skip to main | skip to sidebar
MUJAHIDEEN ISLAM
"Pengembara Yang Mencari Keredhaan ILlahi Untuk Menuju Akhirat Yang Sudah Pasti"
RSS

Satu Fikrah & Satu Amal

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. "Satu Fikrah, Satu Amal". Penulis tertarik dengan tema yang dilaungkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku komuniti mahasiswa Melayu terbesar di Mesir Ardhul Kinanah. Rapatnya penulis dengan PMRAM ini bermula apabila bersahabat dengan seorang Felo MANHAL (Badan Fatwa) PMRAM selaku mantan Presiden PMRAM iaitu Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Kadang-kadang terdetik pula rindu ingin menjenguk anak beliau iaitu Fatimah Nabawiyyah.


Daripada tajuk entri, penggerak-penggerak dakwah seharusnya diambil berat mengenai kejelasan fikrah Islamiyyah (pemikiran Islam) dan meneliti  nilai "faham" yang tinggi khususnya di dalam meneliti satu aliran fikrah berkenaan. Penyeruan terhadap galakan agar penggerak dakwah mempunyai nilai faham atau intelektual yang tinggi juga telah disentuh oleh ulama sufi iaitu Said Hawwa di dalam kitabnya, "Jundullah, Tsaqafatan Wa Akhlaqan". Ketidakjelasan penggerak dakwah terhadap fikrah yang didokongi menyebabkan kekeliruan dalam melahirkan amal dan juga bermasalah dalam meng'implementasi' konsep "tajarrud" yang telah digubal di dalam arkanul bai'ah oleh jamaah Ikhwanul Muslimin. 




Perbezaan Islam & Fikrah Islamiyyah (Suatu Pengenalan)


Seringkali telah diutarakan bahawa Islam dan fikrah Islamiyyah adalah dua hal yang berbeza namun mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Seperti yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali, "Sesungguhnya fikrah Islamiyyah bukanlah Islam, tetapi ia merupakan ciptaan akal ataupun ijtihad muslimin pada jalan Islam. Islam pula merupakan wahyu iLlahi yang bersifat maksum (aman dari kesalahan) yang diturunkan kepada Nabi, dan fikrah Islamiyyah pula perkara yang diadakan atau dicipta, tertunduk kepada kanun perubahan.

Fikrah Islamiyyah tidaklah maksum daripada kesalahan dan kelemahan, manakala Islam pula bersifat maksum (aman dari kesalahan, kecacatan dan kelemahan) secara keseluruhannya. Kitab Islam iaitu Al-Quran baginya segala kesucian dan baginya hak ketaatan secara mutlak terhadap orang-orang beriman, manakala fikrah Islamiyyah pula tidaklah diwajibkan taat kepadanya kecuali apa yg bertepatan dengan Al-quran dan As-Sunnah (risalah) . Ini kerana fikrah Islamiyyah tertunduk kepada kritikan dan bangkangan". 


Marattibul Amal & Muwasafat Tarbiyyah



Dakwah Ikhwan telah menyediakan satu 'guideline' peringkat-peringkat amalan yang mana dipamerkan dalam marattibul amal dimana perlunya penegakkan peringkat-peringkat ini satu demi satu secara beransur-ansur dan berterusan iaitu bermula dengan fardi Muslim (individu Islam), bait al-muslim (keluarga Islam), mujtama muslim (masyarakat Islam), daulah Islamiyyah (negara Islam), khilafah Islamiyyah (pemerintahan khilafah), empayar Islam dan seterusnya ustaziatul alam (penguasaan alam). Melihat kepada marattib ini sahaja telah menjelaskan kepada kita bahawa perjuangan masih panjang dan penuh berliku.


10 muwasafat tarbiyyah yang merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang ditarbiyyah. Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

1.  Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
2.  Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
3.  Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
4.  Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5.  Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
6.  Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
7.  Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8.  Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9.  Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

p/s: Fikrah yang jelas melahirkan amal yang sempurna. Mempraktikkan konsep 'al-fahmu' dalam kehidupan adalah keperluan. Satu fikrah, Satu Amal.







0 responses to "Satu Fikrah & Satu Amal"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My Photo
    Zaiem Al-Hilmee
    aktivis masyarakat dan juga pemerhati politik. Boleh dihubungi melalui e-mel iaitu: mujahid_zaim@yahoo.com.
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    ZAIEM @ TWITTER

    Follow @MuraQQib

    ZAIEM @ FACEBOOK

    Zaiem Al-Hilmee

    Pesanan Imam Hassan Al-Banna

    “Ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya berlaku sekali sahaja. Jika kamu jadikan ia (kematian) itu di jalan Allah, maka ia keuntungan di dunia serta ganjarannya di akhirat. Dan apa yang menimpa kamu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah bagi kamu”

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang baru. B...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'blog' pen...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • Selepas Tunisia, Mesir Kini Menghadapi Revolusi!!!
      Salam alayk'.. Mesir salah satu bumi yang mempunyai landskap politik yang begitu menarik. Kediktatoran rejim Hosni Mubarak yang mana memeri...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila sebaik sahaja mel...

    Rekod Musafir

    www.e-referrer.com

    MEDIA MASSA

    Utusan Online Berita Harian Online Harian Metro Online Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Menarik TV3 Yahoo News CNN News Aljazeera English Republika Online Harakah Sinar Harian Malaysiakini Themalaysianinsider

    Pautan Al-Hilmee

    • :: SAHABAT BLOG SABAH ::
      Apabila 'Perkasa Versi Sabah' berkata-kata...
      6 minutes ago
    • dakwatuna.com
      Jomblo Keren (Edisi Pria)
      13 hours ago
    • Episod Sebuah Perjuangan
      Penyenaraian FELDA
      19 hours ago
    • n.o.t.a. m.e.r.a.h
      Najib Razak ‘Pro Israel’ terima kecaman Mapim, Shura…
      1 week ago
    • Laman Tarbawi
      JANGAN MERAJUK WAHAI DA'IE
      1 week ago
    • TintaMuallaf.Com
      Isu Murtad: Kenapa Umat Islam Saling Bercakaran
      1 week ago
    • Perisik Rakyat®
      Dimana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..?
      4 weeks ago
    • masanya memilih jalan yang lurus
      ruu perhimpunan aman – demokrasi melayu terpinggir
      2 months ago
    • Saifulislam.Com
      Antara Cita-cita dan Angan-angan
      7 months ago
    • RISALAH SYUMUL
      Kesyumulan Falsafah Akhlak Islam – Part 2
      1 year ago
    • Portal PTS

    Lawatilah Mereka!

    • STAY ALiVE 2:154
      Sabah Care: Untuk Dakwah & Kebajikan di Sabah
      7 hours ago
    • Wardatul Asfar
      'Syria Dipersimpangan Jalan'
      10 hours ago
    • Sunah Suka Sakura dot com
      Yang Tidak Pernah Peduli
      11 hours ago
    • Rintihan Rakyat Sabah dan Sarawak
      Apabila 'Perkasa Versi Sabah' berkata-kata...
      19 hours ago
    • monazmuslim
      Ku Li says FELDA listing will endanger future of settlers
      1 day ago
    • abu asy-syaffaa'
      Jalan utama kk/ranau ke sandakan/tawau runtuh..!
      2 days ago
    • Shoutul Jabal
      Anak muda Malaysia akan bangkit ke?
      2 days ago
    • Travelog Hidayah
      Tuah Bahasa Arab
      3 days ago
    • "Beri-ku secawan kopi"
      Manusia dan dunia.. Kita akan lebih redha andai kita mengenalinya..
      4 days ago
    • Layakkah aku menjadi bidadari syurga?
      Hasan Al Banna; Aku ingin menyampaikan dakwah ini sehingga ke janin dalam perut ibunya .
      4 days ago
    • ABU NUHA CORNER
      DR ARIP KASMO @ MTQQ SABAH
      5 days ago
    • MAI SECAWAN!
      Cara Mudah Download Video Dari Youtube
      6 days ago
    • nurilhakim.blogspot.com
      Daripada Sham Kepada Alam
      3 weeks ago
    • TEMPUR ARUS
      Kisah Benar Menarik, Seorang Pemimpin Berjiwa Rakyat Menjulang Islam (MB Kedah)
      4 weeks ago
    • Wardatul Shaukah
      Tarbiyah, mentarbiyah dan ditarbiyah.
      4 weeks ago
    • Tinta Nash_Sharh
      Hudud: Ketegasan Bersulamkan Kelembutan
      5 weeks ago
    • ~Thorful Ain Mardhiyah~
      Pabila waktu sudah memanggil....
      1 month ago
    • ~Cik Anggun G-Ah~
      Nikah dan Hudud... Dua Perkara... :)
      2 months ago
    • Siapa milik kita?
      Tahfiz
      2 months ago
    • Bayu Gunung
      Fenomena Hisamudin Sulaiman
      2 months ago
    • Nahnu Jundullah
      Islamic Summer Camp (ISC) G5
      2 months ago
    • .:: I Tokei Ikan BertaQwa I ::.
      Saya dan PTPTN
      6 months ago
    • Post-Tension Amal
      MESYUARAT BERSAMA HJ ISMAIL AHMAD 15/6/2011
      8 months ago
    Show 5 Show All

    Hasil Pena

    • January 2012 (1)
    • October 2011 (1)
    • September 2011 (1)
    • August 2011 (4)
    • May 2011 (5)
    • April 2011 (7)
    • February 2011 (3)
    • January 2011 (1)
    • December 2010 (4)
    • November 2010 (1)
    • July 2010 (4)
    • June 2010 (1)
    • May 2010 (9)
    • March 2010 (6)
    • February 2010 (4)
    • January 2010 (8)
    • December 2009 (1)
    • November 2009 (5)
    • October 2009 (3)
    • September 2009 (7)
    • August 2009 (11)
    • July 2009 (11)
    • June 2009 (10)
    • May 2009 (1)
    • April 2009 (3)
    • March 2009 (6)
    • February 2009 (4)
    • January 2009 (17)
    • December 2008 (3)
    • November 2008 (1)

    Musafir datang bertandang

    Jelajah Dunia

    Road Block!

    JOM LAYAN NASYID!


Copyright © All Rights Reserved. MUJAHIDEEN ISLAM | Converted into Blogger Templates by Theme Craft