skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Ukhuwwah & Pencemarannya.

1Orang Mengulas



Salam alayk'. Ukhuwwah. Seringkali kita mendengari akan perkataan ini. Tidak kurang juga ada yang selalu menanggilnya 'mahabbah fillah', jauh pengertiannya, namun mempunyai 'chemical'nya. Bagi saya, ukhuwwah itu luarannya, mahabbah itu adalah intinya. Istilah kedua-duanya ini tidaklah asing bagi seorang Muslim, namun ia tidak lekang di bibir terutamanya bagi para aktivis da'wah dan juga mereka yang bergabung dalam sesebuah organisasi. 

Ramai orang yang membicarakan hal ini sehinggakan pada satu-satu masa saya jangkakan bahawa ianya boleh jadi suatu benda yang 'subjektif'.  Apabila jaringan ukhuwwah itu semakin mekar, maka penjagaan rapi itu diperlukan agar tidak berlakunya kegelinciran dalam memahami, mengaplikasikan dan juga menyelesaikan 'kontaminasi' di sekitarnya.


"Jagalah mahabbah di kalangan antum sekalian" kata murobbi.
"Ana sayang antum semua kerana Allah", kata seorang teman usrah.
"Anta ada masalah syeikh? Kongsilah bersama ana", pujuk qiyadah.

Seringkali ungkapan-ungkapan berbasiskan ukhuwwah ini dilafazkan. Kata-kata yang sungguh memaknakan. Hampir pasti semuanya agak selesa dalam bi'ah sebegini dan terasa mahu ia kekal sedemikian rupa. Keyakinan saya agak tinggi bahawa petanda ukhuwwah sebegini lahir daripada aktivis da'wah yang mendapat pentarbiyyahan kerana itu manifestasinya.

Ukhuwwah Mempunyai Ruh

"Ukhuwwah adalah saudara keimanan, perpecahan adalah saudara kekufuran, kekuatan yang utama adalah kesatuan, tiada kesatuan tanpa cinta serta kasih, serendah-rendah cinta adalah salamatus sadr dan setinggi cinta adalah itsaar" 
                                                                                  (Hassan Al-Banna; Risalah Ta'alim).

Keimanannya hanya dimiliki oleh mereka yang menyerah diri kepada Rabb. Bahkan kekufuran adalah mereka yang tidak patuh pada garisan hukum dan menyelewengi sunnah Rasul. Ini adalah antara konflik keimanan dan kekufuran yang jelas. 

Imam Hassan Al-Banna melempari kiat-kiat ukhuwwah dengan memberi maksud yang mendalam dimana setiap kata-kata dirasai mempunyai kekuatan tersendiri. Ukhuwwah itu mempunyai satu 'kuasa kekuatan' yakni ruh apatah lagi ianya segaris dengan hukum dan perintah Rasul, pastinya ia adalah satu kejayaan padanya.  Dengan pastinya 'ruh' pada ukhuwwah ini akan dapat menepis dan menyelesaikan pelbagai kontaminasi yang timbul selagi ia pengekalan 'kekuatannya' masih dijaga dengan sempurna. Seterusnya, renungilah nukilan ini;

"Mahabbah itu adalah bererti kamu merelakan seluruh milikmu kepada yang kamu cintai, sehingga kamu tidak tersisa untuk dirimu". 
                                                           (Said Hawwa; Jundullah, Thaqafatan Wa Akhlaqan)


Saya baru-baru ini melihat keberkesanan perlaksanaan ta'adib di kalangan para murid-murid berumur 7 tahun yang belajar di dalam sistem acuan tarbiyyah Islam. Sedang saya memantau secara senyap, terlihat satu konflik berlaku di antara dua orang pelajar perempuan. Keduanya bermasam muka, lantas saya menunduk kepala, berfikir di dalam hati, "Adakah ruh tarbiyyah Islam yang mereka dapati selama ini tidak mampu menyelesaikan masalah sekitar ukhuwwah ini ini?". 

Saya meneruskan menyaksi perilaku mereka, tiba-tiba salah seorang dari kedua murid tersebut menghulurkan tangannya kepada rakannya sebagai tanda berdamai dan menghentikan perselisihan. Lantas tangan itu disambut oleh rakan oposisinya itu dan ia terus memeluk dan mencium pipi sahabatnya. Akhirnya, keduanya kembali berhubungan damai seperti sediakala sambil tersenyum. 

Kontaminasi Di Sekitar Ukhuwwah

Adakalanya, ukhuwwah ini mempunyai kontminasi (pencemaran) tersendiri. Apa yang saya ingin kongsikan kepada kalian bukanlah setakat permasalahan yakni perselisihan yang kita biasa dengari, namun kontaminasi yang kita patut lihat adalah "terlalu cinta".

Abu 'Aqshim Hisyam menulis dalam bukunya, 'Virus-Virus Ukhuwwah' telah menyimpulkan "terlalu cinta" sebagai virus yang perlu divaksin. Analoginya sebegini, apabila kita telah bermahabbah dengan sahabat, kita seringkali punyai rasa segan untuk menegur sahabat tersebut apabila dia membuat kesilapan. Perasaan ini hadir dengan mempunyai persepsi takut jika sahabat terguris dan terasa hati. 

Ketahuilah sahabat, jika kalian masih meletakkan persepsi sebegini iaitu 'terlalu cinta' di dalam berukhuwwah bermaksud kita masih lagi tidak menunaikan hak-hak ukhuwwah dan sebaliknya merosakkan sahabat kita tersebut. Kadangkala, ukhuwwah itu tidak lahir dengan kelembutan sahaja, disebalik ketegasan itu juga adalah ukhuwwah sepertimana seorang ibu, marahnya terhadap seorang anak bukan kerana bencinya tetapi kerana perasaan sayangnya. Sudahkah kita bersedia me'review' kembali ukhuwwah kita? Atau sahaja kita hanya menyebutkan istilah ukhhuwwah tersebut kepada sahabat, namun tidak mengimplementasinya. Sama-sama fikirkan sejenak!

Zaiem Al-Hilmee
29 Rabi'ul Akhir 1433
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu. 





1 response to "Ukhuwwah & Pencemarannya."

  1. sekadar berkongsi said...
    April 1, 2012 at 8:06 PM
    This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft