Kota Kinabalu, bandar yang mewarnai dalam catatan hidupku. Aku dilahirkan, aku membesar, aku dididik kesemuanya di bandar ini dan aku harap aku akan berada di sini suatu hari nanti. Begitu banyak kenangan manis dan pahit maung yang aku lalui dalam menempuh kehidupan di tempatku ini.
Kini, aku harus melangkah meninggalkan tempat ini. Entahlah, tiba-tiba terdetik untuk berhijrah apatah lagi kerana amanah da'wah inilah aku harus meninggalkan segala keselesaan dan kebahagiaan yang seketika itu untuk melunaskan janji kepada Allah.
Iya, aku sudah membuat persediaan untuk bergerak ke bumi itu. Bumi yang penuh dengan tapak kaki ulamak-ulamak silam. Langkahan ku ke bumi tersebut pastinya akan menutupi dan mengubat segala kedukaanku kerana aku ingin membina kehidupan yang baru dengan ruh yang baru.
Zaiem Al-Hilmee
Teratak Tarbiyyah Islamiyyah An-Nur
22 Rabiul' Akhir 1434
1.13 pagi.
assalamualaikum..
Aik x tinggal KK sudah? akak baru nak datang kk hujung bulan ni.ada kursus.
apapun
Selamat berkelana, semoga beroleh kejayaan..
syair berkelana akak hadiahkan
syair ni mungkin sesuai untuk zaiem.
cari sendiri d youtube ya ini link nya.
http://www.youtube.com/watch?v=nBYn3MqglKY