skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Orang PAS Adalah Saudara Kami Dunia Akhirat - Wakil HAMAS

0 Orang Mengulas

Majlis Penyerahan Tabung Bantuan Kemanusiaan Kepada HAMAS


SHAH ALAM, 7 Jun :

Saya amat berterima kasih kepada saudara-saudara saya di Malaysia, terutama dari PAS kerana telah banyak membantu kami di Gaza Palestin yang bukan sedikit jumlahnya, tegas Syeikh Marwan dalam ceramah perdana bersama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Malawati Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, sejarah pencerobohan rejim Yahudi ke atas bumi Palestin bukanlah perkara baru, malah sejak lama kerana ia adalah perkara yang Allah S.W.T. sebut dalam kitab suci al-Quran. Katanya, jika Islam memerintah dunia, maka ia akan sentiasa membawa keadilan kepada semua, tetapi selain Islam sudah tentu penindasan akan terus berlaku tanpa mengenal orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak termasuk harta benda awam menjadi korban seperti apa yang berlaku di Gaza, Palestin.

Walaupun perang senjata telah berakhir, tetapi rakyat Palestin menghadapi perang baru iaitu dikepung dengan tembok besar yang menyusahkan rakyat hingga terpaksa menyeberangi jalan-jalan liku, katanya. Tidak cukup dengan itu katanya, tentera Zionis menggali lubang-lubang besar di bawah masjidil Aqsa dengan merosakkan kubur-kubur sebahagian para sahabat dan keadaan masjid berkenaan dalam bahaya. “Kita juga tidak lupa bagaimana mereka memusnahkan masjid, universiti, sekolah, kilang-kilang yang menjadi tempat bekerja, rumah-rumah kediaman, membunuh ahli-ahli parlimen serta tokoh-tokoh pimpinan Hamas termasuk percubaan membunuh Perdana Menteri, Ismail Haniyyeh dengan segala peralatan canggih, sama helikopter, kereta kebal, mortar dan sebagainya.

Saya secara peribadi amat berdukacita dengan sebahagian negara Arab dan umat Islam, kerana mereka hanya menjadi penonton kepada kejadian yang besar dalam sejarah tamadun manusia, tegas Syeikh Marwan. Mereka lupa tambah beliau, bahawa Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, tiga masjid utama yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. untuk dikunjungi, apa yang penting umat Islam perlu sedar bahawa Yahudi bukan sahaja menjadi musuh kepada Arab, akan tetapi menjadi musuh kepada semua bangsa manusia di dunia ini.





0 responses to "Orang PAS Adalah Saudara Kami Dunia Akhirat - Wakil HAMAS"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft