Salam alayk'.. ISTAK merupakan minuman yang sekali dilihat pada bentuk dan rupanya seakan-akan arak @ beer. Namun, ISTAK bukan sebegitu bahkan ia merupakan minuman non-alkohol buatan Iran. Penjualan ISTAK kini begitu meluas sehingga mendapat sambutan begitu hangat daripada orang Muslim atau non-Muslim. Rekabentuk pada tin @ botol minuman ISTAK yang mirip seperti arak menjadi tumpuan dan membuatkan masyarakat teruja apabila ia merupakan minuman 'HALAL' yang sedikitpun tidak mengandungi alkohol.
ISTAK kini merupakan satu fenomena di Sabah apabila negeri yang majoritinya kaum Kadazan yang yang sebahagian besarnya sudah sebati dengan arak @ tapai dari kalangan non Muslim. Namun, dengan adanya ISTAK ini yang dijangka menjadi minuman alternatif, penulis percaya bahawa angin perubahan dari arak, tapai dan montoku kepada ISTAK akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Kini, ISTAK dipromosi ke kedai-kedai runcit di pedalaman Sabah seperti di Kundasang, Ranau dan mendapat sambutan yang hangat daripada pekedai-pekedai runcit. Ini merupakan satu langkah yang baik dalam membendung gejala minum arak dari kalangan masyarakat khususnya yang Muslim kerana ia satu jenayah dalam Islam.
ISTAK, "non alcoholic beer"
Assalamu'alaikum...Bagus juga tu sheikh. Tapi adalah diingatkan bagi yang meminumnya, jangan mau trip minum arak pula. Situasinya jatuh haram nanti!
haha.. adush.. minuman nih.. penah sekali minum kt likas.. waiter tu promote minuman nih.. n waiter tuh org suluk.. then loghatnya pun lain sikit laa.. then dia kata..
"ada minuman baru bang... minuman arak.. tapi tiada alkohol.. Stakk.."
kitaorg tekejut.. ha?? Ko mau bagi kami minum arak?? Adushh..
tengok2 minuman jenis baru pulak.. hihi...
tastenyaa...... emmm... ok2 laa.. hehe..
to Ikhwan Nain:
Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyALlah.. kita usaha yang termampu di peringkat kita, tp itu terpulang pada peringkat individu dan semoga mereka ada kesedaran..
to Ibnu Saif:
Semua pun terkejut bila tgk ISTAk nie sbb rupanya spt beer, tp insyALlah ianya halal.. :)
hmm...satu revolusi yg pasti ade baiknye... namun mgkn ade buruknya... tp, waqi' kta nk mmbwa msyrkt berubah prlukn langkah yg pertama.. teruskan langkah ayyuhal jundullah!
salam,
topik ini menarik utk diperkatakan. tapi saya mahu bercakap dr segi kimia dia. beer tanpa alkohol biasa dikelaskan sbg kurang dari 0.05% alkohol kalau di britain. di us pula 0.5%.
tapi sayang saya tak jumpa takrifan yg mengatakan bagaimana beer tanpa alkohol yg sebenar. kita perlu ingat tiada istilah sebenar "absolute zero". dan saya juga tidak tahu bagaimana Istak disediakan.
seperti yg kita tahu semua minuman alkohol disediakan dr proses penapaian. jadi hasilnya kita dapat beer kalau guna barli. kita perlu ingat hasil penapaian tadi akan mengandungi air dan alkohol. maksimum alkohol yg boleh terbentuk adalah 12%.
jadi satu lagi proses diperlukan utk utk memisahkan air dgn alkohol tersebut. saya tak tahu apa proses digunakan oleh istak. cuma saya terbayangkan penyulingan. sbb takat didih alhohol lebih rendah dari air.
alkohol yg disuling tadi akan menjadi spirit dan cuma air(malta atau istak sbgnya?) yg tinggal. saya percaya cara begini digunakan utk menyedia istak dan minuman sejenisnya.
maaf saya masuk ke persoalan agama. mengapakah Allah mengharamkan arak? pada saya arak dan alkohol dua benda yg berlainan. cuma perkataan alkohol disalahgunakan dlm konteks arak ini. selain minuman alkohol, alkohol/ethanol byk digunakan dlm benda lain. tiada isu haram dibangkitkan utk kegunaan ini.
kalau saya mahu berpandangan ekstrim tentu istak tidak boleh diminum kerana asalnya memg bercampur dgn alkohol. tapi sbb larangan Allah ke atas arak/khamar (bukan alkohol) tentunya kerana kesan akibat dari meminum arak tersebut.
kalau tidak masakan tapai pulut/ubi begitu diminati oleh org islam dan melayu.
untuk yg berminat nak tahu pasal arak/alkohol dan bagaimana memabukkan boleh tengok di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Alcoholic_beverage
http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/81372-bagaimana-arak-memabukkan.html