skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Rotary Club Kian Agresif di Sabah..

7 Orang Mengulas


Salam alayk'.. penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana hampir 2 minggu penulis tidak me'mosting' entri baru.. Ini kerana, penulis memberi komitmen sepenuhnya kepada aktiviti luar dan mempunyai kekangan masa untuk melayari alam maya.

Entri kali ini bersambung dari entri yang sebelumnya iaitu mengenai kelab Yahudi di Sabah iaitu Rotary Club. Hasil pemantauan penulis, dalam ke'senyap'an pergerakan kelab itu selama ini, tiba-tiba penulis dikejutkan dengan tindakan agresif kelab ini dengan keberanian mereka meng'iklan'kan program-program mereka di 'bill board'.



Kuil Yahudi (freemason) berdekatan dengan 'billboard' Rotary Club



Pandangan kuil Yahudi dari jauh

Ini merupakan satu ancaman yang besar terhadap umat Islam kerana entri sebelum ini penulis telah mengupas misi kelab ini iaitu untuk melonggarkan pegangan akidah umat Islam secara halus. Namun, tidak ada mana-mana pihak yang berani kehadapan untuk tampil bagi menyekat kemaraan kelab ini.

Dua minggu yang lepas, penulis bersama 8 0rang sahabat melakukan Jelajah Dakwah ke bumi Keningau. Dengan menaiki 4 buah motorsikal dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Gunung Emas, dapatlah penulis bersama sahabat yang lain meninjau panorama kehidupan masyarakat di bahagian luar bandar secara dekat, namun apa yang menjadi kerisauan penulis apabila terdapatnya iklan "Rotary Club" pada billboard area perkampungan yang ada di sekitar Gunung Emas. Iklan itu menerangkan mengenai projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Rotary Club. Sedangkan kelab yang merosakkan aqidah ini boleh bergiat dgn penuh aktif, macamana pula dengan pengorbanan kita sebagai umat Islam??

p/s: Adakah kita akan biarkan kelab ini terus terserlah dan sewenang-wenangnya menjalankan program mereka? Apa tindakan yang kita ambil khususnya para pejuang Islam di Sabah??





7 responses to "Rotary Club Kian Agresif di Sabah.."

  1. KhaTijah said...
    October 30, 2009 at 3:14 PM

    salam..
    dari dulu lagi diorg bekerja.
    biler tgok The Arrival tntng projek dajjal bleh wat insan besa rasa geram, inikan para dhuat..
    herm, memang geram..
    dalam geram jgn diam terus berkerja..
    takbir.. Allahuakhbar!!!
    smgt plak..
    eh penting tu..
    Allahuakhbar!!
    suka blog ni.. wat ana alert..

    ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    October 31, 2009 at 9:46 AM

    masyaallah..nampaknya mereka makin bertindak liar dan lebih berani skrg..tetapi..kita umat islam kena lebih lebih dan lebih berani lg dari mereka kerana islam ini membawa ajaran dan risalah yg benar yg diutuskn oleh ALLAH azzawajalla kpd RASULULLAH utk disampaikn kpd seluruh umat islam..jd..bangkitlah islam..jangan terus berada dlm kegelapan dan hanya menutup mata terhadap apa yg berlaku kpd agama kita skrg ni..haiya muslimin dan muslimat sekalian..berkorbanlh demi islam..!!by the way..nk cakap..jauh jugak berjalan naik motor dri KK ke Keningau tu..tp bagus gak..dpt menikmati keindahan alam yg dicipta oleh ALLAH MAHA ESA..apa2 pun tahniah ats entri kali ni walaupun dh lama x update kan..

    ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    October 31, 2009 at 9:47 AM
    This comment has been removed by the author.
    Zaiem Al-Hilmee said...
    October 31, 2009 at 7:51 PM

    to KhatijahIbrahim

    Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyALlalah.. betul cakap ntee tu.. perkara ini ada hikmahnya dan kita kena terus kuat bekerja utk memantapkan aqidah ummah. Semangat! sama2 kita mengingatkan each other. itu yg terbaik bagi seorang muslim.

    Zaiem Al-Hilmee said...
    October 31, 2009 at 7:54 PM

    to ummul izzatin mardhiah ab.ghafar

    Eya.. betul cakap ummul tu.. kita kena bangkita dari kelesuan ini.. Eya, rasa jauh juga.. tp, untuk gerakkerja dakwah ALlah permudahkan.. "ALlah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya".. :)

    Pena_Daie said...
    November 1, 2009 at 3:10 PM

    assalamualaikum..

    Ana terkejut. tergamam.
    Betapa langkah mereka telah semakin jauh meninggalkan kita.

    ana menyeru pada semua yang berkudrat, masih berkemampuan dari aspek apa pun, marilah kita menyokong gerakan-gerakan ISLAM, dan terus melaburkan apa sahaja yang ada untuk kelancaran dakwah dan Islah..

    KEKUATAN KITA , KITA ADA ALLAH...USaH TAKUT MENEGAKKAN KEBENARAN.

    Zaiem Al-Hilmee said...
    November 2, 2009 at 5:04 PM

    to Pena_Daie

    Betul, tp bukan sahaja menjadi penyokong, tp kita kena jd pendokong gerakan Islam. Umat Islam di Malaysia ini hidup dengan penuh kemewahan sehingga lalai dengan penindasan thdp umat Islam di tmpt lain. Apa yg disabdakan oleh nabi ttg umat Islam kini diratah oleh bangsa lain kini menjadi kenyataan. Sedarilah ttg hal ini..


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft