skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Saiful Islam Sedih, Perginya Syeikhul Murabbi Ustaz Yahya Othman

0 Orang Mengulas


 Putera sulung kepada Pengasas Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hassan Al Banna iaitu Ustaz Ahmad Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.

Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman kepada Ustaz Ahmad Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah kota Kaherah.

 Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Almarhum Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70’an lagi sewaktu sama-sama menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia. 


Ustaz Saiful Islam menyatakan bahawa; ”Kami sering bertemu di muktamar antarabangsa dan selalu bertukar pandangan. Beliau amat berlemah lembut ketika berhujah dan memberi pandangan".

"Saya amat sedih di atas pemergian sahabat baik saya ini. Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Mayaysia tetapi juga diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita”.

Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.

Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di  seluruh dunia dengan PAS di Malaysia.

Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

Inilah contoh Syeikhul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan Islam yang mengenali 
beliau. 


Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Seluruh kepimpinan Ikhwanul Musimin Mesir menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Selamat tinggal Mujahid Agung Ustaz Yahya Othman... (sedikit coretan dari Harakah Daily). 

Zaiem Al-Hilmee
2 Sya'aban 1433
Teratak Tarbiyyah An-Nur,
Kota Kinabalu.





0 responses to "Saiful Islam Sedih, Perginya Syeikhul Murabbi Ustaz Yahya Othman"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft