skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Wasiat Ke-4 Hasan Al-Banna, Jangan Banyak Berdebat

0 Orang Mengulas


"Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan", demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri.

Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa.

Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.

Mengundang lagi Perpecahan

Sebenarnya, bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat, tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual.

Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak.

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula. Semoga kita menghayati dan memahami wasiat ini dan mendalami ilmu mengenai fiqh ihktilaf..






0 responses to "Wasiat Ke-4 Hasan Al-Banna, Jangan Banyak Berdebat"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft