skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Jalur Pemikiran Hudhaibiyyah & Qutbiyyah Dalam Gerakan Islam.

0 Orang Mengulas


Salamun ala' manittaba'al huda'. Hudhaibiyyah & Qutbiyyah, saya seolah-olah kini menunggu sebarang wacana mengenai dua jalur pemikiran yang hebat di dalam gerakan Islam berfikrah Ikhwan. Dua arus pemikiran ini lahir pasca kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dan ianya tidak dinafikan merupakan satu keistimewaan di dalam gerakan Islam. Dan bagi saya, ia merupakan satu fiqh da'wah dalam mendaulatkan Islam seterusnya merakyatkan gerakan Ikhwan.

Biarpun kedua-dua aliran pemikiran mempunyai method yang sedikit berbeza, namun ianya menjadi gabungan yang amat mantap ibaratnya subset yang berkesan. Kedua-dua jalur pemikiran ini disatukan dan tiada pertembungan yang merosakkan fikrah Ikhwan secara basisnya. Kesatuan ini dapat dicapai dengan sistem usrah yang menjadi tunjang kepada kesemua ahli di dalam gerakan yang mendokong fikrah Ikhwanul Muslimin ini. Dengan merebaknya fikrah Ikhwan di hampir 70 buah negara dengan identiti nama yang berbeza, saya berkeyakinan ianya menjadi satu kebangkitan yang kuat berpaksi kepada pusat fikrah Ikhwan iaitu di Mesir.

Hudhaibiyyah Beraksi Di Parlimen


Aliran pemikiran Hudhaibiyyah adalah model gaya pemikiran Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua iaitu Syeikh Hassan Al-Hudhaibi (gambar). Ia juga dikenal sebagai "Ikhwan Tarbiyyah". Model pemikiran Ikhwan Tarbiyyah seperti inilah yang banyak diterima di negara-negara lain termasuk Malaysia. Di atara tokoh Ikhwan yang menggunakan method ini ialah Syeikh Abdul Qadir Audah. Al-Hudhaibi lebih memilih perjuangan berasaskan parlimen dalam menegakkan daulah Islamiyyah seperti yang terkandung di dalam Qaedah Sulbah (tunggak yang kukuh). Konsepnya adalah lebih bersifat moden, tidak melakukan kekerasan dan memanfaatkan demokrasi berparlimen yang ada di beberapa negara bagi menegakkan syariah Islamiyyah. 

"Tegakkanlah Islam di dalam hati kamu, maka tertegaklah Islam itu di dalam negara kamu".                               
                                                                                                           (Syeikh Hassan Al-Hudhaibi)

Kita lihat sahaja tindak tanduk Hassan Al-Hudhaibi ketika memimpin Ikhwan, banyak strategi-strategi politik yang dapat menyelamatkan Ikhwan daripada tekanan pemerintah ketika itu. Dengan kaedah diplomasi hubungan luar yang berkesan, maka inilah yang dapat mengangkat kembali nafas Ikhwan daripada kekejaman 'black maria' dan penjara padang pasir yang sekian lama dikenakan terhadap ahli-ahlinya.

Gaya pemikiran seperti inilah yang menjadi model rasmi tindakan Ikhwan dan ia diteruskan sehingga kini. Tidak dinafikan bahawa pemikiran tarbiyyah yang cenderung kepada berparlimen seperti inilah menjadi momentum penting kepada kejayaan-kejayaan gerakan Islam di negara lain seperti FIS di Algeria dan lain-lain negara.

Qutbiyyah Menguasai Medan Jihad Qital

Aliran pemikiran Quthbiyyah lebih melihat kepada gaya pemikiran Syed Qutb yang juga merupakan Ketua Lajnah Da'wah Ikhwan ketika hidupnya. Syed Qutb yang terkenal dengan pemikiran tegasnya dan azimah (tiada berkompromi) telah melahirkan aliran pemikiran yang juga dikenal sebagai "Ikhwan Jihad". Ketegasan pemikiran Syed Qutb inilah yang telah memberikan satu kemenangan buat diri beliau dengan kesyahidan di tali gantung. 


Peranan konsep "Hakimiyyah" yang dijadikan tunjang kepada pemikiran Qutbiyyah ini telah didokong oleh segelintir ahli dalam Ikhwan. Aliran pemikiran Qutbiyyah lebih tegas dan ia lebih tertumpu kepada konfrontasi dan perlawanan jihad. Pemikiran Qutbiyyah hanya popular di beberapa buah negara yang waqi'enya berbeza dan memerlukan kepada method pemikiran gaya Qutbiyyah ini. Di antara tokoh Ikhwan yang menyambut method pemikiran Qutbiyyah adalah Dr. Abdullah Azzam, pejuang jihad Ikhwan di Afghanistan dan Syeikh Izzuddin Al-Qassam di Palestin. Namun, gerakan Ikhwan yang berpemikiran Qutbiyyah ini masih terpukul di beberapa buah negara.

"Saya sangat mengagumi kenyataan seorang da'ie dalam majalah "Al-Mujtama", mengenai perkara ini (pandangan baru fiqh da'wah). Dia mengakui betapa penting dan besarnya peranan Al-Syahid Syed Qutb dalam menjelaskan dan menentukan manhaj tarbiyyah harakiyyah gerakan Islam. Demikiran juga peranan yang dimainkan oleh As-Syahid Abdul Qadir Audah dalam menentukan method perundangan Islam setelah berlakunya kebangkitan dan kesedaran umum Islam yang diidamkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Ia mempersiapkan kedua-dua mereka dengan kesedaran itu. Begitu juga peranan ketahanan pendirian yang ditunjukkan oleh Imam Hassan Al-Hudhaibi".
                                                         (Muhammad Ahmad Al-Rasyid; kitab Al-Munthalaq)

Saya yakin kedua-dua pemikiran ini merupakan keberlangsungan legasi method pemikiran Hassan Al-Banna yang merangkumi kedua-duanya. Kedua-dua jalur pemikiran ini saling lengkap melengkapi dalam mengimplementasi 'tajarrud' di dalam gerakan Islam. Hebat bukan?

Zaiem Al-Hilmee
26 Jamadil Awal 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.






0 responses to "Jalur Pemikiran Hudhaibiyyah & Qutbiyyah Dalam Gerakan Islam."


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft