skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Salam Tahun Baru 1432 Hijrah

0 Orang Mengulas


                               
Salam alayk'.. Segala pujian bagi ALlah yang masih lagi memberikan kita nikmat untuk beribadah kepadaNya. ALhamduliLlah, kini kita hari ini selamat dan sejahtera berada di tahun baru hijrah iaitu pada bulan Muharram. Apa yang pastinya, dalam pertukaran tahun ini memberikan pengertian kepada kita semua untuk meraikan peristiwa ini dengan semangat yang baru.

Berkisar mengenai pengisian kuliyyah maghrib yang baru-baru ini dikongsikan oleh penulis bersama guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) jelas menyentuh mengenai "awal muharram" ini ataupun "tahun baru hijrah". Apa yang penting dan yang patut kita lakukan dalam merentasi "pertukaran tahun" ini adalah untuk kita bermuhasabah dan berazam. Ini adalah dua kunci yan patut dilakukan.


Salam Maal Hijrah 1432


Merujuk kepada doa-doa yang sering diajar kepada kita iaitu doa awal tahun dan doa akhir tahun dimana yang diamalkan oleh salafus soleh jelas mempunyai hikmah. Doa akhir tahun adalah bagi kita menyesali segala dosa-dosa serta tindakan yang kita lakukan pada masa yang lepas dan memohon kepada ALlah agar diampunkan segala dosa. Ini juga disusuli dengan kita berdoa pada awal tahun selepas waktu maghrib bagi kita memohon agar pada tahun seterusnya, ALlah akan memberi keredhaan kepada kita dan memberi keazaman kepada kita agar tahun yang mendatang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.


 

Doa akhir tahun yang dibaca pada akhir waktu Asar yakni sebelum waktu Maghrib



Doa awal tahun yang dibaca pada selepas  waktu Maghrib


Apabila masuknya tahun hijrah yang baru, perlunya juga kita menghijrahkan diri kita. Penulis maksudkan perkataan mengenai "menghijrahkan diri kita" adalah untuk membuat perubahan terhadap diri kita ke arah yang lebih baik dari yang sedia ada sebagai contoh merubah tingkahlaku dan sifat mazmumah yang ada pada diri kita sebelum ini kepada pengamalan sifat-sifat mahmudah serta kefahaman Islam yang lebih baik.

Masuknya kita ke dalam tahun baru yakni bulan Muharram yang jelas mempunyai kelebihan yang tersediri dimana bulan ini pernah diisytiharkan sebagai bulan "haram" yakni mengharamkan berlakunya peperangan, pertumpahan darah dan segala kesalahan pada bulan ini. Di samping itu juga, bulan Muharram mempunyai sejarahnya dimana penetapan 1 Muharram sbagai hari pertama bagi kalendar ataupun tahun hijrah ditetapkan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam dan kelebihan hari pada bulan ini ada pada tanggal 10 Muharram iaitu Hari Asyura'.

Hari Asyura' yakni jatuh pada 10 Muharram setiap tahun memberikan peluang kepada umat Islam untuk berpuasa sunat. Pelbagai peristiwa telah berlaku pada 10 Muharram sehingga menjadikan ia begitu istimewa dan diantara peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku pada 10 Muharram adalah Nabi Adam bertaubat kepada ALlah, Nabi Ibrahim diselamatkan oleh ALlah dari pembakaran Raja Namrud, ALlah turunan kitab Taurat kepada Nabi Musa, hari pertama ALlah mencipta alam, hari pertama ALlah menurunkan rahmat, hari pertama ALlah menurunkan hujan, peristiwa Karbala, ALlah mengangkat Nabi Isa ke langit dan pelbagai lagi.


p/s: Jom kita membina azam yang baru dalam lembaran 1432 Hijrah ini dan pastikan ia dapat dicapai. Ameen..





Syukran JaziLlan Kepada Pengirim!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. ALhamduliLlah, segala puji-pujian bagi ALlah SWT dan seterusnya kepada para sahabat, pata tabien, tabi' tabien, ulamak-ulamak serta pejuang-pejuang yang masih lagi tegar dan istiqamah untuk mendaulatkan Islam walau dimana sahaja. Berkisar kepada tajuk di atas, "entri" ini dikhususkan untuk sebagai tanda penghargaan buat "pengirim" atas kitab-kitab yang dihadiahkan kepada penulis.

Kini, penulis menambah koleksi empat buah kitab yang bermanfaat daripada sahabiah penulis tersebut dan kitab-kitab tersebut ialah Muhammad Bin Abdullah (Peribadi Seorang Pahlawan), Muhammad SAW (Jejak Junjungan Mulia), Sayyid Qutb (Cetusan Idea Seorang Pejuang) dan Pemilik Cintaku Setelah ALlah & Rasul. 




 Muhammad Bin Abdullah, Peribadi Seorang Pahlawan



Muhammad SAW, Jejak Junjungan Mulia



Sayyid Qutb, Cetusan Idea Seorang Pejuang



Pemilik Cintaku Setelah ALlah & Rasul

InsyaALlah, dengan adanya kitab-kitab ini adalah sebagai pengganti bagi dua kitab penulis yang telah hilang sebelum ini iaitu Risalah Ta'alim dan Bunga Kebahagiaan. Penulis berdoa semoga keredhaan dan kemurahan rezeki dari ALlah bersama sahabiah penulis yang sudi menghadiahkan kitab-kitab yang berkenaan.

p/s: Tengah mencari "hadiah" yang sesuai untuk balasan.. =)







Shoutul Islam, Cahaya FM

0 Orang Mengulas


Salam alayk', kini hampir tujuh bulan Shoutul Islam yakni Suara Islam iaitu Cahaya FM  berkumandang selaku radio online Islam yang pertama di Sabah dan yang kedua di Malaysia selepas Nasyid FM. Penulis mengetahui khabar mengenai Cahaya FM ini dari sahabat-sahabat penulis yang juga merupakan "deejay" di radio tersebut seperti DJ Bob, DJ Khairy dan DJ Puteri.



Cahaya FM, Demi Masa

Menurut Sdra Nazri Abdullah atau dikenali sebagai DJ Al Dusuni, kelahiran Cahaya FM ini bertitik tolak daripada Segmen Dunia Nasyid Anda di radio online berkomuniti pertama Sabah iaitu Utara.FM. Pengalamannya  dalam perjuangan bersama badan-badan NGO dan orang-orang perseorangan dalam membantu dan mendekati Saudara Baru yakni golongan muallaf di Sabah mencetuskan kelahiran Blog Suara Muallaf, namun akhirnya dengan kesepakatan dari penerbit Utara.FM, akhirnya lahirlah radio online dengan wajah Islam dan lebih Islamik iaitu Cahaya FM.




Maher Zain Fan Club

Deejay-deejay Cahaya FM juga sentiasa 'on air' dari merata-rata tempat seperti di Labuan, Singapura dan Sabah dan radio online ini semakin hari mendapat sambutan yang menggalakkan serta 'rating' mereka makin naik yakni bertambah. Cahaya FM juga menyediakan medan interaktif seperti "ruang permintaan lagu" yang mana memberi peluang kepada para pendengar untuk membuat permintaan dan juga ruang "chat" yang mana para pengunjung laman web Cahaya FM akan berpeluang untuk ber'chatting' bersama deejay yang bertugas.


DJ Bob dari Labuan



DJ Khairy dari Kota Kinabalu



DJ Puteri dari Tuaran

Penulis mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha dan bekerja keras untuk membangunkan Cahaya FM ini dan tidak dinafikan peranan Cahaya FM sebagai salah satu medan dakwah di alam maya mempunyai keberkesanan yang baik. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat penulis iaitu DJ Khairy, DJ Bob dan DJ Puteri yang menganggotai 'family' Cahaya FM. Untuk melayari laman web Cahaya FM, bolehlah berkunjung ke http://www.cahayafm.net/ dan ia juga boleh dilayari di laman sosial facebook dengan kata kunci "Cahaya.FM | Demi Masa".


p/s: Semoga Cahaya FM akan terus kekal. Bila agaknya buka radio online Hijau FM?? 







Assobiyyah, Jalannya Ke Neraka..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. entri kali ini berkisar mengenai assobiyyah, jika ditanya adakah sifat jahiliyyah seperti ini masih berada dalam sesetengah umat Islam pada masa kini? Adakah jawapan kita tidak pasti atau mungkin ada tapi yang paling penting adalah "tepuk dada, tanyalah iman kita" yang senipis kulit bawang ini.

Kadangkala kita melaungkan diri kita sebagai penggerak Islam yang menentang assobiyyah (kepuakan), tapi hakikatnya karat-karat seperti itu masih ada dalam diri kita dan bagi penulis ini adalah peringatan buat kita bersama. Penulis pernah menyentuh mengenai isu 'assobiyyah' ini sebagai masalah hasil hisbah umum dan penulis lontarkan di dalam laman sosial, namun pelbagai respon yang negatif diterima dengan ada pihak yang melenting, rasa tidak puas hati. Melihat gelagat ini, penulis berfikir, "ana tulis sahaja untuk umum, jika ada yang memberi respon negatif itu maknanya ia terkena hidung sendiri".



Eratkan ukhuwwah, bukan assobiyyah

Hal mengenai assobiyyah sebagai 'racun' ataupun barah dalam individu telahpun diberi peringatan oleh RasuluLlah SAW dimana Nabi bersabda daripada Jubair bin Mut’im berkata:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya: “Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Budak dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah”

Dan terdapat satu lagi hadis mengenai hal ini yang telah disabdakan oleh RasuluLlah SAW iaitu


يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ


Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah dari kalangan Assobiyyah bagi seorang lelaki yang menyayangi kaumnya?? Bersabda Nabi SAW : Tidak, tetapi dari kalangan Assobiyyah bagi lelaki yang membantu kaumnya atas kezaliman”



"Jom Bersatu"

Pada pandangan penulis, assobiyyah ini satu hal yang umum. Adakalanya assobiyyah ini diserap ke dalam bentuk sistem dan struktur serta adakalanya juga ia dilihat diaplikasikan dalam bentuk tindakan. Namun, peringatan bersama seperti ini patut kita ambil.

Dalam kekalutan untuk memecahkan tembok ini yang kian membarah sebelum ini. ALhamduliLlah, mendengar berita sahabat ana iaitu Aizat UM yang mana mengkhabarkan pada penulis bahawa beliau berhajat ingin menyambung pengajian 'master'nya ke kampus samada di Sabah atau Sarawak lagipun ia resolusi GAMIS.Mendengar menangani hal itu, penulis tersenyum sambil mengungkap kata "ALhamduliLlah, usul kami telah diterima".

p/s: Marilah bersatu wahai penggerak-penggerak Islam bagi mencapai wehdatul fikr dan wehdatul amal. 





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft