Salam alayk'.. Kali ini entri penulis ber'mauduk' "Semangat Membara". Apa yang kita tahu mengenai semangat membara?? Macam mana kita nak membina dan menaikkan semangat diri untuk terus bekerja dalam perjuangan Islam? Memang tidak dinafikan semangat kadang-kadang menjadi lemah mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya mehnah dalam perjuangan. Namun, macam mana kita hendak mengembalikan semula semangat yang telah hilang itu?
Kadang-kadang, sahabat-sahabat penulis mengadu kepada penulis dan meminta kata-kata semangat. Penulis teringat kata-kata yang sering digunakan oleh sahabat-sahabat, "Zaiem, boleh minta kata-kata semangat tak? Ana rasa lemah la..".
Apabila penulis mendengar luahan sahabat-sahabat, penulis selalunya akan memberi respon bahawa tiada kata-kata semangat yang dapat menaikkan semangat, tapi yang akan menaikkan semangat hanya dengan kesedaran tentang tanggungjawab kita dalam perjuangan Islam.
Hakikatnya, kisah-kisah tentang kesedaran sahajalah yang memberi dan menaikkan semangat kita menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan Islam. Penulis lebih gemar menggunakan kisah-kisah pembantaian kaum Muslimin sebagai satu peringatan dan memupuk kesedaran bagi para pejuang yang rasa lemah. Kadang-kadang kita sering alpa mengenai kisah pembantaian kaum Muslimin selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah. Penulis selalu memberi fokus apa yang terjadi terhadap orang Muslim apabila jatuhnya khilafah. Betapa kejamnya musuh-musuh Islam apabila mereka menyiksa kanak-kanak, menyiksa dan merogol muslimat Islam kita sehingga mereka mengandung. Bahkan, muslimat kita yang memakai tudung akan ditarik tudung mereka.. Itu di antara kekejaman musuh Islam.
Ada satu kisah yang terbongkar di mana selepas beberapa tahun jatuhnya khilafah Islamiyyah di Turki. Pihak berkuasa Turki menjumpai satu bilik bawah tanah yang berupa dewan besar sebagai tempat penyiksaan orang Islam (termasuk muslimin dan muslimat). Tempat itu juga mempunyai satu meja yang besar dimana dipercayai muslimin (lelaki muslim) akan diletakkan disitu dan ditikam perutnya. Muslimat pula akan digantung payu daranya dan dipotong. Itulah merupakan kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.
Masihkah lagi kita hendak berdiam diri dari melibatkan dan men'slow'kan diri dalam perjuangan Islam ini??. Umat Islam di seluruh dunia banyak yang menghadapi penindasan dan mereka perlukan pembelaan dari kita yang mempunyai kekuatan dan pentarbiyyahan sebagai pejuang Islam. Apakah kita masih boleh bersenang-lenang padahal secara realitinya umat Islam kini dipijak-pijak oleh musuh Islam.
p/s: Semoga ALlah sentiasa istiqamahkan diri kita dalam perjuangan Islam dan kita patut fikirkan selalu apa kita hendak jawab kepada Rasulullah adakah kita membela saudara Islam kita yang ditindas dan di zalimi?? Kita hendaklah bersedia untuk itu kerana kita juga nanti akan meminta pertolongan RasuluLlah untuk memohon syafaat dari baginda..
salam..
harap2 umat Islam, termasuk saya sendiri terus bangkit dari lena yang panjang. agak2nya blh x akhi kongsi antara langkah2 yang boleh diambil oleh badan dakwah sekolah untuk meningkatkan kesedaran golongan remaja?
Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyALlah, ana akan terus berkongsi pandangan.. Bagi ana, nak meningkatkan kesedaran kena bt program. Cuma pendekatan kena berbeza.. Kena gabungkan ilmiah dan hiburan supaya kesannya lebih mendalam.. Program2 tersebut bolehlah berbentuk seminar, forum, kem atau rehlah dll..
ya allah..teruknya keadaan diorang kat sana..alhamdulillah di malaysia x begitu..tetapi malangnya umat islam di malaysia tidak memanfaatkannya..
Alhamdulillah.. malaysia terselamat dari kekejaman dan pembunuhan sebegitu.. namun kita, perlu bantu saudara2 seIslam kita ini..
assalamualaikum..syukran atas perkongsian.
Sy berminat dgn kata-kata dari Hasan Al- Banna tu. Jadi sy mohon share.