skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Syeikh Yusof Al-Qaradhawi Menyeru Masyarakat Mesir Bangkit!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Kini aksi kebangkitan rakyat di Mesir masuk hari yang ke-10. Demonstrasi rakyat kian bangkita melawan rejim Hosni Mubarak. Kini hampir 100 lebih orang telah maut dan beribu-ribu lagi cedera dalam revolusi Meir kali ini. Sumber terakhir menyatakan 7 orang lagi telah maut ditembak pasukan keselamatan Mesit. Kini keadaan demonstrasi di Mesir menjadi tumpuan 3 kelompok utama iaitu pendemo dari kalangan anak muda yang disokong Ikhwanul Muslimin dalam menumbangkan rejim, pendemo dari kalangan pendokong rejim Hosni Mubarak yang kian bertindak ganas dan pasukan keselamatan Mesir yang terdiri daripada pihak tentera dan polis. Menurut sumber, para kelompok dari pendokong rejim Hosni Mubarak kini bertindak ganas dan berbahaya.



Pertembungan serta pertempuran sengit antara pendemo dan pasukan keamanan Mesir menyebabkan ulama terkemuka, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merasa prihatin. Keprihatinan itu disampaikan syeikh dalam wawancaranya dengan Televiisyen Al-Jazeera yang disiarkan secara langsung pada Rabu malam. Dalam pernyataannya, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi mengkritik keras rejim Hosni Mubarak yang dinilainya telah buta dan dungu. Syeikh di awal pernyataannya menegaskan bahawa para syuhada' yang gugur dalam rangka menggulingkan rejim Mubarak tidak akan sia-sia.



Syeikh juga menyerukan masyarakat Mesir supaya bergabung dengan para pendemo di Dataran Tahrir, Kaherah. Masyarakat juga diminta supaya membantu dan menyembuhkan para pendemo yang terluka akibat pertempuran sengit yang terjadi pada hari Rabu yang lalu.
Di penghujung pernyataannya juga, Syeikh mendoakan masyarakat Mesir yang telah bangkit melawan Firaun moden, iaitu Hosni Mubarak. 



Anggota organisasi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia


Hari Ahad yang lalu, Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyatakan dan mengeluarkan fatwa bahawa para pendemo yang gugur dalam aksi demonstrasi menentang rejim kerana tembakan peluru dari pasukan keamanan sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Pernyataan rasmi organisasi ini yang juga berpusat di Mesir secara tidak langsung menyatakan fatwa "jihad anti-rejim Hosni Mubarak".

Sementara itu, Syeikhul Al-Azhar iaitu Doktor Ahmed at-Tayyeb, malah menganjurkan para penentang Presiden Hosni Mubarak supaya berunding dengan rejim berkuasa. Pernyataan Ahmed at-Tayyeb malah semakin mengobarkan kemarahan rakyat terhadap pemerintah dan Syeikhul Al Azhar berpesan agar mengelakkan lebih ramai nyawa daripada terkorban.


p/s: Semoga pendemo yang bangkit menentang kezaliman ini mendapat kejayaan bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat kelak. Ameen.







0 responses to "Syeikh Yusof Al-Qaradhawi Menyeru Masyarakat Mesir Bangkit!!"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft