Salam alayk'.. hari ini, negara diwarnai dengan demonstrasi membantah kerajaan Mesir yang kian menjadi boneka @ proksi kepada Yahudi. Seperti yang dimaklumkan oleh media massa, memang benar sebahagian peserta konvoi VIVA Palestine telah berjaya memasuki GAZA setelah desakan dari ummat Islam di seluruh dunia . Walaupun begitu , Himpunan Aman dan penyerahan memorandum ke Kedutaan Mesir tetap diteruskan kerana masih banyak tuntutan ummat Islam dunia yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan Mesir.
Sebagai contoh Mesir masih lagi meneruskan usaha membina tembok konkrit sepanjang 6 KM membentengi sempadan Mesir - Palestine dan ianya jelas membuktikan Mesir merelakan diri untuk menjadi boneka kepada Israel . Tindakan membina tembok tersebut sekali gus seperti membina sebuah penjara besar bagi ummat Islam Palestine yang senantiasa menjadi mangsa keganasan Yahudi Israel Laknatullah .
Sikap dan Layanan buruk yang diberikan oleh Mesir ke atas rombongan konvoi VIVA Palestine yang berkelana dalam siri kempen membebaskan Palestine , mesti dibantah agar ia menjadi peringatan kepada kerajaan Mesir selepas ini agar tidak mempermainkan kesengsaraan dan penderitaan ummat Islam di Palestine .
Antara desakan kita ialah menggesa supaya Mesir benar - benar memainkan peranan sebagai sebuah negara yang mampu membela nasib ummat Islam yang sering ditindas dan dianiaya oleh Israel . Sebagai sebuah negara ummat Islam yang besar dan bersempadan dengan Palestine , ia menjadi tanggungjawab penting dan utama bagi kerajaan Mesir . Berikut merupakan gambar sekitar demonstrasi di ibu negara dan Kota Kinabalu
Situasi di Masjid Ampang menuju ke Pejabat Kedutaan Mesir..
Situasi di Kota Kinabalu..
Penulis (berjaket hitam) memegang banner bersama para peserta demonstrasi yang lain
Jemaah masjid berkumpul beramai-ramai bagi menyertai demonstrasi di Masjid SDA ini.
Orang ramai berkumpul..
Peserta demonstrasi berkumpul!
Bendera Israel LaknatuLlah dibakar
p/s: Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad! Wa Saufa Yahud! Ingat Wahai Yahudi, Tentera Muhammad Sudah Datang!
ya ALLAH..kenapa ini semua terjadi kpd umat islam..??knp seharusnya umat islam itu mengkhianati sesama sendiri..??ini tidak sepatutnya terjadi di kalangan umat islam..tetapi kita di malaysia mesti berusaha membantu saudara seislam kita di palestin walau apa pun terjadi..insyaALLAH..
to Ummul Izzatin Mardhiah Ab.Ghafar
Adakah rintihan seperti ini dapat membantu mereka di Palestin? Kerajaan Mesir kini menjadi boneka Zionis.. Apabila sifat 'wahan' masuk ke dalam diri org Islam hari ini, maka terjadilah seperti apa yg berlaku di Gaza.
Kebanyakan umat Islam hari ini terkena (ghazwatul fikr)yakni serangan pemikiran.. Kini, yang menjalankan kerja-kerja memusnahkan Islam bukn lagi Yahudi tapi org2 Islam sendiri yang terkena serangan ini iaitu pemikiran sekularisma, nasionalisme dll..
Apabila mengangkat bangsa dan darah keturunan mendahului agama, maka inilah jadinya..
Al Quds lanaa..Insya-Allah
to Penduga Arus:
Ya ALlah tuan, lama tak dengar kabar.. Bila balik Sabah tuan? Kirim salam dgn Ust Hairul Nizam kat Mesir ya..