skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Hilangnya Sebutir Permata...

4 Orang Mengulas


Salam alayk'.. "terkejut bila mendengarnya, hati rasa berat melepaskannya" ibarat sebutir permata berharga yang hilang begitu sahaja. Inilah luahan hati penulis mendengar perpindahan seorang mujahid ataupun da'ie iaitu Al-Fadhil Ust Hafizullah Ubaidillah ke Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang ulamak muda yang kaya dengan ilmu agama dan harakinya.


Giat dalam membantu masyarakat bersama Unit AMAL

Penulis teringat saat awal mengenali Ust Hafiz iaitu pada 6 tahun yang lepas. Ketika itu, penulis masih menuntut di sekolah menengah dan mewakili sekolah ke Majlis Tadarus Quran (MTQ) dalam pertandingan Syarahan Bahasa Arab. Dalam majlis tersebut, penulis sempat berkenalan dengan Ust Hafizullah yang juga merupakan hakim bagi pertandingan tersebut.


Sang murabbi, Ust Hafizullah

2 tahun penulis melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan apabila balik ke bumi Sabah, ALlah mengizinkan penulis untuk bertemu dengan Ust Hafizullah kali ini sebagai guru dan sahabat seperjuangan dalam jamaah Islam. ALhamduliLlah, Ust Hafizullah juga merupakan naqib kepada penulis di dalam usrah dan amat banyak ilmu yang dikongsi oleh beliau kepada penulis.


Ust Hafizullah bersama anak-anaknya


Ust Hafizullah juga digelar "Mursyidul Am Sepanggar"oleh sahabat-sahabat seperjuangan lantaran ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama. Baru-baru ini, penulis bersama para sahabat ada mengadakan majlis perpisahan bagi mengenang jasa Ust Hafizullah dan dalam majlis tersebut, Ust Hafizullah telah menyampaikan kuliyyah yang begitu sayu mengenai kisah Bilal Bin Rabah yang meninggalkan Kota Madinah setelah kewafatan RasuluLlah.. Ust Hafizullah telah mengupas kisah ini sebagai tanda memujuk hati-hati para hadirin dalam majlis berkenaan yang majoritinya berat hati untuk melepaskan Ust Hafizullah untuk berpindah, namun semua akhirnya redha dengan ketentuan ILlahi..

p/s: Semoga Ust Hafizullah meneruskan perjuangan di Pulau Pinang. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas curahan ilmu yang diberikan sehingga penulis berada ditahap ini.. ALhamduliLlah.. Teruskan berbakti untuk perjuangan Islam dan pastikan matlamat untuk mengIslamkan KM Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng menjadi kenyataan. Takbir!!





4 responses to "Hilangnya Sebutir Permata..."

  1. ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    November 28, 2009 at 5:53 PM

    masyaALLAH..sedihnya bila mendengar berita tentang perpindahan ustaz hafiz..hilanglah sebutir bintang yg berkerlipan yg menyinari negeri di bawah bayu ini..ada hikmah di sebalik semua ini..yang termampu kita lakukan ialah doakan beliau supaya beliau temui kejayaan di dunia dan akhirat..insyaALLAH..

    ainim said...
    December 4, 2009 at 10:04 PM

    SEMOGA USTAZ HAFIZULLAH BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.. AMIN.. TERUSKAN PERJUANGAN...

    Ibnu Saif said...
    December 25, 2009 at 5:33 AM

    Fuhh.... igtkan Ustaz kembali ke rahmatullah tadi.. huhu.. Allergic ckit bab2 kematian nih.. Bukan apa.. baru jak kehilangan seorang sahabat/teman/sheikh baa sini nih.. tu yang tekejut gak baca intro post nih.. hehe.. Al-Fatihah buat beliau..

    Semoga Ustaz Hafizullah akan terus berjaya di dunia dan di akhirat.. Amennn ya Rabb...

    n.u.r m.i.e.r.a said...
    January 9, 2010 at 6:51 PM

    memang berat hendak melepaskan seorang ustaz yg banyak memberi pengajaran kepada kami semua di SMK P Likas semoga allah diredhainya...


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft