Biarpun mungkin ana rasa tidak kena pada masanya untuk me'mosting'kan artikel ini, walhal diri penulis yang masih dalam usia "hijau" namun ia adalah sangat berharga sebagai renungan, peringatan buat Kaum Adam terutamanya diri penulis.
Ini kerana, telah menjadi fitrah lelaki yang diciptakan oleh ALlah Azza Wa Jalla untuk hidup berpasangan-pasangan. Bukan kerana diri penulis ini dikuasai hawa nafsu untuk bercerita tentang alam rumahtangga tapi hakikatnya ia merupakan satu ilmu yang patut diketahui kerana berkahwin merupakan satu Sunnah Nabi SAW.
Penulis pernah bertanya kepada seorang "kakak muslimat" tentang ciri2 lelaki yang diidam2kan oleh mereka untuk dijadikan sebagai zauj' @ suami ( ana bertanya untuk mendapatkan ilmu bukan nak merisik2 tau..). Maka "kakak muslimat" itu pun menjawab bahawa sebagai seorang wanita, mereka mencari suami yang di antara ciri2nya ialah:
1) Suami yang dapat membawa mereka keluar dari jalan2 maksiat.
2) Suami yang dapat membawa diri mereka mendekati ALlah Azza Wa Jalla.
3) Suami yang dapat membawa mereka ber'QiamuLlail' setiap malam.
4) Suami yang dapat memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
5) Suami yang dapat membantu mengajar anak2 dengan didikan agama, cinta kepada Allah, Rasul dan Kitabullah.
6) Suami yang sentiasa bersama di waktu susah dan senang tanpa berhitung dan tak jemu membahagiakan keluarga.
Bagi penulis, biarpun ia merupakan satu pandangan umum seorang yang bergelar wanita, tapi ia merupakan panduan yang dapat dijadikan renungan buat Kaum Adam. Dengan ciri2 yang dinyatakan di atas, kaum Adam perlulah muhasabah diri semula untuk menjadi yang terbaik sebelum masuk ke gerbang alam rumahtangga.
p/s : Perhatian kepada muslimeen dan muslimat yang aktif dalam Jamaah2 Islam dan sudah bersedia untuk berumahtangga, penulis lebih mengesyorkan untuk mencari pasangan di dalam jamaah itu sendiri kerana kemaslahatannya yang banyak dari sudut pentarbiahan keluarga, dan mengelak dari berlakunya permasalahan setelah berkahwin dalam mendokong perjuangan Islam.
Maal Hijrah
2 years ago
salam..di sini ana ingin membuat sedikit penambahan about mencri calon suami atau isteri..utk mencari pasangan hidup adalah lebih afdal memilih mereka yang berumur 5 tahun lebih tua atau muda dari kita..harap2 and akan dapat pasangan yang akn dapt membimbing anda &bersama2 di syurga nanti..INSYAALLAH..
Syukran ya ummul izzatin atas perkongsian ilmu.. tapi, RasuluLlah tidak menggalakkan kita mencari pasangan yang lebih tua dari umur kita.. Syukran..
salam..ana bukan ingin membantah..tapi ana maksudkn lebih tua 5 thn tu adalah utk muslimat..ana nk tnyla kan..yg anta maksudkan Baginda S.A.W x menggalakkn kta memilih pasangan yg lbh tua dr kta tu..muslimin atau muslimat..?
Ana posting artikel nie utk muslimeen.. jadi, muslimeen xdigalakkan mencari bakal isteri yang lebih tua. kalo muslimat, nak cari bakal suami yang lebih tua xda masalah..
"..kepada muslimeen dan muslimat yang aktif dalam Jamaah2 Islam dan sudah bersedia untuk berumahtangga, penulis lebih mengesyorkan untuk mencari pasangan di dalam 'jamaah itu' sendiri kerana kemaslahatannya yang banyak dari sudut pentarbiahan keluarga, dan mengelak dari berlakunya permasalahan setelah berkahwin dalam mendokong perjuangan Islam."
sln ana:
-bagaimana pula kalu kita memilih psgn dr jemaah juga, tapi dari berlainan jemaah?. apa pndpt enta?-
.....
Pendapat ana secara peribadi ttg memilih pasangan dari jamaah yang berlainan akan menimbulkan byk masalah yg mungkin dihadapi spt
uslub(kaedah) dakwah yang berbeza dgn pasangan,pentarbiyyahan diri yang berbeza dgn pasangan, pasangan kena iltizam (commite) dgn jamaah masing2 yang mungkin akan menimbulkan ketidaksefahaman sbb berbeza jamaah....
kadang2 aku terfikir, apakah yang dimaksudkan dengan berlainan jemaah? adakah islam punya banyak jemaah? bukankah islam itu keseluruhannya merupakan jemaah?
aku tau dalam Malaysia sendiri punya banyak jemaah sedangkan mereka semuanya berdiri di atas kalimah yang satu (lailaahaillallah muhammadurrasulullah). jadi apa berlainan jemaah itu punya fikrah yang berbeza?
- selamat berfikir -
Soalan yg bagus..ttg ta'adud jamaah(berbilang2 jamaah) memg banyak bukan shj di m'sia tp di seluruh dunia. Sbb2 knp terjadi ta'adud jamaah ini kerana setiap jamaah mndokong fikrah perjuangan dan uslub(kaedah) dakwah yang berbeza.. (contohnya tabligh caranya lain, ikhwan caranya lain) biarpun matlamatnya sama untuk Islam, ini disebabkan faktor pemikiran dan kematangan ilmu dalam sesuatu jamaah..
yup.. aku tau jemaah berbeza kerana punya fikrah yang lain tetapi matlamatnya hanya satu iaitu menegakkan kebenaran, menghapuskan kebatilan demi Islam. tapi, kau rasa adakah jemaah yang begitu banyak ini perlu diwujudkan di serata dunia? ini dari sudut pandanganku mengenai jemaah, dalam hidup berbeza-beza jemaah, aku mendapati bahwa jemaah itu tidak dilihat kepada sikap bersatu dalam islam, malah hanya bersatu dalam jemaahnya saja. dan yang mana bukan sefikrah dengan mereka, mereka tidak sependapat. dan boleh jadi akan menyebabkan mereka berkelahi antara satu dengan yang lain. kau faham apa yang ingin aku sampaikan? dan, aku bukanlah seorang anti-jemaah. ini cuma dari pendapat melalui pandanganku terhadap para jemaah yang semakin bersikap berkelompok atau as-sabiyah ;)
- ingin menggapai redha ALLAH -
Ana faham apa yg ntee cuba sampaikan.. Sbnarnya, perkara kewujudan berbilang jamaah tidak dapat dielakkan biarpun kita tahu matlamatnya utk ALlah.. tapi, yg menjadi faktor utama adalah kematangan ilmu dalam berjamaah dan perkara khilaf yg ada.. macam kita bermazhab juga.. mazhab Islam ada 4 bukan ada 1.. kadang2, benda nie terjadi atas ketidak puasan hati seseorang terhadap sesuatu jamaah dan menyebabkan dia menubuhkan dan mengikuti jamaah lain.. Bagi kita, kita hormat jamaah lain sbb mereka bw Islam juga dan jgn assobiyyah sgt dgn jamaah masing2.. Kita hendaklah berlapang dada utk jaga ukhuwwah sesama muslim..