skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Agenda Di Sebalik "The 100"

1Orang Mengulas




Salam alayk.. tajuk 'posting' yang sungguh mendebarkan. Mungkin saudara/i sekalian seringkali terbaca mengenai perihal "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" hasil daripada pengamatan Michael H. Hart. Mungkin biasanya apa yang bermain di benak fikiran kita mengenai "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" adalah orang-orang yang mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek dan itu pandangan yang positif. Berikut merupakan senarai 10 tangga teratas manusia yang paling berpengaruh iaitu:

1.    Nabi Muhammad SAW
2.    Sir Isaac Newton
3.    Nabi Isa a.s
4.    Siddharta Gautama
5.    Confucius
6.    St. Paulus
7.    Tsai Lun
8.    Johan Gutemburg
9.    Christopher Columbus
10.  Albert Einstein

Di atas ini merupakan diantara "top-ten" dan disini penulis mungkin boleh berkongsi pandangan mengenai senarai ini. Penulis memfokuskan manusia pada tangga yang pertama iaitu Nabi Muhammad SAW. Pada pemerhatian kita, tentu sekali kita merasa bangga sebagai umat Nabi SAW apabila melihat Nabi SAW dinobatkan di tangga yang teratas. Menurut pandangan Michael H. Hart dalam bukunya "The 100" yang diterbitkan di Amerika Syarikat, Nabi Muhammmad mendapat tempat yang pertama dalam senarai ini setelah dihitung dari dulu sehingga sekarang. Menurut Michael H. Hart lagi, Nabi Muhammad dinobatkan kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang baik dalam kegiatan keagamaan dan juga pemerintahan.


Buku "The 100, a ranking of the most influential persons in history" 


Namun, penulis menyokong segelintir pandangan ulama' untuk tidak mengiktiraf Nabi Muhammad dari dilibatkan dalam senarai ini kerana terdapat agenda di sebalik pengiktirafan ini. Ini kerana jikalau kita mengamati sebenar-benarnya senarai ini, ia seolah-olah "menidakkan" kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sebagai seorang manusia agung. Cuba kita fikirkan, bagaimana Nabi Muhammad yang "maksum" yakni terhindar dari melakukan dosa kecil mahupun besar dengan mendapat petunjuk wahyu dari ALlah SWT boleh dipertandingkan dalam satu kelompok dengan manusia biasa yang tidak terhindar dari melakukan kesilapan dan dosa seperti Sir Isaac Newton. 

Apa maksudnya?? Adakah Nabi Muhammad boleh dibanding-bandingkan dengan Sir Isaac Newton??? Jauh panggang dari api. Begitu halus musuh Islam dalam mengaburi mata umat Islam. Nabi Muhammad yang begitu agung dengan mukjizat dan sebagai kekasih ALlah. Nabi Muhammad darjatnya lebih tinggi, bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain yang ada dalam senarai "The 100" ini tidak layak untuk berada dalam senarai atau kelompok apatah lagi dibanding-bandingkan dengan insan yang bergelar Muhammad SAW.




RasuluLlah, kami menyintaimu...


Penulis merumuskan apabila umat Islam melihat senarai "The 100" ini mungkin akan berkata, "ALhamduliLlah, Nabi Muhammad diiktiraf oleh orang kafir juga sebagai insan paling berpengaruh di dunia", tapi apa kata musuh Islam?? Tentunya musuh Islam dan pihak Barat akan berkata, "Alah, Muhammad itu macam pemimpin lain juga seperti dalam The 100" dan ini akan merendahkan martabat RasuluLlah sebagai seorang Nabi.  Firman ALlah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ     

Maksudnya: "Dan tidaklah kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam . (Surah Al-Anbiya' ayat 107)

Nabi Muhammad berjaya dari segenap aspek namun keistimewaan "kenabian" yang ada pada RasuluLlah melebihi segala-galanya dan ciri-ciri kenabian inilah yang sangat membezakan RasuluLlah dari pemimpin dunia yang lain. Dan RasuluLlahlah merupakan contoh tauladan buat kita seperti firman ALlah SWT :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً       

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri (RasuluLlah) itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah. (Surah Al-Ahzab ayat 21)

p/s: Kita perlu mengambil iktibar dari "The 100" ini agar sentiasa berwaspada mengenai perkara ini dan "kenabian" RasuluLlah sebagai insan yang terulung patut kita pertahankan. Wallahu'alam.





1 response to "Agenda Di Sebalik "The 100""

  1. ibnu ismail said...
    December 29, 2010 at 1:43 AM

    kalau penulis "the 100" tu iktiraf nabi muhammad itu nabi dan tidak setaraf dgn 99 org yang lain, tidaklah namanya jadi michael hart. nama dia akan jadi mikail harun. ini pandangan seorang bukan islam. aku tak nampak ada agenda dlm hal ini.


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft