Salam alayk'.. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui kewujudan PMRAM ataupun nama penuhnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. PMRAM telah tertubuh semenjak tahun 1930 lagi di bumi Mesir dan menggunakan nama PPS pada awalnya, seterusnya PMM, PMRAB dan akhirnya PMRAM yang kekal sehingga sekarang. PMRAM merupakan satu gerakan dakwah yang terdiri dari anak-anak Melayu dan pada masa yang sama ia menjaga kebajikan seluruh anak-anak Malaysia yang belajar di bumi Mesir khususnya.
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa penulis me'mosting'kan entri kali ini mengenai PMRAM. Jawapan penulis adalah supaya para blogger dan rakyat Malaysia khususnya dapat bersama-sama menyokong usaha PMRAM dalam menjalankan kegiatan dakwah mereka di bumi Mesir. PMRAM kini semakin mendapat tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang mendokong fahaman sekularisme. Pihak-pihak yang berniat jahat ini cuba menjatuhkan PMRAM dan menyekat kegiatan dakwah PMRAM. Penulis sertakan di sini laman web PMRAM (http://www.pmram.org).
Jasa PMRAM dalam membantu mempertahankan umat Islam dapat dilihat pada bulan Oktober 1956 apabila pada waktu tersebut PMRAM masih menggunakan nama Persekutuan Melayu Mesir (PMM), seramai 65 orang ahli musliminnya mendaftarkan diri menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah serta muslimatnya membantu menjahit pakaian tentera untuk membantu kerajaan Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai iaitu Israel, Perancis dan Inggeris. Apabila peperangan tamat, Presiden Mesir iaitu Gamal Abdul Naseer merakamkan ucapan terima kasih atas jasa PMM yang sanggup membantu pihak Mesir dalam peperangan tersebut dan sebagai tanda penghargaan, pihak kerajaan Mesir telah mengiktiraf PMM sebagai sebuah badan yang berlesen dan PMM bebas membuat aktiviti dan gerakkerja di seluruh pelusuk negara Mesir.
Namun, ada pihak yang cemburu dengan kecemerlangan PMRAM dan berusaha menyekat aktiviti dakwah PMRAM untuk komuniti melayu khususnya mahasiswa dan mahasiswi Melayu Al-Azhar. Dalam merealisasikan usaha pihak-pihak yang tertentu, banyak tuduhan liar dilemparkan terhadap PMRAM supaya ianya dapat dijatuhkan. Berkaitan dengan hal ini, penulis ingin menyentuh mengenai isu yang semakin tenggelam iaitu pembatalan MoU kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar. Pembatalan MoU ini bukan sahaja memberi impak yang negatif tetapi merugikan umat Islam khususnya di negara kita ini kerana:
1) Akan kurangnya kelahiran para ulama' azhari dari kalangan kaum Melayu. Universiti Al-Azhar merupakan tempat kelahiran para ulama' seperti Imam Hasan Al-Banna, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi serta ulama' lain yang lantang dalam memperjuangkan Islam. Kita semua kena tahu bahawa suasana, silibus, pensyarah dan barakah belajar di bumi Mesir dan Malaysia amat-amat berbeza.
2) Berlangsungnya misi gerakan kristianisasi. Gerakan kristianisasi sentiasa ingin mencari jalan untuk menyekat pengaruh Al-Azhar kerana ia merupakan kekuatan Islam. Dengan pembatalan MoU ini, gerakan kristianisasi telah berjaya sedikit demi sedikit menyekat pengaruh Al-Azhar ke Malaysia dan penulis sungguh kecewa jika ada orang Islam berkompromi dalam hal ini menjayakan pembatalan MoU ini biarpun mereka tidak mempunyai niat yang sedemikian.
p/s: Penulis berharap kita sentiasa optimis dalam menyokong gerakkerja PMRAM biarpun kita berada di Malaysia. Wahai sahabat dan sahabiahku yang berjuang bersama PMRAM di Mesir, ana doakan agar kalian diberi kekuatan oleh ALlah untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.
jazakallah for the in4..
ana der kenal dgn seorg ikhwan yang aktif dlm PMRAM..
dan ana der dpat dua buah buku terbitan PMRAM..
PMRAM harus terus kekal..
mari doakan bersama-sama..
to KhatijahIbrahim
InsyALlah.. ALhamduliLlah, semua mahasiswa n mahasiswi kelahiran PMRAM insyALlah akan menjadi pejuang2 dan ulama2 Islam yang akan membimbing umat Islam khususnya di negara kita dengan ilmu yang mereka ada hasil talaqqi mereka dgn ulama' al-azhar. Semoga ALlah senantiasa bersama PMRAM..
Syukran...info yg baik...
semoga sahabat2 ana d sana tegar dn istiqamah dalam perjuangan... Islam ibarat 'air'...halang lah dikiri kanan, air tetap mengalir d atas dan bawah..juga d celah2an...MOU xde, kta cari jln len...ok?!
InsyaAllah.....
to Qatrunnada88
InsyALlah.. Tepat sekali, cuma kita perlu atur strategi yg berkesan.. ntee ada cadangan jalan lain x??
syabas atas entri kali ini..sungguh berguna sangat kpd umat islam khususnya kpd pelajar yg macam ana yang kurang mengetahui tentang dunia luar..teruskan usaha..sama2lah kita berdoa supaya islam terus bangkit..insyaallah..ALLAHUAKBAR..!!
to Ummul Izzatin Mardhiah Ab. Ghafaar
Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyaALlah.. ana akan cuba untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan sahabat n sahabiah. InsyaALlah, Islam memang akan terus bangkit! ALlahuakbar.. Syukran sbb sentiasa sudi ziarah blog ana dan menyampaikan tazkirah2 yang amat berguna.. JazakaLlah..:)
Subhanallah..
dakwah islam semakin disekat..
Apa yang penting, jadikan diri setiap daie seperti air..yang tidak berhenti walaupun di halang..dan berusaha memasuki lubang2 kecik yang ada..untuk terus mengalirkan gerak kerja dakwah..
salam mujahadah buat semua mahasiswa melayu di mesir..
tahniah buat pemilik blog..izinkan ana copy untuk dipaparkan di ruangan isu semasa dlm blog persatuan..
jazakallah..
to S.Azimah.R
Wa'alaykumussalam w.b.t.. Kita banyakkan berdoa utk sahabat2 kita di Mesir. Blog persatuan ape tu ya?? Apapun, teruskan berjuang di bumi Borneo..