skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Pendidikan, Satu Tajdid Gerakan Da'wah

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Tidak ramai yang menyedarinya, ada juga yang tidak memahaminya. Melihat dinamisme arah gerakan da'wah hari ini yang begitu postitif dalam membuat satu 'tajdid', saya bertambah yakin bahawa langkahan bagi mengembalikan nafas Islam semakin subur. Biasanya kita menyempitkan pemikiran kita bahawa tugas-tugas gerakan da'wah hanyalah sekitar mengadakan program kemasyarakatan keluar masuk kampung, berceramah, menguasai isu dalam segenap hal siasah secara basisnya.

Saya agak cenderung dalam isu pendidikan apatah ianya merupakan satu senjata yang ampuh dalam mengimplementasi tarbiyyah yang telah di'sistem'kan melalui Qaedah Sulbah dimana kaedah ini menjadi satu titik asas dalam mencapai maqasid gerakan da'wah. Berasaskan konsep tarbiyyah, ta'alim dan ta'adib, saya yakin sistem pendidikan beracuankan Islam ini akan terus disambut oleh ummah.


Dalam arus masa kini, gerakan da'wah harus bersifat 'lagak'nya seperti sebuah kerajaan, yang melihat kepada keseluruhan aspek termasuklah aspek pendidikan. Kepentingan pendidikan beracuankan sistem Islam harus dipopularkan dan digunakan bagi mengembalikan umat Islam secara khususnya mencapai 'fardun muslim' dan pada masa yang sama untuk menyaingi sistem pendidikan berbasiskan sekular yang diwarisi dari penjajah Barat. 

Al-Ikhwan Al-Muslimun & Pendidikan 

Aktivis gerakan da'wah tidak kira dari mana lapangan sekalipun termasuklah politikus seharusnya tidak memandang 'sebelah mata' mengenai hal ini. Gagasan pendidikan beracuankan sistem Islam ini bukan perkara baru dalam gerakan da'wah, bahkan gerakan Islam seperti Al-Ikhwanul Al-Muslimun menjadikan pendidikan sebagai aktiviti asas mereka di era pimpinan Hassan Al-Banna.

Dalam kebangkitan da'wah Ikhwan di Mesir, pelbagai gesaan dibuat oleh mereka kepada kerajaan Mesir supaya mengambil berat pengajaran agama dan prinsip-prinsip akhlaq yang mulia kepada generasi muda yang sedang meningkat umur. Perlu diketahui bahawa diantara empat matlamat persekolahan yang sepatutnya dilaksanakan oleh gerakan da'wah ialah menyebarkan prinsip agama Islam, meningkatkan taraf akhlaq dan moral, kemegahan terhadap tamadun Islam dan menyediakan pakar-pakar dalam semua bidang sains untuk membantu kebangkitan Islam.

Al-Ikhwan juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan yang bertanggungjawab membina sekolah-sekolah bersistemkan Islam, dan amat mementingkan kualiti sistem dan juga staf gurunya. Sebagai contoh, Al-Ikhwan memecat guru-guru yang tidak jujur, tidak berakhlaq Islam dan yang tidak mengambil berat tentang Islam. Itulah uniknya sistem pendidikan beracuankan Islam.

Merungkai Salahfaham Terhadap Pendidikan

Adalah satu kesilapan apabila aktivis da'wah tidak menjadikan agenda pendidikan sebagai satu amal dan mensia-siakannya. Saya berkeyakinan melalui jalan pendidikan, gerakan da'wah lebih banyak mendapat keuntungan dari sudut siasah, tarbiyyah dan da'wah. 


Dari sudut siasah, gerakan da'wah yang mempelopori sekolah-sekolah akan mendapat penghormatan sewajarnya daripada masyarakat. Bahkan dari sudut yang lain, ianya dapat mentarbiyyah masyarakat memahami Islam dan membuka 'engagement' dengan ramai pihak dalam mempromosikan Islam sebagai Ad-Deen (cara hidup).

Para aktivis gerakan da'wah di masa kini seharusnya lebih bergerak dengan lebih jauh bahkan idea dalam memberi perkhidmatan bukan setakat menubuhkan sekolah-sekolah, lebih kritis lagi dengan membuka klinik-klinik atau hospital yang bersistemkan Islam. Sedarlah ikhwah dan akhawat, sudah terlalu lama kita mengharapkan perkhidmatan dari aset yang bersistemkan barat, sudah-sudahlah tu! Mari bebaskan penjajahan pemikiran sistem pendidikan ala barat dan merdekakan pemikiran kita dengan sistem Islam. Jom beralih ke sistem Islam. Bagaimana? Setuju?

Zaiem Al-Hilmee
6 Jamadil Awwal 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.





Ukhuwwah & Pencemarannya.

1Orang Mengulas



Salam alayk'. Ukhuwwah. Seringkali kita mendengari akan perkataan ini. Tidak kurang juga ada yang selalu menanggilnya 'mahabbah fillah', jauh pengertiannya, namun mempunyai 'chemical'nya. Bagi saya, ukhuwwah itu luarannya, mahabbah itu adalah intinya. Istilah kedua-duanya ini tidaklah asing bagi seorang Muslim, namun ia tidak lekang di bibir terutamanya bagi para aktivis da'wah dan juga mereka yang bergabung dalam sesebuah organisasi. 

Ramai orang yang membicarakan hal ini sehinggakan pada satu-satu masa saya jangkakan bahawa ianya boleh jadi suatu benda yang 'subjektif'.  Apabila jaringan ukhuwwah itu semakin mekar, maka penjagaan rapi itu diperlukan agar tidak berlakunya kegelinciran dalam memahami, mengaplikasikan dan juga menyelesaikan 'kontaminasi' di sekitarnya.


"Jagalah mahabbah di kalangan antum sekalian" kata murobbi.
"Ana sayang antum semua kerana Allah", kata seorang teman usrah.
"Anta ada masalah syeikh? Kongsilah bersama ana", pujuk qiyadah.

Seringkali ungkapan-ungkapan berbasiskan ukhuwwah ini dilafazkan. Kata-kata yang sungguh memaknakan. Hampir pasti semuanya agak selesa dalam bi'ah sebegini dan terasa mahu ia kekal sedemikian rupa. Keyakinan saya agak tinggi bahawa petanda ukhuwwah sebegini lahir daripada aktivis da'wah yang mendapat pentarbiyyahan kerana itu manifestasinya.

Ukhuwwah Mempunyai Ruh

"Ukhuwwah adalah saudara keimanan, perpecahan adalah saudara kekufuran, kekuatan yang utama adalah kesatuan, tiada kesatuan tanpa cinta serta kasih, serendah-rendah cinta adalah salamatus sadr dan setinggi cinta adalah itsaar" 
                                                                                  (Hassan Al-Banna; Risalah Ta'alim).

Keimanannya hanya dimiliki oleh mereka yang menyerah diri kepada Rabb. Bahkan kekufuran adalah mereka yang tidak patuh pada garisan hukum dan menyelewengi sunnah Rasul. Ini adalah antara konflik keimanan dan kekufuran yang jelas. 

Imam Hassan Al-Banna melempari kiat-kiat ukhuwwah dengan memberi maksud yang mendalam dimana setiap kata-kata dirasai mempunyai kekuatan tersendiri. Ukhuwwah itu mempunyai satu 'kuasa kekuatan' yakni ruh apatah lagi ianya segaris dengan hukum dan perintah Rasul, pastinya ia adalah satu kejayaan padanya.  Dengan pastinya 'ruh' pada ukhuwwah ini akan dapat menepis dan menyelesaikan pelbagai kontaminasi yang timbul selagi ia pengekalan 'kekuatannya' masih dijaga dengan sempurna. Seterusnya, renungilah nukilan ini;

"Mahabbah itu adalah bererti kamu merelakan seluruh milikmu kepada yang kamu cintai, sehingga kamu tidak tersisa untuk dirimu". 
                                                           (Said Hawwa; Jundullah, Thaqafatan Wa Akhlaqan)


Saya baru-baru ini melihat keberkesanan perlaksanaan ta'adib di kalangan para murid-murid berumur 7 tahun yang belajar di dalam sistem acuan tarbiyyah Islam. Sedang saya memantau secara senyap, terlihat satu konflik berlaku di antara dua orang pelajar perempuan. Keduanya bermasam muka, lantas saya menunduk kepala, berfikir di dalam hati, "Adakah ruh tarbiyyah Islam yang mereka dapati selama ini tidak mampu menyelesaikan masalah sekitar ukhuwwah ini ini?". 

Saya meneruskan menyaksi perilaku mereka, tiba-tiba salah seorang dari kedua murid tersebut menghulurkan tangannya kepada rakannya sebagai tanda berdamai dan menghentikan perselisihan. Lantas tangan itu disambut oleh rakan oposisinya itu dan ia terus memeluk dan mencium pipi sahabatnya. Akhirnya, keduanya kembali berhubungan damai seperti sediakala sambil tersenyum. 

Kontaminasi Di Sekitar Ukhuwwah

Adakalanya, ukhuwwah ini mempunyai kontminasi (pencemaran) tersendiri. Apa yang saya ingin kongsikan kepada kalian bukanlah setakat permasalahan yakni perselisihan yang kita biasa dengari, namun kontaminasi yang kita patut lihat adalah "terlalu cinta".

Abu 'Aqshim Hisyam menulis dalam bukunya, 'Virus-Virus Ukhuwwah' telah menyimpulkan "terlalu cinta" sebagai virus yang perlu divaksin. Analoginya sebegini, apabila kita telah bermahabbah dengan sahabat, kita seringkali punyai rasa segan untuk menegur sahabat tersebut apabila dia membuat kesilapan. Perasaan ini hadir dengan mempunyai persepsi takut jika sahabat terguris dan terasa hati. 

Ketahuilah sahabat, jika kalian masih meletakkan persepsi sebegini iaitu 'terlalu cinta' di dalam berukhuwwah bermaksud kita masih lagi tidak menunaikan hak-hak ukhuwwah dan sebaliknya merosakkan sahabat kita tersebut. Kadangkala, ukhuwwah itu tidak lahir dengan kelembutan sahaja, disebalik ketegasan itu juga adalah ukhuwwah sepertimana seorang ibu, marahnya terhadap seorang anak bukan kerana bencinya tetapi kerana perasaan sayangnya. Sudahkah kita bersedia me'review' kembali ukhuwwah kita? Atau sahaja kita hanya menyebutkan istilah ukhhuwwah tersebut kepada sahabat, namun tidak mengimplementasinya. Sama-sama fikirkan sejenak!

Zaiem Al-Hilmee
29 Rabi'ul Akhir 1433
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu. 





Warkah Buatmu Teman Di Jalan Da'wah

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Penulis titipkan satu warkah buat para ikhwan (saudara) yang masih tegar di jalan da'wah. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Dan bagi penulis, ianya mungkin satu perkongsian sebagai tanda kecintaan kita bersama kepada tarbiyyah dan da'wah. Buatmu temanku, saksikan..


Warkah ini memberi jawapan segalanya, semoga esok ada sinar untuk kita. Ameen.

Zaiem Al-Hilmee
22 Rabi'ul Akhir 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu. 





Recall: Da'ie & "Al-Intima"

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Menggalas tanggungjawab sebagai da'ie bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia penuh dengan satu proses yang panjang. Tidaklah penulis melemparkan pengertian itu dengan persepsi, tidaklah juga bermaksud untuk menakut-nakutkan para Muslim yang baru mengenali dan terjun di dalam lapangan da'wah. Namun, ia adalah berfikiran sedar dan tidak hanya melihat mereka yang menghadapi survival di medan da'wah dari sudut pandang retorika selesa semata-mata.

Melihat kehidupan para da'ie illaLlah memang mengujakan. Kehidupannya amat luar biasa. Peribadinya sangat meyakinkan. Seringkali para da'ie ini melakukan 'wajibat tarbiyyah' yakni pengamalan secara fardi dalam menilai diri melalui mutaba'ah yang digariskan sebagai 'check and balance' dalam pengabdian mereka kepada Allah SWT.


Namun, berapa ramai mereka yang hari ini dilihat sehari demi sehari diuji, tersungkur dan tersungkur dengan cabaran kehidupan yang dilemparkan. Inilah penapisan yakni 'filter' yang Allah aturkan. Kadangkala ada juga mereka yang merasakan sudah 'selesa' dengan kedudukan di dalam gerakan da'wah, namun tidak 'turun' ke medan dengan pelbagai alasannya. Ingatlah wahai sahabat sekalian, penceritaan mengenai sirah peperangan Tabuk yang menguji 3 sahabat Nabi antaranya Ka'ab Ibn Malik yang tidak menyertai peperangan Tabuk sewaktu itu atas perihal dunia. Setelah angkatan perang kaum Muslimin meninggalkan Madinah, maka Ka'ab berasa menyesal dan terdetik di dalam hatinya, 

"Dimana kedudukanku saat kalian semua berlelah-lelah dalam lapangan dakwah, sementara aku tersibukkan oleh pekerjaan dan urusan rumah? Dimana kedudukanku, saat kalian semua berjuang memenangkan dakwah, sementara aku tidak ada waktu untuk itu? Dimana posisiku, saat kalian semua berpagi-pagi telah memenuhi panggilan dakwah, sementara aku sibuk dengan keluargaku sendiri? Dimana posisiku, saat kalian semua sampai larut malam masih terus bekerja untuk kemajuan dakwah, sementara aku disibukkan oleh urusan peribadi?

Lantas tanya diri kita, adakah kita seperti Ka'ab yang turut bersikap seperti di Tabuk? Berdoalah selalu, "Wahai Allah, berilah dunia ini di tangan kami, tetapi tidak di hati kami".


Hal ini juga berkaitan secara langsung dengan perkaitan 'al-intima'. Intima' yang sering dicanangkan memerlukan kita menghayati betapa seriusnya dalam menggabungkan diri dengan da'wah sehingga dapat melahirkan amal-amal Islami. Almarhum Da'ie IlalLlah, Al-Fadhil Al-Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya, 'Maza Ya'ni Intima'i Lil Islam' menerangkan kepada kita kewajiban intima' (menggabungkan diri) dengan da'wah dan menghayatinya dengan penghayatan yang tinggi.

Sudah pastinya dengan iman yang mendalam, keyakinan yang tinggi, kesedaran yang meluas, keinsafan yang memaknakan, tanggungjawab yang perlu dipikul dan kewajiban yang memerlukan tindakan merupakan asas kepada intima'. Penghayatan yang paling berkesan untuk membuktikan intima seseorang terhadap da'wah adalah apabila mampu mencapai untuk mengorbankan perkara berikut untuk da'wah iaitu masa, tenaga,  harta dan nyawa.


Tidaklah dikatakan intima' jika menggabungkan diri kepada da'wah atas kapasiti spontan yakni atas kecenderungan (minat), simpati ataupun belas kasih, kepentingan tertentu dan lebih hina sekali untuk kemaslahatan peribadi. Penulis yakin bahawa jika ada individu berniat sedemikian hina, eloklah diperbetulkan atau Allah mengeluarkan kita dari jalan da'wah dalam keadaan hina sepertinya. Perkara tunjang untuk berintima' adalah atas tanggungjawab dalam melaksanakan kewajiban perjuangan aqidah Islam. Ini adalah hal terbesar menjadi faktor untuk berintima'.

Perlu diketahui bahawa gerakan da'wah juga menggariskan beberapa pra syarat untuk dipatuhi oleh ahli gerakan da'wah sebagai kayu ukur intima' antaranya iltizam (komitmen) yang tinggi, sami'na wa atha'na (dengar dan taat), kefahaman dan tasawwur yang jelas akan sebarang dinamisme gerakan, hammasah (perasaan yang kuat), dan juga implementasi ketrampilan hasil penghayatan terhadap islam. Ini adalah pra-syarat dalam manhaj gerakan da'wah. Adakah kita sudah mencapai pra syarat ini? Adakah kita suda menggelarkan diri kita berintima'? Ikhlaskah kita? Hanya anda boleh membuat satu perubahan untuk diri anda sendiri. Usaha dan berdoalah.

Zaiem Al-Hilmee
20 Rabi'ul Akhir 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.





Puisi 'Untukmu Kelantan' Karya Oki Setiana Dewi

1Orang Mengulas

 

Link untuk menonton ketika Oki melafazkan bait-bait puisi ini boleh dilihat di sini.






123 Bangkit!

1Orang Mengulas






Benarkah Kita Kader Da'wah?

0 Orang Mengulas

Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki kefahaman yang utuh. Faham akan falsafah dasar perjuangan, faham akan nilai-nilai yang diperjuangkan, faham akan cita-cita yang hendak dicapai, faham akan jalan yang harus dilalui. Kader da'wah memiliki pemahaman yang komprehensif. Faham akan peringkat untuk merealisasikan tujuan, faham akan konsekuensi setiap peringkat, faham akan cabaran realiti yang menyertai setiap peringkat, faham bahwa di setiap peringkat da'wah memiliki tingkatan risiko yang berlainan. Kefahaman kader da'wah terus berkembang.

Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki keikhlasan yang tinggi. Ikhlas ertinya bekerja hanya untuk Allah semata, bukan untuk kesenangan diri sendiri. Sangat banyak godaan di sepanjang perjalanan da'wah, baik berupa harta, kekuasaan dan godaan syahwat terhadap pasangan berlainan jenis. Hanya keikhlasan yang akan membuat para kader boleh bersikap dengan tepat menghadapi segala bentuk godaan dan dinamik da'wah. Sangat banyak peristiwa di sepanjang perjalanan da'wah yang menggoda para kader untuk meninggalkan jalan perjuangan. Ikhlas adalah penjaga ketahanan kader da'wah.
Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki amal yang berkesinambungan. Amal dalam da'wah bukanlah jenis amal yang setengah-setengah, bukan jenis amal spontan dan tanpa perencanaan. Bahkan ama yang menambahbaik diri dan keluarga, hingga berupaya memperbaiki masyarakat, bangsa, negara bahkan dunia. Amal dalam da'wah memiliki peringkat yang jelas, memiliki tujuan yang pasti, memiliki orientasi yang hakiki. Kader da'wah tidak hanya beramal di satu marhalah dan meninggalkan marhalah lainnya. Kader da'wah selalu mengikuti perkembangan kondisi dalam da'wah, kerana itulah amal yang harus dilalui untuk merentasi peradaban.

Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki kewibawaan jihad yang abadi. Jihad dalam bentuk kesungguhan, keseriusan, dan kedisiplinan dalam menggapai visi da'wah yang hakiki. Kesungguhan membela hak-hak umat, kesungguhan mendidik masyarakat, keseriusan mengusahakan kesejahteraan masyarakat, dan menyelesaikan persoalan kehidupan yang semakin kompleks. Kader da'wah harus memberikan kesungguhan dalam menjalankan semua agenda dakwah, hingga menghasilkan kesan yang berkualiti di lapangan apapun mereka bekerja. Itulah makna jihad dalam konteks perjalanan aktiviti da'wah.

Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki pengorbanan yang tak terhingga nilainya. Da'wah tidak mungkin akan boleh dijalankan tanpa pengorbanan. Sejak dari pengorbanan harta, waktu, tenaga, fikiran, harta, hingga pengorbanan jiwa. Rasa lelah, rasa jenuh, rasa letih selalu mendera jiwa raga, kesenangan diri telah dikorbankan demi tetap berjalannya roda dakwah. Aktiviti dijalani sejak pagi hingga malam hari. Kadang harus bermalam hingga beberapa lamanya, kadang harus berjalan pada jarak yang tak terukur jauhnya, kadang harus memberikan harta pada kondisi diri yang belum stabil dari segi ekonomi. Pengorbanan tanpa penghujung, itulah ciri kader da'wah yang setia.
Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki ketaatan kepada prinsip, keputusan organisasi, dan kepada pemimpin. Prinsip-prinsip dalam da'wah harus dilaksanakan dengan sepenuh ketaatan. Taat kepada implementasi manhaj adalah bahagian penting yang akan menghantarkan dakwah pada tujuannya yang mulia. Taat kepada keputusan organisasi merupakan syarat agar kegiatan da'wah selalu terbingkai dalam sistem amal jama’i. Taat kepada pemimpin merupakan tuntutan agar pergerakan da'wah berjalan secara efektif pada upaya pencapaian tujuan. Ketaatan bukan hanya terjadi dalam hal-hal yang sesuai dengan pendapat pribadi, namun tetap taat terhadap keputusan walaupun bertentangan dengan pendapatnya sendiri.

Benarkah kita kader da'wah? Kader dakwah itu memiliki keteguhan tiada henti. Kader dakwah harus selalu tegar di jalan da'wah, kerana perjalanan amatlah panjang dengan berbagai gangguan dan tentangan yang menyertainya. Teramat banyak aktivis da'wah semasa, dimana mereka memiliki semangat yang menyala pada suatu ketika, namun padam seiring berjalannya usia. Ada yang tahan tatkala mendapat ujian kekurangan harta, namun menjadi gugur saat berada dalam limpahan harta dunia. Ada yang tegar saat da'wah dilakukan di jalanan, namun tidak tahan saat berada di tampuk kekuasaan. Kader da'wah harus berada di puncak kemampuan untuk selalu bertahan.

Benarkah kita kader da'wah?
Kader da'wah itu memiliki kemurnian dan kebersihan dalam orientasi aktivisnya. Sangat banyak faktor yang mengotori kebersihan orientasi da'wah. Ada kekotoran cara mencapai tujuan. Ada kekotoran dalam usaha mendapatkan harta. Ada kekotoran dalam langkah menggapai kemenangan. Kader da'wah harus selalu menjaga kemurnian orientasinya, tidak berpaling dari kebenaran, tidak terjebak dalam kekotoran. Kerana da'wah memiliki visi yang bersih, sehingga harus dicapai dengan langkah dan usaha yang bersih pula.

Benarkah kita kader da'wah?
Kader da'wah itu memiliki solidariti, persaudaraan dan kebersamaan yang tinggi. Ukhuwah adalah sebuah tuntutan dalam menjalankan agenda-agenda da'wah. Semakin besar tantangan yang dihadapi dalam perjalanan da'wah, harus semakin kuat pula ikatan ukhuwah di antara pelakunya. Kader da'wah saling mencintai satu dengan lainnya, saling mendukung, saling menguatkan, saling meringankan beban, saling membantu keperluan, saling berbahagi dan saling mencukupi. Kader da'wah tidak berdendam, iri dan benci. Kader da'wah selalu membawa cinta, dan menyuburkan da'wah dengan sentuhan cinta.

Benarkah kita kader da'wah? Kader da'wah itu memiliki tingkat kepercayaan yang tak tertanding. Berjalan pada rentang waktu yang sangat panjang, dengan tentangan yang semakin kuat menghadang, menghajatkan tingkat kepercayaan antara satu dengan yang lainnya. Berbagai isu, berbagai fitnah, berbagai tuduhan tak akan menggoyahkan kepercayaan kader da'wah kepada para pemimpin dan kepada sesama kader da'wah. Berbagai caci maki, berbagai lontaran benci, berbagai pelampiasan kesumat, tak akan mengkerdilkan kepercayaan kader terhadap langkah da'wah yang telah dijalaninya.

Jadi, benarkah kita kader da'wah ?


Karya: Cahyadi Takariawan (aktivis da'wah).





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft