skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Jika Dahi Tak Mencecah Sejadah

0 Orang Mengulas


Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tak guna lagi berseri

Walau orang hadir itu merintih
Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan satu salam
Beserta fatihah, salawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
Seumur hidup
Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu
Dapat membayar hutang ruku' dan sujud
Yang telah luput
Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat

Usunglah dirimu untuk solat
Sebelum engkau diusung ke liang lahat
Menjadi makanan cacing dan ulat
Dirimu ke masjid
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam bar z a h

Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
Yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ia berguna untuk yang tinggal
Dan bukan yang mati
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
Ingatlah di mana jua kau berada
Kau tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya

Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
Yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiya `alalsolah
Dengan penuh rela dan bersedia
Sahutlah seruan haiya `alalfalah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Untuk kembali kepangkuan Tuhan

Pada hari itu
Tiada berguna harta, tahta, dan putra
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


SUDAHKAH ANDA MUHASABAH DIRI???

Sumber : Nawal Othman






0 responses to "Jika Dahi Tak Mencecah Sejadah"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft