Salam alayk.. seperti yang kita ketahui, solat adalah satu kewajiban kepada setiap insan yang bergelar Muslim. Solat juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada ALlah Azza Wa JaLla.. Ini bersesuaian dengan hadis nabi ketika mana Sayidatina Aisyah melihat Nabi begitu ghairah melakukan solat sehingga kaki Nabi mengalami bengkak - bengkak, lalu Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w, "Wahai RasuluLlah, kenapa tuan begitu sering melakukan solat biarpun dalam keadaan kaki tuan bengkak, bukankah ALlah telah mengampuni dosa tuan yang terdahulu dan juga yang terkemudian? Maka, Nabi pun menjawab, "Wahai Aishah, salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?. TabarakaLlah, begitu mulia jawapan yang keluar dari mulut Nabi sehinggakan hati kita pun akan rasa terdetik dan terharu mendengar jawapan dari seorang insan yang menjadi kekasih ALlah ini.
Kadang - kadang, kita sering alpa dengan nikmat yang ALlah banyak diberikan kepada kita seperti oksigen, air, pancaindera dan yang paling utama adalah nikmat iman dan islam. Namun, secara realitinya sekarang, umat Islam sering terlupa untuk mengerjakan solat sehinggakan menganggap meninggalkannya merupakan hal yang remeh-temeh. Banyak kisah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penulis dan sahabat-sahabat. Contohnya seperti di Labuan, sahabat penulis pernah bertanya kepada seorang remaja apa pandangan mereka tentang solat, namun jawapan remaja itu mengecewakan apabila ia memberi jawapan bahawa solat hanya dikerjakan apabila senang sahaja, kalau time susah 'takpa'.
Cuba kita mengimbas kembali kisah bagaimana Nabi s.a.w menerima perintah solat ini. Cuba fikirkan, ibadah lain yang wajib seperti puasa di bulan Ramadhan dan zakat semuanya Nabi mendapat perintah melakukan melalui wahyu Al-Quran, tetapi tidak kepada solat. Solat sangat istimewa sehingga Nabi dipelawa oleh ALlah untuk naik ke Sidratul Muntaha pada kisah isra' wal mi'raj untuk menerima perintah ini bahkan itu pun dikurangkan dari 50 fardhu solat sehingga ke 5 fardhu solat namun umat Islam pada hari ini tetap gagal menunaikannya sebaik mungkin.
Satu kajian juga telah dilakukan terhadap sekumpulan pelajar dalam sebuah kelas di suatu sekolah dimana pelajar di dalam kelas itu berjumlah 32 orang di mana semua pelajarnya merupakan perempuan yang beragama Islam. Sekolah ini terletak di kawasan bandar di Sabah. Apabila dibuat ujian tentang berapa ramai yang solat 5 waktu di rumah tanpa uzur syar'ie, hanya 2 orang pelajar sahaja yang solat, selebihnya tidak bersolat. Apabila ditanya kepada pelajar apa punca mereka tidak bersolat, mereka menjawab ahli keluarga mereka di rumah juga tidak bersolat. Ini merupakan satu hal yang kritikal.
Cuma ana rasa sungguh terharu kepada seorang muslimat iaitu seorang peserta demonstrasi Mansuhkan ISA ini dimana dia tetap bersolat biarpun di dalam lori dan dalam tahanan polis, ini merupakan satu contoh yang baik yang patut diikuti. FRU dan polis yang sibuk mengejar dan menangkap orang time demonstrasi tu macamana pula?? Cuma, mungkin kita akan tertanya-tanya, macamana sesi pentarbiyyahan (pendidikan) yang muslimat ini dapat sehingga ia mendapat kesedaran tentang:
1) solat itu mudah dan islam tidak memberatkan umatnya.
2) boleh dilakukan di mana-mana tanpa mengira tempat asalkan bersih.
3) menghormati masa solat.
4) Bukan sibuk demonstrasi sahaja, solat juga kena diutamakan.
p/s: Semoga umat islam khususnya di Sabah dapat mencontohi muslimat ini..
masyaallah..alangkah bagusnya jika ana juga dpat menjadi seperti muslimat itu..
To ummul izzatin mardhiah ab.ghafar
InsyALlah, ummul kenala berusaha untuk jadi seperti muslimat tersebut..