Salam alayk'.. Majlis Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Pusat Dagangan Sabah di Likas. Konvokesyen ini membabitkan hampir 20 buah PASTI sekitar Pantai Barat Selatan. Dalam majlis tersebut, kira-kira 600 orang tetamu telah hadir dan majoritinya adalah dari kalangan ibubapa pelajar PASTI serta graduan yang akan menamatkan pengajian di PASTI kira-kira lebih 200 orang pelajar.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdra. Lahirul Latigu. Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah Pengarah PASTI Negeri Sabah, YDP PAS Kawasan Sepanggar dan YDP PAS Kawasan Putatan serta isteri kepada Dato Hasbullah Taha.
Penulis (berbaju melayu) bersama Ust Hafiz (berbaju t-shirt Unit Amal)
Para ''graduan'' konvokesyen sedang berdebar-debar untuk menerima sijil
Graduan konvokesyen dan diantaranya adalah anak blogger Abu Nuha Corner
Gerai jualan serbaneka barang-barang muslim
Keriuhan para graduan dirasai
Penulis sedang berbicara bersama sahabat yang sedang menderma darah
PASTi kini telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat Sabah. Di Sabah sahaja, lebih 40 buah PASTI telah beroperasi dan juga terdapat sebuah PASTI yang mempunyai 100% pelajar non muslim dan guru non muslim. Ini bermakna, sistem pendidikan PASTI telah diterima oleh semua pihak dalam memartabatkan institusi pendidikan pra-sekolah bagi kanak-kanak.
p/s: Penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana gambar-gambar yang ana 'attach' dalam entri kali ini semua ihsan dari blog Abu Nuha Corner dan Albelurani.. Penulis tidak mempunyai kamera peribadi sekarang ini..
alahai comel-comelnya budak2 ni..teringat plak zaman budak2 dulu..hehe..mereka ini adalah mujahid dan mujahidah islam..jd,didik dan bimbinglah mereka dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi orang yg berguna dewasa kelak..insyaALLAH..
to ummul izzatin mardhaih ab.ghafar
InsyALlah.. lita cuba mengasuh merka dari kecil dengan penerapan cara hidup Islam.. semoga mereka dapat mengembalikan sinar Islam pada masa hadapan.. insyaALlah..
salam...comelnya budak2 kecik ni.. teringat anak2 murid masa praktikal yg lepas.
semoga acuan yg dibawa di PASTI dapat bentuk adik2 mendaki tangga maratib amal. ameen