skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Sudah 30 Tahun, Apa Yang Dicari Di Dunia?

0 Orang Mengulas

Salam alayk'.

Sudah lama tidak menulis di blog ini. Sudah hampir 10 tahun hidup di dalam blog. Adakalanya hidup berada di atas dan kadangkala di bawah, begitulah roda kehidupan. Mencari ruang-ruang untuk merintis perkara baru dalam dunia yang kian tua menunggu kehancuran pada suatu hari nanti.

Tulisan di blog ini bukanlah ilmiah, namun satu coretan santai untuk memberi suatu renungan buat pengunjung yang mahu berukhuwwah. Masa depan, harapan dan hala tuju hidup adakalanya perlu dirancang dan paling penting sekali ianya perlu difahami bahawa segala keputusan dan kententuan adalah dari Allah SWT.


Usia 30 tahun

Kembali kepada tujuan penciptaan kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi, secara harfiahnya amat mudah untuk membicarakan secara falasifah, namun dengan mihnah yang besar dan mencabar yang sentiasa hadir di dalam kehidupan kita amat memberi kesan sehingga tergelincir daripada hala tuju kita sebagai mahluk yang dilahirkan ke dunia.

Firman Allah SWT;


Maksud: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Menjejak Jalan Khalifah Yang Hilang

Dunia umat Islam mengalami zaman sukar yang penuh dengan penindasan, kini hampir 100 tahun kitaran yang memberi suatu luka yang dalam, terusirnya Sultan Abdul Hamid II dari kerusi khilafah sekitar 1909M, pecahnya negara umat Islam melalui perjanjian Sykes-Picot, dan hilangnya pegangan mutlak umat Islam ke atas bumi Palestin melalui beberapa pengkhianatan.

Justeru, siapakah yang mampu menebus maruah ini? Tidak lain, setiap dari kita terselit tanggungjawab untuk membetulkan keadaan sebolehnya pada zaman kita dan itulah peranan masyarakat Islam yang hidup setiap zaman.

Usia 30 tahun ini, banyak pengharapan yang saya inginkan begitu juga setiap daripada kita ada hajat yang perlu dicapai. Namun, pesanan saya agar umur yang tersisa ini dihabiskan dengan meluruskan kehidupan kita. Luruskan kehidupan kerana jalan bertemu Allah SWT itu siratal mustaqim yang bersih, penuh keimanan dan berserah diri kepadanNya.

Seeru 'ala barakatillah.

Zaiem Al-Hilmee
Rumah Kebahagiaan
05 Rajab 1439H






0 responses to "Sudah 30 Tahun, Apa Yang Dicari Di Dunia?"


Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft