Salam alayk'.. Kebelakangan ini penulis merasakan jadual harian penulis begitu padat dalam merancang strategi dan pelan tindakan untuk keberkesanan dalam melebarkan dakwah Islamiyyah di bumi Sabah.. Biarpun berdepan dengan kesibukan, penulis menggalas tugas ini dengan penuh tanggungjawab kerana ia menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim. Penulis juga berharap agar sahabat2 seperjuangan dapat membetulkan 'niat' dalam berjuang dan memanfaatkan semaksima mungkin tenaga kita untuk gerakkerja dakwah Islamiyyah di sabah khususnya.
Sesungguhnya, iltizam penulis dalam membentuk kerjasama bersama JAKIM, JHEAINS, USIA, Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Yayasan AMAL Malaysia (AMAL) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah membuka mata penulis tentang situasi Islam di Sabah seterusnya menyedarkan penulis tentang hakikat untuk lebih berusaha keras dalam berusaha untuk mentauhidkan Allah dan melihat Islam terus subur di muka bumi.
Penulis di sini ingin membuka bicara mengenai gerakan kristianisasi di Sabah. Sebelum itu penulis ingin berkongsi di mana hasil maklumat yang diwar-warkan terdapat lebih 200 000 rakyat Malaysia telah murtad. Itu adalah kes yang berdaftar di peringkat pihak berkuasa dan belum lagi termasuk kes2 yang terpencil seperti di kampung-kampung dan pedalaman yang tidak diketahui.
Ancaman kristianisasi begitu aktif di Sabah. Angka murtad terutama di kawasan Kota Kinabalu semakin meningkat. Adakah pihak berkuasa tidak memainkan peranan? Menurut Undang-Undang Persekutuan, penyebaran ajaran agama selain Islam adalah dilarang di dalam Malaysia terutama di premis2 kerajaan. Tetapi apa sudah jadi sekarang? Cuba sahabat2 sekalian meyelusuri perjalanan ke daerah Kundasang dari Kota Kinabalu, betapa banyak 'sign-board' gereja? Lebih dari lima sign-board dan ini menunjukkan bahawa gereja kini bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" berbanding masjid di Sabah . Penulis juga kehairanan yang Sabah dah lama merdeka tapi kat daerah Penampang satu masjid pun takda. Hairan2.. Daerah Penampang nie bukan pedalaman, tp kat area2 berdekatan Kota Kinabalu juga.. Takkan penduduk Sabah yang beragama Islam duduk diam2 sahaja? takda inisiatif macamana nak atasi masalah ini?
Penulis pernah bermastautin di Kuching selama 2 tahun dan hasil kajian, peratus penduduk beragama Islam di bumi Sarawak hanya 31% sahaja. Sarawak juga bumi yang menjadi sasaran gerakan kristianisasi selain Sabah. Ketika di Sarawak, penulis juga melakukan gerakkerja dakwah dan pernah di'warning' oleh missionary di sana dan ucapan tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran penulis sehingga ke hari ini. Ucapannya merujuk supaya penulis hentikan gerakkerja dakwah dan ayat yang paling mencetuskan pertanyaan pada diri penulis apabila missionary itu berkata "Sini adalah bumi Sarawak, bukan Kelantan". Apa maksudnya?
Penulis pernah membaca satu artikel, missionary kristian mengakui mereka takut untuk membuat gerakan mereka di 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, ramai missionary mereka yang dipukul oleh penduduk negeri itu ketika menyebarkan dakyah2 mereka. 3 buah negeri ini sepatutnya menjadi contoh kepada Sabah dalam pengamalan dan penghayatan Islam.
p/s : Penulis berharap agar pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan utk menjaga hal ehwal Islam hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan 'tidur'.. Sesungguhnya segala2nya akan disoal oleh Allah nanti..
salam,
abang saya yang bertugas di Sabah ada memberitahu, kadang-kadang tu sampai pernahlah terpaksa menumpang kedai runcit untuk solat. Mujur tuan kedai yang baik hati tu ada, dapatlah abang saya solat. Payah hendak cari masjid katanya. Lokasi saya lupa pula.
Beliau bertugas di T Sepanggar sekarang.
Salam.. Kalo kat area kk, masjid ok juga.. tp kat pedalaman memg payah nak cari.. terutama kalo yang ada bermusafir dari kk ke sandakan.. kat area telupid dan beluran susah nak cari..
Salam, syukran atas info ini. sy yg memang org Sabah pun sbnrnya kurang sedar dgn ancaman ini..sy tau benda ni ada...cuma x tfikir smpi mcm ni sekali...tp sy sedar umat Islam di negeri bwh bayu ni, bgitu layu pghayatannya ttg Islam.Alhamdulillah Allah hntr org yg sanggup berdakwah di bumi Sabah ni..akhirul kalam, sy suka entry2 dlm blog nie..keep on blogging ya :-)
Minta izin nahu share maklumat, mahu buat pembentangan :) -Mahadir Amboala.
Perbanyakkan masjid dan sekolah Islam di Sabah dan Sarawak