Salam alayk'. Mari kita dapatkan buku terbaru iaitu "Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama" karya pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Petaling Jaya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Ustaz Muhadir merupakan anak kelahiran Sarawak yang kini sedang menyiapkan tesis PhD di Universiti Malaya dalam bidang Tafsir dan Hadith.
Seingatan penulis, kali pertama penulis berjumpa beliau dalam satu majlis ilmu di Kuching yang mana ketika itu beliau sedang memberi kuliyyah mengenai sirah RasuluLlah SAW. Beliau dalam ketika itu sedang dalam bercuti dan kembali seketika ke kampung halaman. Dan selepas waktu kuliyyah, penulis sempat bersembang buat seketika bersama beliau. Cukup menyenangi dengan perwatakan beliau yang ramah mesra apatah lagi beliau merupakan diantara pengendali program 'talaqqi' samada di UIA PJ ataupun Gombak.
Untuk melihat dengan lebih jelas, sila 'klik' pada gambar
Sedikit testimonial daripada pembaca:
"Alhamdulillah, buku Persoalan Khilafiyyah Dan Penjelasan Ulama (PKDPU) telah terbit setelah lebih kurang 2 tahun Ustazuna Muhadir bin Haji Joll Hafizhahullah menghabiskan masanya untuk mengarang kitab tersebut, dengan sukacitanya saya sebagai salah seorang anak murid beliau amat mengagumi usaha sumbangan beliau untuk masyarakat. Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada akhir zaman ini banyak sekali berlaku fitnah, adapun fitnah tersebut merangkumi banyak bidang, termasuklah bidang keilmuan feqah serta tauhid sendiri yang sebenarnya telah lama selesai diperbahaskan oleh ulama-ulama dahulu. Akan tetapi disebabkan sesetengah sifat manusia yang jahil yang terserlah kejahilannya, dan sombong yang tidak kena tempat, maka berlakulah fitnah yang sangat hebat pada zaman sekarang ini sepertimana ramai orang mempertikaikan ulama-ulama dahulu dan amalan-amalan terdahulu. Oleh itu, kitab PKDPU adalah jawapan yang jelas kepada segala kekeliruan orang-orang awam malah boleh dijadikan rujukan para asatizah sekalian. Antara salah satu keistimewaan kitab ini adalah berkenaan rujukan sumber yang menjadi isi keilmuan yang tercatat dalam kitab tersebut. Hampir kesemua catatan yang dikarang oleh beliau adalah bersumberkan kitab-kitab yang terkenal dan dipercayai kebenarannya" (Ku Faiz Ku Ahmad, 1st. Year, Engineering, UIA Gombak)
“Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara mesti ada paling kurang 1 naskhah buku ini untuk letak di perpustakaan masjid/ surau. Bukan apa, zaman la ni, orang dok petikai amalan hak ada dalil dah. Tuan-tuan imam masjid/ surau tak penin kepala jawab. Pakat suruh depa baca sendiri. Saya saran lagu ni ni, pasai masjid kami beli dah 3 bijik. Selesai masalah. Depa senyap tak kata apa, pasai semua dah dijawab elok dalam buku ni…” (Nazri Mat Nayan, Alor Setar)
“Tahniah kepada pengarang buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’. Buku yang sangat banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah khilafiyyah. Saya mengesyorkan agar buku ini dan pengarangnya masuk TV1 ke, atau T3, atau Radio IKIM, untuk menjelaskan buku ini kepada masyarakat umum. InsyaAllah lebih luas manfaatnya.” (Azmin, jemaah Masjid Kuning, Kota Damansara)
“Setiap Mufti di Malaysia mesti memiliki kitab ini kerana ia mengumpulkan jawapan-jawapan untuk perkara khilafiyyah, dan ia lengkap dalam satu buku. Mufti-mufti di Malaysia, selalu ditanya menghadapi persoalan-persoalan khilafiyyah sebegini.” (Haji Roslan, Kuala Lumpur)
“Jarang-jarang berjumpa kitab seperti ini; mengumpulkan banyak perkara khilafiyyah, kemudian menjawabnya dengan dalil2 naqli dan aqli. Setakat yang saya tahu-wallahu a’lam, umur dah 61 sekarang, kitab ini paling lengkap dan menyeluruh menjawab persoalan khilafiyyah ditulis dalam tulisan rumi. Riwayat hidup alim ulama yang disertakan di nota kaki, menjadikan ‘value-added’ kepada kitab ini. Sekalung tahniah buat pengarangnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas usaha yang sangat besar dan bermakna ini.” (Haji Arif, Bukit Beruntung)
p/s: Maaf, penulis bukan agen pengedar, namun seruan penulis "Jom dapatkannya"!!
sangat rindu kelas talaqqi ustaz ni..bukunya insya allah dlm impian da tersenarai nk bli...
syukran tlg hebahkn..
to Siti Azimah:
Afwan. Apa yang baik tu kena dihebah-hebahkan. Alhamdulillah, Ust Muhadir ada tinggalkan no telefonnya pada ana. Senang nak berurusan jika nak buat tempahan buku secara langsung.