Salam alayk'.. entri kali ini berkisar mengenai assobiyyah, jika ditanya adakah sifat jahiliyyah seperti ini masih berada dalam sesetengah umat Islam pada masa kini? Adakah jawapan kita tidak pasti atau mungkin ada tapi yang paling penting adalah "tepuk dada, tanyalah iman kita" yang senipis kulit bawang ini.
Kadangkala kita melaungkan diri kita sebagai penggerak Islam yang menentang assobiyyah (kepuakan), tapi hakikatnya karat-karat seperti itu masih ada dalam diri kita dan bagi penulis ini adalah peringatan buat kita bersama. Penulis pernah menyentuh mengenai isu 'assobiyyah' ini sebagai masalah hasil hisbah umum dan penulis lontarkan di dalam laman sosial, namun pelbagai respon yang negatif diterima dengan ada pihak yang melenting, rasa tidak puas hati. Melihat gelagat ini, penulis berfikir, "ana tulis sahaja untuk umum, jika ada yang memberi respon negatif itu maknanya ia terkena hidung sendiri".
Eratkan ukhuwwah, bukan assobiyyah
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya: “Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Budak dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah”
Dan terdapat satu lagi hadis mengenai hal ini yang telah disabdakan oleh RasuluLlah SAW iaitu
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah dari kalangan Assobiyyah bagi seorang lelaki yang menyayangi kaumnya?? Bersabda Nabi SAW : Tidak, tetapi dari kalangan Assobiyyah bagi lelaki yang membantu kaumnya atas kezaliman”
"Jom Bersatu"
Pada pandangan penulis, assobiyyah ini satu hal yang umum. Adakalanya assobiyyah ini diserap ke dalam bentuk sistem dan struktur serta adakalanya juga ia dilihat diaplikasikan dalam bentuk tindakan. Namun, peringatan bersama seperti ini patut kita ambil.
Dalam kekalutan untuk memecahkan tembok ini yang kian membarah sebelum ini. ALhamduliLlah, mendengar berita sahabat ana iaitu Aizat UM yang mana mengkhabarkan pada penulis bahawa beliau berhajat ingin menyambung pengajian 'master'nya ke kampus samada di Sabah atau Sarawak lagipun ia resolusi GAMIS.Mendengar menangani hal itu, penulis tersenyum sambil mengungkap kata "ALhamduliLlah, usul kami telah diterima".
p/s: Marilah bersatu wahai penggerak-penggerak Islam bagi mencapai wehdatul fikr dan wehdatul amal.