Salam alayk'.. "Wanita & Kepimpinan".. Tercetus idea di benak penulis untuk mengupas sedikit mengenai tajuk ini setelah mendapat inspirasi daripada blog "srikandi" ini.. Penulis mengetahui begitu banyak artikel yang mengupas mengenai mengenai tajuk ini mengikut gaya pandangan dan persepsi masing-masing namun entri ini lebih merujuk kepada pandangan adakah wanita itu sesuai menjadi ketua sesuatu organisasi. Seringkali kita sering mendengar kata-kata puitis mengenai wanita seperti "akal senipis rambutmu", "diciptakan dari tulang rusuk Bani Adam" dan "perhiasan dunia". Bagi pandangan penulis, memang benar kiasan itu namun bukanlah penulis ingin mengupas mengenai kata-kata yang pujangga ini..
Penulis teringat satu ketika dahulu apabila diherdik oleh insan-insan dari kaum Hawa apabila memberi pandangan tidak bersetuju mengangkat insan dari jantina tersebut untuk menjadi "ketua" dalam satu organisasi yang begitu penting kerana kaum Adam menjadi golongan minoriti dalam organisasi tersebut. "Zaiem, kau nie anti perempuankah??" luahan kata yang mengejutkan penulis. Namun, penulis menjelaskan bahawa untuk memberikan mandat kepada perempuan dalam memegang tampuk kepimpinan perlulah melihat kepada situasi organisasi itu sendiri dengan mendahulukan kaum Adam yang mempunyai kelayakan tanpa mengikut emosi atau assobiyyah jantina.
Penulis ingin menjelaskan bahawa secara khasnya, peranan wanita di dalam kepimpinan adalah terhad dan wanita tidak ada masalah untuk menceburkan diri di dalam arena kepimpinan. Penulis mengatakan peranannya terhad kerana terdapat kelemahan fitrah yang datang secara berkala iaitu seperti haid, nifas dan ketika mengandung sehingga menyebabkan perasaan seorang wanita terganggu dan emosi kadangkala menjadi kurang stabil dan impaknya sedikit sebanyak sangat besar terhadap apa yang dipimpinnya.
Firman Allah. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34). Ulama-ulama Islam mempunyai khilaf dalam memahami kehendak ayat di atas dan ada yang mengatakan ia memberi erti bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah hak mutlak lelaki oleh faktor kerana faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.
Faktor lain yang menceritakan kelemahan kepimpinan wanita adalah melalui cerita sejarah Islam iaitu ketika peperangan di Andalusia antara tentera Islam dan tentera Salib, tatkala seorang wanita dilantik menjadi panglima tentera Islam kerana ketangkasan dan kehebatannya. Maka, dia diamanahkan untuk memimpin sebuah angkatan tentera bagi menghadapi peperangan tersebut dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam dibawah pimpinannya. Namun, selepas peperangan itu dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang merupakan panglima tentera Salib Kristian dan begitu juga dengan sebaliknya. Maka, akhirnya wanita tersebut mengajak panglima lelaki Salib Kristian itu untuk memeluk Islam, namun panglima lelaki Kristian tersebut menolak dan panglima lelaki kristian itu mengajak pula panglima perempuan Islam itu masuk kristian serta akhirnya panglima perempuan Islam itu menerimanya dan ia telah murtad gara-gara cinta ataupun perasaan. Antara cerita lain pula, kisah sesebuah negara yang diperintah oleh dua orang ratu sehingga negara mereka musnah dan bagi konteks sesebuah negara hari ini, wanita tidak boleh memegang jawatan Presiden sesebuah negara. Dari sirah ini, kita juga dapat mengambil iktibar bahawa wanita tidak berkemampuan untuk menjadi 'ketua' contohnya seperti mereka tidak boleh dilantik untuk "menetapkan perkara-perkara dasar" sesuatu organisasi besar, namun mereka boleh membantu untuk "menggubal perkara-perkara dasar" itu bersama-sama.
p/s: Peranan wanita memang sangat diharapkan dalam memajukan umat Islam dan memimpin masyarakat Islam khususnya di kalangan wanita. Entri kali ini juga ditujukan kepada Sahabat Penulis yang setuju tajuk ini dikupas dan ditulis panjang2 seperti karangan BM sebab dia minat menulis panjang2.. :). Wasallam..
Maal Hijrah
2 years ago
salam
belum cukup panjang lagi. sangat pendek. aku setuju apa yang dikupas tentang kepimpinan antara lelaki dan perempuan. malah, aku pun pernah tulis tentang ini dalam artikel aku bertajuk "Nisa Wa Rijal" --> http://wardatulshaukah.blogspot.com/2009/07/nisa-wa-rijal.html
memanglah tidak layak sekiranya wanita dijadikan pemimpin dalam 3 hal: peperangan, pemerintah negara, dan solat (kalau di antara makmum perempuan dan lelaki). sebaliknya boleh menjadi pemimpin solat di kalangan makmum perempuan saja.
itu memang tidak dapat dipertikaikan kerana ianya disebut oleh Rasulullah. kerana ianya melibatkan kudrat fizikal dan pertahanan emosi dan mental. maka, Rasulullah tidak pernah membenarkan ada di kalangan wanita yang menjadi pemimpin untuk negara dan peperangan. itu sedia maklum..
tapi, bagi aku tak apalah kalau ada di kalangan wanita yang diberi peluang untuk berjawatan dalam sesebuah jemaah. jemaah diperlukan kedua-duanya. walaupun kalau dilihat lelaki sangat berkelayakan dalam bidang tersebut, tetapi selagi kepercayaan orang terhadapnya (perempuan) lebih tinggi, maka apa salahnya diberikan kepada amanah itu kepada wanita?
dalam sebuah jemaah, kerjasama di antara lelaki & perempuan akan menjadi semakin kuat kalau kedua-dua pihak bertindak bertolak ansur tanpa mengendahkan isu berlainan jantina. dengan sikap wanita yang lembut dan emosi & lelaki yang kasar tetapi bijak.
kata Prof dr Hamka;
"Perempuan lebih kuat perasaannya. Lelaki lebih kuat fikirannya. Kekukuhan sebuah rumahtangga perlulah ditimbangi dengan perasaan dan fikirannya. Siapa lagi yang membimbing perasaan kalau bukan fikiran?"
cuba hayati kata-kata Prof dr Hamka tu. lelaki tak boleh bergerak sendiri tanpa emosi halus yang dimiliki perempuan. perempuan juga tak boleh bergerak sendiri tanpa timbangan akal tajam yang dimiliki lelaki.
huhu.. amek ko, punya panjang aku komen. haha... just my 2 cents ;)
wallahu'alam.
salam..
wahh,panjangnya komen kak tini..kalah komen akhi kat blog dia..
humm, sekarang ni dah ramai kaum hawa yang berminat dal hal2 kepimpinan.. bagaimana pula kalau dalam sesebuah organisasi, apabila harus pilih antara perempuan atau lelaki sebagai pemimpin, calon perempuan lebih terserlah sifat kepimpinannya??
p/s: apa kaitan entry ni dengan entry terbaru kak tini?
to Wardatul Shaukah:
Terima kasih atas pandangan, tapi perlu tahu bahawa entri tersebut tidak menyekat wanita untuk memegang jawatan apa-apa di dalam sesebuah organisasi kecuali jawatan 'ketua'. Contohnya dlm konteks pemilihan 'ketua', biar macamanapun pandangan kepercayaan thdp wanita lebih tinggi dr lelaki dlm sesuatu jamaah namun lelaki yang perlu didahulukan utk dilantik kecuali jika jamaah tu xda lelaki dah, barulah lantik perempuan. Adakah bakat kepimpinan seorang lelaki tidak boleh ditonjolkan apabila dia memegang jawatan ketua? Apa peranan kita selaku ahli organisasi kalo tidak dapat "push-up" ketua?
Namun utk jawatan2 selain ketua dlm sesuatu organisasi, wanita dibolehkan mengikut untuk memegangnya..
Komen yang ditulis agak baik sbb menerangkan ttg toleransi yg diperlukan dlm satu jamaah antara lelaki n wanita yakni kerjasama yg sepenuhnya.
Bagi penulis, amat menyokong kata-kata dr. Hamka ttg kekuatan perasaan wanita namun wardatul shaukah patut menerangkan apa manfaat yg diterima dr perasaan halus itu thdp gerakkerja dan sejauh mana ia boleh diterima sbg satu hujah sebab emosi sering melanda wanita dengan kelemahan fitrah yg ada.. Nah, amek ko..jawab3x?? :)
to Pencinta Bahasa
Wah, nampaknya pencinta bahasa merupakan fan wardatulshaukah.. hehe..
Merujuk kpd persoalan "bagaimana pula kalau dalam sesebuah organisasi, apabila harus pilih antara perempuan atau lelaki sebagai pemimpin, calon perempuan lebih terserlah sifat kepimpinannya??".
Kena tahu, pemimin dlm organisasi satu istilah yg besa, cuma yg membezakan mereka adalah dimana platform jawatan yang mereka akan diletakkan sbb byk benda kena diliha spt aspek jantina, bakat kepimpinan n kemahiran, bil ahli dll.. Cuma penulis hanya boleh beri pandangan apabila diberitahu soalan yang khas dalam situasi2 tertentu..
dalam sesebuah jemaah, lelaki dan perempuan memainkan peranan yang penting. perempuan - lebih lembut dan perasaan emosilah lebih banyak membantu lelaki dalam menyelesaikan masalah. bukan semua perempuan yang cepat emosi. emosi ada negatif, ada positif. bukan semua perempuan beremosi negatif. contohnya, bila lelaki ingin berdakwah (cth: menegur ke mana2 tentang isu sosial), dengan sikap lelaki yang kasar dan panas baran, tetapi perempuan adalah kontranya. perempuan akan berlaku lembut. jadi, aplikasikanlah ayat2 Prof dr Hamka tu dalam jemaah, kepimpinan dan sebagainya melibatkan kedua-dua jantina diperlukan. itu bukan hanya merujuk kepada perkahwinan saja. tapi aplikasikan dengan semua hal. confirm tak ada salah faham.
aku setuju dengan kau yang lelaki mesti didahulukan untuk menjadi ketua. tapi bukan mau cakap apalah. kebanyakan aku tengok lelaki sekarang ni lebih penyegan dan pemalu sampaikan, lebih banyak perempuan yang volunteer untuk jadi ketua. lelaki hanya melihat sajakah? jadi, lelaki kenalah menampakkan diri sebagai pemimpin yang teratas, dan lebih berkebolehan berbanding perempuan. tapi kalau semua lelaki betapuk di belakang, siapa yang yakin dengan dia? diri sendiri tak yakin dengan diri sendiri. itu silap lelaki sendiri la kan.
so, kalau dalam organisasi, bila ada pemilihan ketua tu, kaulah kena volunteer if tiada sudah lelaki yang mahu jadi ketua. jangan tunggu perempuan pula. sekarang, perempuan semakin berani tau. bukan apa, kadang-kadang melihat lelaki yang pengecut untuk tampil, menyebabkan perempuan semakin bengang, kerana macam mana pun seorang perempuan itu, dia tetap bergantung dengan lelaki. tidak kiralah lelaki macam mana pun.
wallahu 'alam.
to Wardatul Shaukah
Aku setuju dgn pandangan kau ttg kata-kata dr.Hamka tu. Cuma, pandangan ttg lelaki penyegan itu cuma persepsi sahaja.
Lelaki sebenarnya tidak penyegan cuma tidak mahu terburu-buru dan merendah diri. Ada betulnya ttg perempuan kini lebih ramai yg men'volunteerkan' diri mereka menjadi ketua. Ini mungkin kerana keyakinan serta semangat yang ada pada diri mereka tatkala persaan halus yang sentiasa menyelubungi diri mereka.
Namun, bagi kaum lelaki.. mereka akan berfikir jauh ke hadapan sebelum menerima sesuatu jawatan yang dikira "amanah". Amanah ini sangat berat dan seseorang lelaki yang berhadapan dengan pilihan jawatan pastinya akan memikirkan 10 kali adakah ia patut mengambil jawatan itu atau sebaliknya.
Penulis di sini membenarkan kata-kata prof dr. Hamka td sebagaimana maksudnya "wanita lebih kuat perasaannya, lelaki lebih kuat fikirannya". Ini bererti tidak timbul isu penyegan atau pemalu, cuma lelaki lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan fikirannya berbanding keputusan tergesa-gesa jika hanya mengikut perasaan.
Bagiku, amanah itu datang drpd ALlah dan apabila ia telah sampai kepadaku..maka akanku sempurnakan sehabis baik kerana jika kuserahkan amanah ini kepada orang lain, takut gerakkerja perlahan dan akan menanggung dosa.. :)
Yang berhormat;
Lelaki lebih cekap berbanding wanita, kerana Allah berkehendak melebihkan mereka berbanding sebahgian yang lain dan Allah berkehendak agar kaum lelaki itu memikul tanggungjawab menginfakkan sebahagian harta mereka.
Bukan sedikit tanggungjawab lelaki. Berat! Bersyukur kerana ditakdirkan menjadi wanita. ^_^
Apa kata ada wanita yang membantu meringankan tanggungjawab itu, supaya agama Allah ini sama-sama dibela.
Sebenarnya Allah berkehendak supaya lelaki yang cekap dan wanita yang mencintai agamanya untuk memimpin umat ini mematuhi ajaran Al-Quran dan as-sunnah.
Saya tidak menjumpai dalil yang melarang wanita menjadi ketua atau pemimpin kepada lelaki secara total, jadi saya membangkang kenyataan itu.
Maha suci Allah yang Maha Adil, apa yang dikehendaki adalah keikhlasan membawa kebenaran untuk menegakkan keadilan.
Sedikit perkongsian.
Wallahua'lam.