat pertemuan dan ber'meeting' bersama sahabat dari Persatuan Ulama' Malaysia untuk membuat dan menjayakan satu program 'Pemantapan Aqidah' di bumi Tambunan. Namun, dalam minit-minit terakhir penulis tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut kerana ada permintaan daripada 'orang atasan' supaya penulis menghadiri Mesyuarat Pendidikan Kanak - Kanak Pra - Sekolah di Sandakan bagi melicinkan operasi perjalanan pusat asuhan kanak - kanak di seluruh Sabah. Setelah berfikir seketika, nampaknya mesyuarat di Sandakan lebih utama dan penulis menyerahkan 'tugas' program Pemantapan Aqidah di Tambunan itu kepada rakan seperjuangan.
Ketika penulis menukilkan entri ini, penulis dalam keadaan siap - sedia untuk ke Sandakan bagi menghadiri mesyuarat tersebut dan sedang menunggu kedatangan seseorang untuk membawa penulis menyelusuri perjalanan ke Sandakan. Sudah tiba masanya penulis membuka ruang untuk diri penulis berdakwah ke tempat yang jauh dari Kota Kinabalu khususnya di daerah -daerah pedalaman.
Penulis juga berharap agar dapat meneruskan perjalanan ke Tawau untuk bertemu dengan orang yang penulis kagumi.. Semoga keredhaan ALlah sentiasa bersama penulis.. InsyALlah..
p/s : Semoga kita sentiasa thabat di dalam perjuangan dan berusaha mendampingi para ulama'..
Maal Hijrah
2 years ago
jaiyid jiddan..syabas..teruskan usaha dalam memperjuangkan agama kita..ISLAM..walau dalam apa jua keadaan kita..dan berdoa supaya virus yang sedang aktif sekarang ni yakni H1N1 dapat dikurangkan keaktifannya dengan izin ALLAH SWT..INSYAALLAH..AMIN..