ALhamduliLlah.. syukur ke hadrat ALlah SWT atas segala nikmat. Selawat dan salam keatas kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda pada hari kiamat kelak.
PSS, memartabatkan Islam di bumi Sabah
Baru-baru ini, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sebuah organisasi yakni NGO Islam telah mengadakan Mesyuarat Agung. Syukur ke hadrat ILlahi kerana dalam mesyuarat itu, pelbagai cadangan dan respon positif serta penambahbaikkan yang disuarakan daripada perwakilan dalam organisasi. Apa yang membanggakan adalah kebanyakan perwakilan mencetuskan idea-idea baru yang mana memberi manfaat dalam meneruskan usaha-usaha dakwah di bumi Sabah bagi jangka masa pendek dan panjang.
Program PSS
Dari pandangan penulis secara peribadi, segala suara perwakilan yang hadir menunjukkan bahawa "da'ie-da'ie muda" ini telah melalui proses kematangan dalam jalan dakwah sehingga dapat mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas dalam membentuk strategi-strategi dakwah yang lebih berkesan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kini, Persatuan Siswazah Sabah mempunyai organisasi yang mantap dimana ianya terdiri daripada pemimpin-pemimpin Islam dari kalangan siswazah Islam yang berwibawa. Kini, Persatuan Siswazah Sabah mempunyai banyak PSS Cawangan seperti di Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Ranau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Perkembangan dakwah dan kebajikan Islam melalui PSS telah melahirkan kelab remaja iaitu Kelab Remaja UKhuwwah (KRU) dalam usaha memartabatkan Islam di bumi Sabah khususnya.
PSS kini akan lebih gagah melangkah dengan bernaung di bawah Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dimana organisasi ini akan lebih lantang bersuara dan ke hadapan dalam membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.
PSS kini akan lebih gagah melangkah dengan bernaung di bawah Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dimana organisasi ini akan lebih lantang bersuara dan ke hadapan dalam membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.
p/s: Semoga PSS terus maju!! Teruskan perjuangan..
assalamualaikum..sama2lah kita berdoa supaya remaja2 dan dai'e2 muda skrg agar terus berada diatas landasan siratulmustaqim walaupun skrg ni kita lihat ramai anak2 muda yg tidak mengamalkan ajaran islam dlm kehidupan mereka..jgn jdkan umur sebagai penghalang utk kita mnjalankn gerak kerja dakwah..sebarkanlah dakwah semampu yg boleh..jika kita brsungguh2 utk melakukannya..ALLAH akn memprmudahkn jalannya..'La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha' yg brmaksud..ALLAH tdk membebani seseorang melainkn sesuai dgn kesanggupannya..
to ummul izzatin mardiah ab ghafar
Wa'alaykumussalam w.b.t.. betul apa yang dikatakan oleh ummul. Kita harus membuat kerja-kerja dakwah Islam tidak kira umur. Sepatutnya, kita dari sejak remaja harus membiasakan diri agar tidak terjebak ke arah perlakuan negatif..