skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Syeikh Yusof Al-Qaradhawi Menyeru Masyarakat Mesir Bangkit!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Kini aksi kebangkitan rakyat di Mesir masuk hari yang ke-10. Demonstrasi rakyat kian bangkita melawan rejim Hosni Mubarak. Kini hampir 100 lebih orang telah maut dan beribu-ribu lagi cedera dalam revolusi Meir kali ini. Sumber terakhir menyatakan 7 orang lagi telah maut ditembak pasukan keselamatan Mesit. Kini keadaan demonstrasi di Mesir menjadi tumpuan 3 kelompok utama iaitu pendemo dari kalangan anak muda yang disokong Ikhwanul Muslimin dalam menumbangkan rejim, pendemo dari kalangan pendokong rejim Hosni Mubarak yang kian bertindak ganas dan pasukan keselamatan Mesir yang terdiri daripada pihak tentera dan polis. Menurut sumber, para kelompok dari pendokong rejim Hosni Mubarak kini bertindak ganas dan berbahaya.



Pertembungan serta pertempuran sengit antara pendemo dan pasukan keamanan Mesir menyebabkan ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merasa prihatin. Keprihatinan itu disampaikan syeikh dalam wawancaranya dengan Televiisyen Al-Jazeera yang disiarkan secara langsung pada Rabu malam. Dalam pernyataannya, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi mengkritik keras rejim Hosni Mubarak yang dinilainya telah buta dan dungu. Syeikh di awal pernyataannya menegaskan bahawa para syuhada' yang gugur dalam rangka menggulingkan rejim Mubarak tidak akan sia-sia.



Syeikh juga menyerukan masyarakat Mesir supaya bergabung dengan para pendemo di Dataran Tahrir, Kaherah. Masyarakat juga diminta supaya membantu dan menyembuhkan para pendemo yang terluka akibat pertempuran sengit yang terjadi pada hari Rabu yang lalu.
Di penghujung pernyataannya juga, Syeikh mendoakan masyarakat Mesir yang telah bangkit melawan Firaun moden, iaitu Hosni Mubarak. 



Anggota organisasi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia


Hari Ahad yang lalu, Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan dan mengeluarkan fatwa bahawa para pendemo yang gugur dalam aksi demonstrasi menentang rejim kerana tembakan peluru dari pasukan keamanan sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Pernyataan rasmi organisasi ini yang juga berpusat di Mesir secara tidak langsung menyatakan fatwa "jihad anti-rejim Hosni Mubarak".

Sementara itu, Syeikhul Al-Azhar iaitu Doktor Ahmed at-Tayyeb, malah menganjurkan para penentang Presiden Hosni Mubarak supaya berunding dengan rejim berkuasa. Pernyataan Ahmed at-Tayyeb malah semakin mengobarkan kemarahan rakyat terhadap pemerintah dan Syeikhul Al Azhar berpesan agar mengelakkan lebih ramai nyawa daripada terkorban.


p/s: Semoga pendemo yang bangkit menentang kezaliman ini mendapat kejayaan bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat kelak. Ameen.







Himpunan Selamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia Di Mesir

0 Orang Mengulas


JOM BERAMAI-RAMAI!!!!
KE

p/s: Jom beramai-ramai untuk menyokong usaha ini. Diharap agar semua keluarga mahasiswa Malaysia di Mesir dapat memberi sokongan kepada penyerahan memorandum ini dengan menghadiri himpunan ini.





34 Anggota Ikhwanul Muslimin Mesir Berjaya Meloloskan Diri

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Revolusi kebangkitan rakyat di Mesir kian memakan masa hampir seminggu setelah ia bermula pada 25hb Januari 2011. Kini keadaan di Mesir khususnya di Kota Kaherah dikawal sepenuhnya oleh pihak tentera dan orang awam yang lain diminta untuk mematuhi perintah berkurung. Namun begitu, para anak muda yang mempelopori revolusi ini berkeras untuk tidak tunduk kepada arahan tersebut kerana penulis meramalkan bahawa "perintah berkurung" akan menyebabkan Hosni Mubarak dan keluarganya akan bergerak dengan lebih bebas dan segera meninggalkan negara  republik Mesir.

Oleh itu, rakyat khususnya dengan sokongan para anggota Ikhwanul Muslimin kian terus membuat demonstrasi di jalanan biarpun hampir 100 nyawa telah terkorban sementara lebih seribu telah mengalami kecederaan akibat pertempuran khususnya dengan pihak tentera mahupun polis yang pro kepada rejim Hosni Mubarak. 



Panji Ikhwanul Muslimin


Mengimbau kembali saat dimana punca yang menyebabkan tercetusnya revolusi ini adalah disebabkan kisah seorang lelaki yang baru tamat pengajian dan mula mencari kerja. Disebabkan kadar pengangguran yang begitu tinggi di Mesir, maka lelaki ini turut menganggur namun lelaki tersebut tetap berusaha dan akhirnya membuka gerai perniagaan kecil-kecilan. Malang sekali, gerai perniagaan akhirnya dihalang oleh pihak berkuasa Mesir kerana tiada permit yang sah. Oleh yang demikian, maka lelaki tersebut bertindak membakar diri dan meninggal dunia. Kisah dan berita mengenai lelaki itu tersebar dan menimbulkan kemarahan rakyat Mesir. Maka, siri perhimpunan aman dan tunjuk rasa mula berlaku di beberapa tempat seperti di Dataran Tahrir dan Suez.









Dalam kekacauan dan rusuhan yang berlaku, seperti yang dimaklumkan hampir 6000 banduan telah terlepas daripada penjara termasuklah tahanan politik rejim Hosni Mubarak iaitu 34 orang anggota Ikhwanul Muslimin Mesir. Daripada 34 orang anggota Ikhwan yang terlepas, 7 daripadanya adalah pimpinan Ikhwan iaitu Muhamamd Mursi, Issam el-Arian, Muhammad el-Katatni, Saad el-Husseini, Mustafa el-Ghoneimi, Muhyi Hamid dan Mahmoud Abu Zaid.





Maklumat memaklumkan bahawa kelompok ini telah bergerak ke Kota Kaherah bagi bersama-sama dengan rakyat dalam menjayakan revolusi ini bagi menjatuhkan rejim taghut. Pihak Barat dan kerajaan rejim taghut Hosni Mubarak kian bimbang tatkala mendengar khabar tahanan-tahanan politik tersebut berjaya meloloskan diri. Kelompok Ikhwan dipercayai telah membantu dan berjaya meloloskan tahanan Ikhwan yang dipenjara dengan menyerbu penjara di Wadi el-Natroun, 120 km (80 mil) barat laut Kota Kaherah. Pihak Barat membimbangi jika Ikhwanul Muslimin Mesir bakal menerajui pemerintahan Mesir selepas sahaja revolusi ini berakhir dan ini dapat dibuktikan melalui kenyataan-kenyataan akhbar politikus Barat seperti Tony Blair dan lain-lain lagi.







Ikhwanul Muslimin dalam pada itu telah mendesak kepada Amerika Syarikat untuk berhenti mendukung Presiden Mesir Hosni Mubarak. Ikhwanul Muslimin mengatakan Amerika Syarikat seharusnya mendukung rakyat Mesir bukannya Hosni Mubarak dan Ikhwan juga menmberi amaran segala tindak tanduk Amerika Syarikat terhadap revolusi Mesir akan menentukan masa depan hubungan Kaherah dan Washington.


p/s: Ikhwanul Muslimin Mesir kian bangkit menentang rejim Hosni Mubarak!






Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft