skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Missionary Kristian Menyerang Kota Kinabalu!!!

19 Orang Mengulas


Salam alayk'.. ini kali pertama penulis mem'publishkan' entri sebanyak dua kali dalam satu masa iaitu entri ini dan entri mengenai peristiwa di sebalik 17 Ramadhan dimana pengunjung blog boleh membacanya di bahagian bawah. Namun entri kali ini memang amat-amat penting buat umat Islam khususnya di Malaysia kerana ia menyentuh mengenai masalah keselamatan umat Islam (security of ummah). Namun, entri ini merupakan perkongsian penulis bersama pengunjung blog dalam penyiasatan ke sebuah kapal asing yang berlabuh di Kota Kinabalu.

Penulis pada mulanya 'tertarik' dengan banner iklan kapal tersebut yang mempelawa orang ramai mengunjungnya . Banner itu tergantung di tepi jalanraya berdekatan pelabuhan dan ianya terkandung dengan perkataan 'Floating Bookshop'. Ia bererti anak-anak kapal tersebut melakukan service menjual buku-buku di dalam kapal besar mereka itu. Kedatangan kapal ini agak meragukan kerana penulis berasa hairan dengan kaedah 'service' yang digunakan oleh kapal ini yang mana caranya hampir sama dengan 'missionary' kristian yang cuba menyebarkan sesuatu tambahan lagi kapal besar ini datangnya dari Eropah. Maka, perasaan ingin tahu menjadi lebih kuat. Lantas, penulis bersama seorang sahabat terus melakukan sedikit tinjauan terhadap kapal tersebut.

Kapal Laut yang dimaksudkan penulis

Apabila penulis menyiasat masuk ke dalam kapal tersebut dan meninjau situasi di dalam kapal, memang tepat sangkaan awal penulis bahawa memang berlakunya agenda kristianisasi. Kapal besar ini membawa begitu banyak buku-buku ajaran kristian dari luar negara. Hanya sedikit sahaja buku-buku ilmiah dan buku cerita yang mungkin dijadikan sebagai kosmetik untuk mengaburi beberapa pihak.

Keadaan suatu sudut di dalam kapal yang dipenuhi dengan buku-buku


Sebahagian buku-buku di rak pertama yang menjadi kosmetik bagi mengaburi mata pengunjung


Penulis ketika dalam 'tugas' menyiasat di rak buku yang kedua


Gambar sekitar rak buku yang pertengahan


Buku cerita kristian untuk kanak-kanak


VCD Christian Song pun ada juga?? Dahsyatnya..


Buku nie 'power' juga nie


Inilah bukti paling penting yang menunjukkan terdapatnya agenda di sebaliknya bahawa mereka ini merupakan missionary yakni pendakyah kristian dari Barat.

Apabila berada di dalam kapal besar tersebut, penulis merasakan semacam berada di dunia buku kristian. Begitu banyak buku-buku ajaran kristian di dalamnya. Setelah penulis keluar dari kapal, seorang 'crew' kapal tersebut memberikan sekeping poskad yang mengandungi gambar kapal besar tersebut dan kata-kata dari nakhoda kapal tersebut yang berbunyi,

"Thank you for visiting ******(nama kapal)!! I hope you enjoyed browsing through the books on board and found something of value for yourself and your family. The international crew and staff you met come from over 50 nations, but they all have one important thing in common: each one has chosen to live as a followers of Jesus Christ. Their time onboard is motivated by desire to serve God and the port communities we visit. It is my sincere hope that your visit was inspiring and an impulse to think about the matters most in life. May God bless you"

p/s: Kita sebagai umat Islam patut menyedari hal ini dan usaha mereka begitu gigih dengan strategi-strategi tertentu dan kita harus sentiasa waspada. Sabah kini sudah terancam gerakan kristianisasi dan angka murtad kian naik mendadak. Ya ALlah, bantulah kami ya ALlah..





19 responses to "Missionary Kristian Menyerang Kota Kinabalu!!!"

  1. Kembara Muslim said...
    September 7, 2009 at 12:52 PM

    moga Allah melindungi umat Islam di sabah dr rancangan jahat musuh2 Allah...

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 7, 2009 at 4:09 PM

    InsyaALlah, kita banyakkan berdoa agar ALlah jauhkan dari bala iaitu agenda memurtadkan orang Islam. Kuatkan usaha utk menyedarkan orang ramai tentang agenda yang tersembunyi ini..

    Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...
    September 7, 2009 at 11:41 PM

    Salam'alaik akhi fiLLAH

    Andai begitu menurut kenyataan nta, keadaan di Sabah agak membimbangkan. Kita dapati usaha ini semakin rancak dijalankan di sekitar Borneo. Di Sarawak pun ada perkara yang sama, cuma ana jarang mendengar tentang kedatangan kapal tu baru-baru ni.

    Program-program pemantapan aqidah terutamanya di kalangan penduduk luar bandar perlu lebi diberi perhatian. Kempen "Jom Taja Set Aqidah" wajar diteruskan.

    Semoga mendapat pertolongan ALLAH ke atas segala-galanya.

    kartini said...
    September 7, 2009 at 11:48 PM

    salam. kapal ni macam pernah nampak ja. kat mana aa?? hm.. semoga Allah lindungi sabah tanahairku dari dakyah2 orang kafir ni.. amin

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 8, 2009 at 12:03 AM

    To Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki:

    Ana pun rasa amat bimbang dengan perkara nie dengan serangan2 golongan missionary terhadap bumi Borneo ini. Kita di Sabah pun memang sedang giat mempertingkatkan serta memperbanyakkan Program Pemantapan Aqidah di seluruh pelusuk bumi Sabah.

    to Wardatul Shaukah:

    Eya..kapal nie ntee pernah nampak? Ntee nampak tu dalam cerita 'Titanic' kot.. Doa2kanlah agar ALlah melindungi umat Islam di sabah nie dari bala kristianisasi ini..

    annisaNazifa said...
    September 8, 2009 at 1:52 AM

    Sesungguhnya mereka tidak akan pernah aman selagi Islam tidak dihapuskan.

    Jaisyu Muhammad saufa ya'ud

    fikrahnazifa

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 8, 2009 at 2:09 AM

    To annisaNazifa:

    Eya.. sama2la kita berganding bahu untuk mempertahankan Islam dan wilayah Islam dari dicerobohi oleh musuh-musuh Islam ini. Ingat wahai musuh Islam! Tentera Muhammad telah datang!!! Takbir!!

    ummul izzatin mardhiah ab.ghafar said...
    September 8, 2009 at 5:43 AM

    salam..alhamdulillah..akhirnya anta bongkar juga kisah ni dlm blog anta..ana pernah dgr jugak citer pasal kapal tu..cuma ana tidak pernah masuk dlm kapal tu dan membuatkan ana tdk tahu bahawa cerita yang ana dgr psl kapl tu adalah benar..inilah masanya kita sebagai umat islam berganding bahu untuk menghancurkan golongn2 seperti mereka itu..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 8, 2009 at 9:02 AM

    To Ummul :

    Wa'alaykumussalam w.b.t.. eya, ana cuba untuk sedarkan orang ramai bahawa kita umat Islam di Borneo kini menghadapi ancaman gerakan kristianisasi yang amat agresif.. InsyaALlah, kita akan berusaha bersama-sama untuk mematahkan usaha mereka.

    Nanie said...
    September 8, 2009 at 2:54 PM

    salam, entri yang baik untuk disebarkan..sejak dari dulu usaha mereka terus berkembang..sehingga lah apa yang tertera dalam entri ni..
    perkasakan program-program pemantapan aqidah di sabah..bila mana kita miliki aqidah yang benar insyaAllah sehebat manapun usaha mereka untuk memurtadkan umat islam tidak akan berjaya..
    Aqidah yang mantap mampu dimiliki oleh setiap insan bilamana insan mengenali dengan sebenar2nya Al-khaliq.dan sentiasa merasa kebersamaan didalam hati adalah AL_Khaliq Allah SWT.

    Sekadar ingin berkongsi dalam usaha kita mengenal ALLAH SWT dan diri sebagai seorang muslim.
    salah satu consultant yg boleh memberi bimbingan sehingga mampu mengajar kalian untuk berhujah dengan golongan2 yg menolak islam such as pemikir barat,aties,saintist, ahli fizik dan yang sewaktu dengannya.

    insyaAllah boleh
    layari laman ni :
    www.iptaf.net

    semoga bermanfaat.

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 8, 2009 at 3:41 PM

    To ~Nur-Insani~

    InsyaALlah, kami di Sabah sedang dalam usaha mempergiatkan program pematapan aqidah di samping mempertingkatkan keselamatan ummat.. Ana berharap bukan sahaja umat Islam di Sabah ini peka terhadap masalah ini, tetapi juga pendakwah di semenanjung agar turun ke Sabah membantu mempertahankan dan memantapkan aqidah umat islam di sini.. Syukran akak..

    Anonymous said...
    September 9, 2009 at 12:13 AM

    Astaghfirullah....
    semakin berat+sarat isu kristianisasi d Sabah... mereka sedang bertindak... lalu kita dimana?
    Bangkitlah singa yang ketiduran!!! sama2 kita bangkitkan mereka yang tidur... dan janganlah ana pula yang semakin mengantuk dan ikut tidur... Na'uzubillah...
    sama2 kita ingat mengingatkan...
    syukran atas entri kali ni...

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 9, 2009 at 1:02 AM

    To Qatrunnada88

    Memang makin berat isu ini sebenarnya.. Kita cuba bangkitkan isu nie supaya umat Islam khususnya di bumi Borneo ini sedar bahawa mereka telah diserang oleh gerakan Kristianisasi..

    Nampaknya, kita kena terokai medan kristianisasi ini untuk mematahkan serangan mereka..

    Anonymous said...
    September 10, 2009 at 10:57 PM

    Ayuh bersatu dalam fikrah dan tindakan dalam usaha menghadapi golongan ini!

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 11, 2009 at 12:16 AM

    to pustakaalghazali

    InsyALlah.. marilah kita cari titik pertemuan dan sama2lah kita berusaha melebarkan dakwah Islamiyyah dan memperkasakan aqidah umat Islam di bumi Sabah ini.

    Ibnu Saif said...
    September 18, 2009 at 9:20 PM

    MasyaAllah Sheikh.. Semoga DikuatkaN... Ameen... Doakan Buat ana jugaK..

    Zaiem Al-Hilmee said...
    September 25, 2009 at 5:33 PM

    To Ibnu Saif:

    Ya ALlah shbt ana.. Teruskan perjuanganmu kat Ukraine.. Segala usaha enta kat bumi Putatan akan ana sempurnakan.. InsyALlah..

    adel said...
    October 14, 2009 at 10:25 AM

    ~"It is my sincere hope that your visit was inspiring and an impulse to think about the matters most in life"~ I am a Christian here in Kota Kinabalu and I am a local here. It really sadden me to know that my other fellow Sabahan's Muslim are thinking like that. The crews from the ship are just selling the books. They never want to push you into Christian. All religion teaches respective followers in doing good things and help each other. I thought Sabahans are the most democratic among Malaysians. It just sadden me..

    Hazwani said...
    October 27, 2009 at 2:36 AM

    salam..
    anda kurg mahir bercakap menyebabkan usrah kurg menarik?
    sudah lama berusrah tapi makin hari makin bosan?
    tiada kelainan dlm usrah?

    JOM MERIAHKAN USRAH!!!

    CReaTiVe SiFu(CS) ingin memperkenalkan produk terbaru kami iaitu eBook 100 permainan islami.
    Dengan HANYAdengan RM10 anda akan mendapat:
    - 100 modul permainan islami (yg sesuai utk usrah, LDK, kursus kefahaman islami, PnP di sekolah, etc).
    - training programme percuma dikendalikan oleh pihak CS bermula Nov dan Dec ini seluruh Malaysia.
    - free gift

    apa tunggu lagi..JOM MERIAHKAN USRAH dan MANTAPKAN DAKWAH.
    insyaallah, produk ini akan membantu anda menjadi naqib/ah yg cemerlang. amin.

    berminat? sila beri nama, emel dan no telefon anda kpda sya ke 013-3190214 atau email ke banat_md@yahoo.com. Anda dan saya punya harapan untuk memurnikan Islam dengan aktiviti2 yang menarik dan efektif. InsyaAllah. Semoga bermanfaat buat anda…

    Nama :
    Emel:
    No Tel:


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft