skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam

6 Orang Mengulas

Salam alayk.. "Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam". Itulah tajuk entri yang menghiasi blog penulis kali ini. Bagi suku kaum Kadazan Dusun non Muslim di Sabah, montoku dan lihing merupaka sesuatu hidangan yg penting terutama apabila ada majlis-majis keramaian ataupun perayaan. Kedua-duanya merupakan sejenis minuman yang memabukkan dan termasuk di dalam ketegori 'ARAK'.


Lihing, minuman memabukkan

Dalam kehidupan yang berbilang kaum di Sabah ini, montoku dan lihing tidak menjadi masalah bagi umat Islam kerana ia fenomena biasa untuk menghormati adat dan budaya masyarakat setempat khususnya kaum kadazan dusun selagi ia dalam kawalan. Namun, apa yang perlu dikhuatirkan di sini apabila terdapatnya kedai-kedai runcit yang menjual montoku dan lihing secara terbuka. Hal ini perlu kita lihat secara serius kerana penjualan barang-barang memabukkan seperti arak memerlukan lesen dan tidak boleh dijual sewenang-wenangnya.

Penjualan montoku dan lihing tanpa kita sedari memberi ancaman kepada remaja Islam. Seperti yang kita ketahui, dalam usia remaja inilah merupakan laluan sukar bagi seseorang individu kerana terdedahnya kepada gejala-gejala sosial yang merumitkan.

Penulis pernah melalui sebuah kedai runcit yang menjual montoku dan lihing secara terbuka, apa yang menyedihkan adalah diantara pelanggan yang membeli minuman ini adalah 4 orang pelajar sekolah menengah yang lengkap beruniform dan berbeg. Ini satu perkara yang serius! Tambah-tambahan lagi, pelajar berkenaan dari riak mukanya beragama Islam. Apabila penulis mendatangi mereka, mereka dengan pantas menyembunyikan botol minuman tersebut ke dalam beg.

Gejala ini kian menular dan mengancam remaja Islam khususnya di bumi Sabah. Cuba kita fikirkan, jika perkara ini berlaku di kawasan bandar, macam mana pula dengan remaja yang tinggal di kawasan luar bandar? adakah mereka lebih teruk dari ini?

p/s: Semoga pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan dalam membendung penjualan minuman memabukkan ini. Sesungguhnya arak adalah raja kejahatan.!!





6 responses to "Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam"

  1. KhaTijah said...
    November 6, 2009 at 4:19 PM

    salam ukhuwwah fillah..
    andai lapangan antumna di kawasan pendalaman..
    di pendalaman sarawak..lapangan nahnu dahulu..
    bukan sahaja pelajar..
    lihat pada guru2 muslim yg dtg dari semennjung.. rosak..
    istighfar biler tau realiti..
    itulah pentingnya ilmu agama dan iman sebagai bekalan...
    wallhua'lam

    ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    November 6, 2009 at 9:28 PM
    This comment has been removed by the author.
    ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    November 7, 2009 at 3:00 PM

    astaghfirullahala'zim..mcm2 perkara yg terjadi ke ats remaja islam skrg ni akibat dari kurang kefahaman dan didikan ilmu agama ..ini merupakan cabaran dan dugaan yg dihadapi oleh mereka yg melalui alam remaja..memang mnjadi lumrah kehidupan,semakin kita meningkat dewasa,semakin besar ujian dan cabarannya..cuma kita sebagai manusia perlu bijak dalam menghadapi segala ujian tersebut serta mampu menghindari dan menepis diri dari segala perkara 'lagho' yg boleh membawa kita ke jln kegelapan dgn selalu mndktkan diri kpd RABBUL JALIL AZZA WAJALLA..supaya sentiasa berada di dlm perlindunganNYA..INSYAALLAH..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    November 7, 2009 at 4:00 PM

    to KhatijahIbrahim

    salam ukhuwwahfillah kembali.. itulah realiti hari ini. Apabila keimanan pada sesorang individu goncang, maka ia akan mudah dipengaruhi oleh faktor sekeliling.

    to ummul izzatin mardiah ab.ghafar

    Betul cakap ummul tu, yg penting sekali kita yang dah faham nie kena terjun ke medan dakwah untuk bersama-sama membentuk remaja agar terhindar dari perbuatan yg mendatangkan kemurkaan ALlah..

    annisaNazifa said...
    November 9, 2009 at 12:56 AM

    Makin hebat pembongkaran demi pembongkaran....
    Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menyebar-luaskan cahaya Islam di Bumi Sabah sedikit masa lagi...

    Teruskan menulis untuk Islam..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    November 10, 2009 at 10:39 AM

    to AnnisaNazifa

    InsyALlah.. Pembongkaran dei pembongkaran perlu dilakukan demi umat Islam. Ini merupakan realiti yang patut umat Islam di Sabah sedari dan waspada ke atas perkara sebegini..


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft